Misskhan__1111's Reading List
4 stories
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 383,223
  • WpVote
    Votes 22,350
  • WpPart
    Parts 48
📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
Derita Seorang Maira  | C by Sophianyy
Sophianyy
  • WpView
    Reads 765,891
  • WpVote
    Votes 26,462
  • WpPart
    Parts 56
Maira - 22 Tahun - 156 cm - 20/8 Hayyan - 25 Tahun - 189 cm - 15/6 Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂 by iamsaraalee
iamsaraalee
  • WpView
    Reads 2,866,825
  • WpVote
    Votes 99,530
  • WpPart
    Parts 54
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan Mikael. Cekap dan sangat peka dengan keadaan sekeliling menyebabkan dirinya menjadi aset penting buat Dylan Mikael dan Danish Uqael. DANIA MARISA - Gadis muda yang mempunyai sifat gila-gila yang sangat keterlaluan. Sikap selambanya sangat menyakitkan kepala sesiapa sahaja yang menjaganya. Adik kepada Dylan Mikael dan juga Danish Uqael. "Saya ditugaskan oleh Tuan Dylan untuk jemput Cik Dania." - Zariel Zaquan. "You pijak baby I sampai patah! Dasar bapak gajah!" - Dania Marisa. Pertemuan tidak dirancang namun jiwa dan hati sudah diancam dengan rasa cinta tanpa sedar. Agaknya, mampukah Zariel melayan kerenah Dania? Dan adakah mereka hanya bergelar majikan dan pekerja sahaja? Nantikan, Mrs. Zariel Zaquan.
The Doctor He Came Back To  by Misskhan__1111
Misskhan__1111
  • WpView
    Reads 250
  • WpVote
    Votes 65
  • WpPart
    Parts 41
Dia pergi sebagai seorang lelaki yang penuh dengan impian. Dan dia kembali sebagai seorang lelaki yang menyimpan terlalu banyak rahsia. Kapten Hafiz Zafran sudah terbiasa dengan perpisahan. Dengan arahan, misi, bahaya dan kemungkinan untuk tidak pulang. Namun, ada satu perkara yang tidak pernah mampu dia tinggalkan-Dr. Ayra Qaireena. Ayra pernah menjadi seseorang yang begitu dekat dengan hidupnya. Tetapi selepas bertahun-tahun tidak bertemu, mereka kembali dipertemukan dalam keadaan yang langsung tidak mereka jangka. Hafiz pulang dengan luka yang tidak kelihatan. Ayra pula menjadi doktor yang ditugaskan untuk merawatnya. Namun, semakin lama mereka berada di sisi satu sama lain, semakin banyak kenangan lama yang kembali. Kerana mungkin ada perasaan yang tidak pernah benar-benar hilang. Dan mungkin, selepas bertahun-tahun mencari jalan untuk pulang... Hafiz akhirnya kembali kepada satu-satunya doktor yang pernah dia anggap sebagai rumah.