deelionly
- Reads 2,074
- Votes 367
- Parts 77
-Complete-
Mengisahkan tentang Elya Jasmin yang terperangkap di dalam sebuah mahakarya lama bertajuk Puteranda Bayan. Pada awalnya dia teruja tatkala dia sedar bahawa dia sudah termasuk ke dalam karya yang dia sedang kaji. Namun rasa teruja itu singgah sekejap sahaja apabila dia teringat akan alur cerita Puteranda Bayan. Puteranda Bayan adalah sebuah mahakarya yang menceritakan tentang kemusnahan sebuah kerajaan hebat digelar Kerajaan Harkat Bayan.
Dalam mahakarya tersebut rakyat jelata Kerajaan Harkat Bayan dibunuh tanpa ada yang tersisa. Untuk kembali ke dunia asal, Jasmin mendapat petunjuk bahawa dia perlu menyelamatkan Kerajaan Harkat Bayan terlebih dahulu. Untuk menyelamatkan Kerajaan Harkat Bayan, Jasmin perlu menghalang Bayu Adika daripada menjadi antagonis, penyebab utama Kerajaan Harkat Bayan musnah.
*Raw version. Mungkin ada typo dan kesilapan.*