ON TOP STORIES
4 stories
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,585,147
  • WpVote
    Votes 83,176
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Puspitaku Seroja by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 80,721
  • WpVote
    Votes 10,229
  • WpPart
    Parts 42
"Dengan restu sekian alam, aku terima kau menjadi isteriku, wahai Seroja." Mimpi itu terasa terlalu nyata untuk dipanggil mimpi. Seakan aku berdiri di hadapan seseorang yang melafazkan akad itu kepadaku. Namun, mimpi tetaplah mimpi. Siapalah yang sudi memperisterikan wanita seperti aku? Gadis berkulit gelap yang sering menjadi bahan sindiran di Kampung Cendana. Sejak pemergian ayahku, Pak Pekin, hidupku mula dihantui perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Hampir setiap malam, seekor harimau muncul dalam lenaku. Anehnya, ia tidak pernah mengaum atau menerkam. Bahkan hanya berdiri di balik kegelapan, memandangku dengan renungan yang sarat makna yang tidak mampu aku tafsirkan. Esoknya aku menemui seorang jejaka yang terdampar di tebing sungai selepas hujan lebat melanda. Aku percaya perahunya karam dibawa arus deras malam sebelumnya. Atas rasa belas, aku membawanya pulang untuk dirawat. Tubuh lelaki itu dipenuhi parut-parut lama. Wajahnya tampan, tetapi matanya menyimpan seribu rahsia. Entah siapa dirinya, dan entah apa tujuan sebenar dia datang ke Kampung Cendana. "Apa yang kau cari di Kampung Cendana ini sebenarnya?" - Seroja "Isteriku. Aku datang untuk membawa dia pulang." - Jejaka Misteri Aku tidak tahu sama ada dia berkata benar atau sebaliknya. Namun jika benar dia sudah beristeri, wanita itu pasti sangat bertuah. Walaupun menjadi pujaan hampir setiap anak dara di Kampung Cendana, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan. Dia menjaga pandangannya sebaik mungkin dan tidak pernah melayan perhatian yang diberikan kepadanya. "Kau tak rasa pelikkah dengan jejaka dari kampung seberang itu? Dengan anak dara lain dia tak pernah memandang, tetapi dengan Seroja, tak pernah pula matanya lari." - Nasir "Kenapa kau kena peduli. Cemburukah?" -Sulong Siapakah sebenarnya jejaka misteri itu? Dan mengapa setiap kali dia memandangku, aku merasakan seolah-olah kami pernah saling mengenali... jauh sebelum aku dilahirkan ke dunia ini?
Mi Señora 2 -  [Sequel Mi Señora] by AMNI_1903
AMNI_1903
  • WpView
    Reads 328
  • WpVote
    Votes 82
  • WpPart
    Parts 18
Tiga bulan telah berlalu sejak berita yang memusnahkan seluruh hidup Qaireen Al Hidayah. Dunia terus bergerak. Namun bagi dirinya... Masa seolah-olah berhenti pada hari dia menerima satu panggilan telefon yang mengubah segala-galanya. Walaupun cuba meneruskan kehidupan seperti biasa, setiap langkah masih dibayangi kenangan yang tidak pernah benar-benar pergi. Tetapi jauh di sebuah tempat yang tidak dikenali... Seseorang sedang memerhati. Seseorang sedang menunggu. Dan satu demi satu rahsia yang selama ini tersembunyi mula muncul ke permukaan. Persoalan demi persoalan mula menghantui Qaireen. Mengapa masih ada individu yang mengekori setiap pergerakannya? Mengapa nama Black Vory kembali disebut? Dan mengapa terasa seolah-olah... kisah itu masih belum berakhir? Apabila masa lalu kembali menghantui masa kini, Qaireen terpaksa memilih sama ada terus hidup dengan jawapan yang diberikan... atau mencari sendiri kebenaran yang mungkin mengubah seluruh hidupnya. Kerana ada sesetengah janji... tidak pernah luput ditelan waktu. Dan ada sesetengah rahsia... Lebih sukar diterima daripada sebuah kehilangan. Selamat membaca! Janji takkan sedihkan readers! Jgan lupa vote yer! 😘
Mi Señora by AMNI_1903
AMNI_1903
  • WpView
    Reads 13,562
  • WpVote
    Votes 1,045
  • WpPart
    Parts 93
Qaireen Al Hidayah, seorang pegawai khas dari Malaysia, dihantar ke Moscow untuk menjalankan satu misi yang mampu mengubah seluruh hidupnya. Apa yang bermula sebagai tugasan biasa akhirnya menemukan dia dengan seorang lelaki yang penuh misteri...Mikhail Ivanov. Di mata dunia, Mikhail hanyalah seorang ahli perniagaan berpengaruh yang dihormati ramai. Namun di sebalik ketenangan wajahnya, tersimpan pelbagai rahsia, beban dan tanggungjawab yang tidak pernah diketahui oleh Qaireen. Pertemuan mereka dipenuhi salah faham, perdebatan dan rasa curiga. Namun sedikit demi sedikit, hubungan yang pada awalnya dibina atas dasar ketidakpercayaan berubah menjadi sesuatu yang jauh lebih mendalam. Dalam dunia Mikhail yang dipenuhi risiko, Qaireen hadir sebagai cahaya yang tidak pernah dia sangka akan ditemui. Ketika cinta mula berputik, masa pula menjadi musuh mereka. Apabila ancaman lama kembali menghantui, Mikhail terpaksa membuat pilihan paling sukar dalam hidupnya melindungi wanita yang dicintainya atau membiarkan dirinya kehilangan segala-galanya. Qaireen pulang ke Malaysia dengan hati yang berat, tanpa mengetahui bahawa lelaki yang sentiasa memanggilnya "Mi Señora" sedang menghadapi pertempuran terbesar dalam hidupnya. Sehinggalah... Satu panggilan telefon mengubah segalanya. Berita yang diterimanya memusnahkan seluruh harapan yang masih tinggal, meninggalkan hanya kenangan, sebuah jam tangan, dan kata-kata terakhir yang tidak pernah sempat difahaminya. Namun... Adakah benar kisah mereka berakhir di situ? Atau masih ada rahsia yang belum terbongkar? Mi Señora ialah sebuah kisah tentang kepercayaan, pengorbanan, kehilangan dan harapan membuktikan bahawa cinta sejati kadangkala tidak hilang, tetapi menunggu saat yang tepat untuk kembali. Start: 20 Januari 2026 End: 25 July 2026 By: AMNI_1903 Book cover by: Rara167