Soon tbr
3 stories
My Forever, My Tengku Aqzariel [C] [REVAMP] by misswanzz
misswanzz
  • WpView
    Reads 34,977
  • WpVote
    Votes 2,501
  • WpPart
    Parts 86
⚠️ Trigger Warning : Mengandungi babak-babak saspens-thriller yang melibatkan keganasan fizikal,trauma, penderitaan mental watak .. Dua jiwa dari dunia yang berbeza, dipertemukan oleh takdir.. Raissa Elverra... seorang peguam ternama, tegas dan tajam tutur katanya. Tengku Aqzariel Rendra.. lelaki dingin yang hidupnya dipenuhi darah dan medan peperangan. Pertemuan pertama mereka bukan takdir yang indah... Namun anehnya, takdir seakan tidak pernah berhenti menemukan mereka dalam keadaan yang tidak dirancang, dalam situasi yang tidak diingini... hingga akhirnya, terjalin satu ikatan yang sukar dilepaskan. Di sebalik ketegasan Raissa, tersembunyi luka lama yang tidak pernah sembuh. Trauma yang membelenggu, membuatkan hatinya tertutup rapat. Dan tanpa disedari, Tengku Aqzariel lelaki yang tidak pernah kenal erti takut mula menjadi pelindung kepada hati yang rapuh itu. Namun, untuk kali pertama dalam hidupnya... Aqzariel tewas. Bukan di medan perang, tetapi pada seorang wanita yang kelihatan kuat, namun hancur dalam diam. Di persimpangan antara tanggungjawab dan perasaan, antara perjuangan tanah air dan perjuangan hati... Aqzariel memilih satu jalan yang ditentukan Ilahi. Kerana bagi dirinya wanita itu bukan sekadar cinta. Dia adalah anugerah terindah yang tidak pernah dia pinta, namun paling dia syukuri. "I will guard you until my last breath... even if loving you destroys me." Namun perjalanan mereka tidak pernah mudah. Satu demi satu rahsia terbongkar, Satu demi satu luka kembali berdarah. Mampukah Aqzariel terus menjadi pelindung...atau akhirnya dia juga akan tewas, bersama cinta yang tidak pernah sempat sembuh?
𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡 [𝐎𝐆] by eyreshaa_
eyreshaa_
  • WpView
    Reads 25,398
  • WpVote
    Votes 2,017
  • WpPart
    Parts 72
[Stand Alone] | Perfect Series. 𝐔𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐈𝐳𝐝𝐢𝐡𝐚𝐫 𝐑𝐚𝐟𝐟𝐚 & 𝐒𝐡𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐪𝐢𝐥𝐚 "Takdir itu tak pernah salah, tapi sentiasa sempurna apabila bertemu dengan orang yang tepat," - Hanya kerana percaturan keluarga, akhirnya mereka disatukan. Kahwin tanpa cinta, itu yang dihadapi oleh Shaneen Aqila dan Zareel Idham. "Kau kena ingat, kita kahwin sebab mama." - Zareel Idham "Saya cintakan awak, Zareel." - Shaneen Aqila Namun, perkahwinan itu hanya bertahan selama tujuh bulan saja. Dan akhirnya, Shaneen Aqila bebas daripada cengkaman yang menyeksa seluruh raganya. "Saya nak berpisah." - Shaneen Aqila Setelah bertahun-tahun meninggalkan bandar itu, siapa sangka Shaneen dipertemukan semula dengan Izdihar Raffa. Seorang lelaki yang tidak kenal erti lelah, putus asa demi mendapatkan cinta yang terumbang ambing. Izdihar tidak mengalah begitu sahaja, dia inginkan Shaneen Aqila sebagai isterinya. Kerana dari awal pertemuan, Izdihar Raffa memilih Shaneen Aqila. "Awak kahwin dengan saya. Saya janji awak akan bahagia, Neen." - Izdihar Raffa "Saya dah trauma dengan perkahwinan, Iz." - Shaneen Aqila Kerana itulah dinamakan takdir yang sempurna. Berpisah jauh sekalipun, jika ditakdirkan bersama, pasti akan bersatu juga. "Terima kasih sentiasa ada dengan saya. Saya sayangkan awak." - Shaneen Aqila START : 16 February 2026 END : ALL RIGHT RESERVED EYRESHAA 2025 cover cantik by umyhaise sayang x
C  | ZAYN'S heartless ALANA  by ainasofiae
ainasofiae
  • WpView
    Reads 48,970
  • WpVote
    Votes 2,128
  • WpPart
    Parts 39
"Kau dah kembali. Tapi sayang, Alana yang dulu dah lama mati." Lapan tahun lepas, dia pergi tanpa kata. Meninggalkan sebaris janji manis berbaur racun dan sekeping hati yang hancur berkecai di stesen bas usang sepi selepas hujan lebat. Hari ini, dia muncul semula. Tetapi bukan lagi sebagai budak lelaki ber-hoodie lusuh yang gemar mengusik di perpustakaan sekolah. Lelaki itu kini berdiri tegak sebagai seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) jutawan di Zahiran Holdings yang digeruni ramai-angkuh, dingin, dan bermata helang. Manakala Alana? Hanya seorang staf pentadbiran biasa di tingkat 15 yang duduk di dalam kubikel sempit, langsung tidak sekufu untuk memandang setinggi tempat lelaki itu merajai takhta. Alana tekad membenteng egonya. Jarak antara bos besar dan pekerja bawahan tidak akan sesekali dilampaui. Namun, skrip takdir memang suka bergurau. Di sebalik topeng beku seorang singa korporat yang menakutkan staf pejabat, rupa-rupanya ada sisi gurauan miang bersahaja yang sengaja dilepaskan khas untuk menguji pertahanan dada Alana. Mampukah Alana mempertahankan egonya apabila badai darjat kembali melanda? Atau adakah rahsia di sebalik hujan London lapan tahun lepas akan meruntuhkan semula tembok benci menjadi sebuah kemenangan cinta yang mutlak?