_itsravennas
Evaan Maverick dan Derrina Adelaide adalah kawan yang sangat rapat sejak kecil. Susah senang mereka bersama, bergaduh itu juga tidak kurang. Sudah nama pun lumrah dalam persahabatan. Seteruk macam mana sekalipun pergaduhan itu. Hujungnya, mereka tetap berjuang bersama.
Ramai juga orang yang hairan dengan hubungan persahabatan mereka. Kawan sejak dari kecil, takkan takde bercinta? Takkan cinta langsung tak berputik?
Kesemua jenis soalan begitu mereka hanya menjawab tidak. Menafikan. Bagi mereka, hubungan ini hanya sebatas kawan. Tetapi tanpa satu pihak itu sedari, si gadis itu telah lama menaruh perasaan padanya. Perasaan itu mula timbul semasa mereka di sekolah rendah sehingga menginjak ke dewasa ini. Gadis itu jatuh cinta bukan kerana paras rupa, tetapi kerana lelaki ini yang sentiasa ada bersamanya. Lelaki ini juga yang mempertahankannya jika mereka dilanda satu masalah sama ada kecil ataupun besar.
Lelaki ini...
Adalah cinta pertamanya.