Wattpadonly409
"Kadang-kadang, orang yang paling mahu melindungi kita... adalah orang yang paling kita takut untuk kenali."
Mikayla Haniem De Luca membesar dalam sebuah keluarga yang kelihatan sempurna.
Kaya. Berpengaruh. Harmoni.
Baginya, keluarga De Luca hanyalah keluarga biasa yang terlalu menyayanginya.
Sehinggalah suatu malam, sebuah mesej daripada nombor tidak dikenali mengubah segala-galanya.
«Unknown: Jangan pandang ke luar.»
Sejak malam itu, Mikayla mula menyedari bahawa seseorang sedang memerhatikannya.
Seseorang yang mengetahui rutin hariannya.
Seseorang yang sentiasa muncul ketika dia berada dalam bahaya.
Namun lelaki itu tidak pernah menunjukkan wajahnya.
Dia hanya meninggalkan satu nama-
Unknown.
Mikayla sepatutnya takut.
Tetapi semakin banyak perkara berlaku, semakin dia sedar bahawa lelaki misteri itu mungkin bukan ancaman.
Mungkin-
dia sedang melindungi Mikayla daripada sesuatu yang jauh lebih berbahaya.
Kemudian muncul seorang lagi lelaki.
Reven.
««Reven: Jangan percaya keluarga kau.»»
Untuk pertama kalinya, Mikayla mula mempersoalkan segala-galanya.
Kenapa keluarganya menyimpan terlalu banyak rahsia?
Siapa lelaki dalam gambar lama keluarganya?
Dan apa sebenarnya hubungan Reven dengan keluarga De Luca?
Di sebalik rumah mewah dan keluarga yang kelihatan bahagia, tersembunyi sebuah masa lalu yang tidak pernah diceritakan kepada Mikayla.
Sementara Unknown semakin hampir dengannya, Reven semakin hampir kepada rahsia keluarga De Luca.
Dan Mikayla mula terperangkap di antara dua lelaki yang masing-masing mempunyai tujuan tersendiri.
Seorang mahu melindunginya.
Seorang mahu membuka matanya.
Tetapi apabila rahsia keluarga De Luca akhirnya terbongkar-
Mikayla mungkin akan berharap dia tidak pernah mengetahuinya.
Kerana dalam permainan yang penuh rahsia ini-
siapa sebenarnya yang boleh dia percaya?
Dan yang paling menakutkan-