mehrayduo
Mehr Kaysan Al-Hakim bin Mahendra, 30 tahun, dan Rayyan Alexander Al-Hakim bin Mahendra, 29 tahun, merupakan dua beradik yang berkhidmat sebagai ejen elit di Sector 09: Underground, sebuah markas rahsia di bawah Menara KLCC, Kuala Lumpur.
Menerusi Project Nexus, mereka menyamar sebagai pensyarah di UNIVERSITY OF NOTTINGHAM MALAYSIA , semenyih bagi membongkar kegiatan jenayah yang tersembunyi di sebalik kehidupan kampus.
Namun, penyamaran itu menemukan mereka dengan dua orang pelajar perempuan yang membawa warna baharu dalam kehidupan mereka. Rayyan mula menjalin hubungan cinta dengan seorang pelajar, manakala Mehr terperangkap dalam kisah cinta tidak berbalas apabila seorang pelajar jatuh hati kepadanya.
" Kita datang ke sini untuk memburu penjahat, Rayyan. Bukan mencari masalah." - Mehr
"Kalau masalah itu datang dalam bentuk pelajar cantik, macam mana, abang?"- Rayyan
"Kadang-kadang, along... orang yang paling kita percaya itulah yang paling banyak menyembunyikan rahsia."- Rayyan
Di sebalik misi dan percintaan, rahsia mula terbongkar, menguji kesetiaan dua beradik itu apabila pengkhianatan datang daripada seseorang yang tidak pernah mereka sangka.