esspxeso_
Cinta? Apa itu cinta?
Bagi seorang Miya Athalia cinta itu tidak ubah sama seperti sebuah mainan buatnya setelah dikhianati, dicurangi dan dihina oleh bekas teman lelakinya.
"Sedar sikit diri kau tu! Dasar perempuan kampung."- Eariq Uzair
Namun satu pertemuan telah membawa kepada satu perubahan di dalam hidup Miya. Malah kehadiran Kai membawa seri dan kebahagiaan di dalam hidupnya.
"Your love is like a cigar, it's killing me slowly with its sweetness."- Kai Haider Inayat
Namun kebahagiaan mereka mula goyah saat bekas teman wanita yang tak dianggap oleh Kai, cuba untuk merampas Kai semula daripada Miya. Bukan itu sahaja, malah Eariq turut mula merancang strategi untuk mendapatkan Miya walau bagaimanapun caranya.
Keadaan yang tegang menjadi semakin tegang apabila berlaku satu kejadian yang langsung tak mereka sangka. Hubungan mereka semakin goyah saat sepupu Kai bekerja di syarikat miliknya.
"Hati yang telah hancur dua kali takkan pernah dapat dicantumkan buat kali kedua. Please leave me alone."- Miya Athalia
Miya membawa dirinya jauh dari semua masalahnya. Dia ingin mencari ketenangan namun ianya bertukar menjadi sebuah tragedi yang tragis dan mimpi buruk buat Kai.
"No one can hurt you, I am willing to burn this world only for you."- Kai Haider Inayat
Apakah kesudahan mereka? Adakah hubungan mereka kekal bahagia setelah badai ribut melanda? Apa yang terjadi kepada Miya? Adakah Kai akan menjadi sedingin dirinya yang dahulu?
Based on a true story!!!
All the characters in this story are real!
The plot twist and the ending was purely fictional!