miss_ct
- Reads 484
- Votes 20
- Parts 10
Bila mana terdengar sebuah pertuturan yang berbisa, lautan emosinya mula bergelora. Orangnya bukan biasa-biasa, itulah namanya manusia! Tidak suka akan duka dan lara. Maryam, seorang gadis yang mudah beremosi apabila terdengar sahaja kata-kata yang boleh menggoreskan hati orang tersayang terutama hati itu adalah anugerah terindah daripada Penciptanya.
"Isy! Kau ni... Apalah...?! Kita kan kawan, Bff lagi! Takkan kau nak aku terangkan makna bff tu?!" Marah Maryam dengan penuh emosi. 'Isy! Tengok...? Aku Marah ni... Aku pantang betul! Naik darah tinggi, aku salahkan Si Mimi ni tahu?!' - MARYAM
Walaupun timbul setitis perasaan melalui takdir pertemuan, itu adalah anugerah. Jika tersalah cara tersilap langkah, tanggungannya amatlah parah.
'Ehh...? Dia heret anak dara siapa pulak tu? Tak pernah nampak pun...?'
'Comel!' terpacul satu patah perkataan itu dalam diam tanpa disadari. 'Astaghfirullahal'azim...!' - FURQAN
Dalam sekelip mata sahaja dirinya telah dipinang, tanpa persetujuannya. Dan melalui kehidupan sehari-hari yang bergelumang tanda tanya mengenai diri abang kandung sendiri yang tidak berpuas hati dengannya sejak dahulu.
'Tak mungkin! Kenapa dia masih wujud dalam hidup aku?!' - MUAZ
Apakah yang telah dilalui oleh Muaz pada masa lampau? Sehinggakan sanggup bermasam muka dengan adik-beradiknya? Apakah penyebabnya?
...
⚠️ NO PLAGIAT | NO CIPLAK | NO PLAGIARISME
⚠️ STATUS: ONGOING [SLOW UPDATE]