🎀📚📎
3 stories
Bukan Milik Abadi | C by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 77,888
  • WpVote
    Votes 5,879
  • WpPart
    Parts 62
BUKAN MILIK ABADI BY VIEPIXXA Siapa sangka dalam diam, ada dendam yang belum lunas. Kehidupan Fieqa yang dulu serba cukup hancur sekelip mata apabila nama baik keluarganya tercalar. Sewaktu cuba melarikan diri dari masalah, dia tersasar ke wilayah milik seorang lelaki misteri. Pemilik resort itu menahan Fieqa seakan ada kisah silam yang belum selesai antara mereka. "Lepaskan saya dulu dan saya akan pastikan saya bayar hutang tu dekat awak!" -FIEQA AYLARA "Pilih. Tetap terkurung di sini selamanya atau bebas sebagai isteri aku?" -QAYREL IZDAM Bagi Qayrel, memiliki Fieqa adalah keperluan demi rancangannya. Bagi Fieqa pula, menjadi milik lelaki itu adalah hukuman terberat. Kebencian menjadi permulaan lalu mereka terperangkap dalam permainan perasaan. Siapa jatuh cinta dulu, dia yang kalah. "Saya bagi awak pilihan. Kalau awak masih nak saya jadi isteri awak, buang dendam tu. Kalau awak lebih pilih dendam, ceraikan saya." -FIEQA AYLARA Apabila rahsia lama akhirnya terbongkar, masih adakah ruang untuk mereka memperbaiki segalanya atau semuanya sudah terlambat? "Dia bukan milik abadi dalam hidup aku." DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 395,369
  • WpVote
    Votes 36,300
  • WpPart
    Parts 70
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.
Peluang Kedua (SLOW UPDATE)  by ellavelle_
ellavelle_
  • WpView
    Reads 163
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 4
Athena Zayreen pernah percaya bahawa cinta pertama akan menjadi cinta terakhirnya. Sehinggalah dia mengetahui lelaki yang dicintainya sebenarnya curang di belakangnya. Sejak hari itu, Athena membina dinding di sekeliling hatinya. Baginya, cinta hanyalah permulaan kepada sebuah pengkhianatan. Sampailah dia bertemu Darren Zayel. Darren tidak pernah memaksa Athena untuk mempercayainya. Sebaliknya, dia memilih untuk membuktikan perasaannya sedikit demi sedikit. Namun ketika Athena akhirnya mula membuka hatinya semula, masa lalu yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan kembali menghantui mereka. Satu demi satu rahsia mula terbongkar. Dan Athena mula menyedari bahawa malam dia kehilangan cintanya bukanlah sekadar sebuah kebetulan. Kali ini, Athena mempunyai pilihan. Kembali membina dinding yang pernah melindungi hatinya. atau mempercayai bahawa mungkin cinta bukan tentang mencari seseorang yang tidak akan pernah menyakiti kita. Mungkin cinta adalah tentang menemukan seseorang yang memilih untuk tetap tinggal, tetap jujur, dan tetap menggenggam tangan kita walaupun seluruh dunia cuba menarik kita ke arah yang berbeza.