readd 🍵
5 stories
Cinta Tanpa Ruang  by Naeltha
Naeltha
  • WpView
    Reads 105,864
  • WpVote
    Votes 4,369
  • WpPart
    Parts 58
Karya Pertama, Cinta Tanpa Ruang Karya ini hanyalah karya santai dan suka-suki saya sahaja. 📜 Nota: Karya ini adalah daripada saya sepenuhnya. Hak cipta terpelihara. Plagiat merupakan kesalahan serius dan dilarang sama sekali‼️📢 ___________________________________________ Mengisahkan tentang pasangan bahagia, Idris Maleeq dan Iffa Auferia, yang sedang menyulam niat untuk mendirikan rumah tangga yang harmoni dan bahagia. Namun, angan mereka musnah serta merta apabila kemalangan menimpa Iffa. Di hujung hayat Iffa, hanya satu permintaan yang dipinta buat Idris dan adiknya, Iman Aurelia, meneruskan perkahwinan idamannya. Permintaan yang diterima amatlah berat buat kedua-dua belah pihak. Sama ada calon, mahupun keluarga. Akhirnya, kata sepakat menjadi jawapan semua pihak. Tiada yang dipaksa dan tiada yang terpaksa. Maka terjalinlah sebuah ikatan tanpa cinta, hanya janji untuk mencuba membahagiakan antara satu sama lain. "Kita cuba, kita ikhtiar. Aku yakin, Allah pandang usaha kita. Yang selebihnya tawakal." -Idris Maleeq- Perkahwinan bukan permainan. Mereka cuba dan mencuba sehingga salah seorang daripada mereka berasa sesuatu yang lain sedang menghuni jiwanya. Namun, kata hanyalah kata. Iman tersedar satu perkara, selama hubungan ini berlayar, segala cubaan bukan mendorong ke arah cinta, namun hanya keselesaan. "Layanan awak pada saya hanya seperti seorang abang yang melindungi adiknya. Awak tak pernah beri ruang pada diri awak untuk cintakan saya." -Iman Aurelia- Hakikat itu menghentam dasar hati Iman, jiwanya sudah terikat cinta. Hatinya sudah mula memberikan reaksi apabila nama Idris disebut. Namun, mengapa ruang diantara mereka semakin menipis? Tujuan mereka semakin kabur. Adakah karam ditelan lautan, atau terus berlayar menuju pelabuhan? Ya Allah, sesungguhnya aku berserah sepenuhnya kepada engkau...
HERO DANIKKA (COMPLETE) by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 13,037,735
  • WpVote
    Votes 745,578
  • WpPart
    Parts 70
"Esok anak mummy yang dekat Jerman tu nak balik. Nayra mesti dah lupa dia kan?" "Abang Hero ke mummy?" HERO DANIKKA- Sebaris nama yang pernah menjadi kisah silam seorang Anayra Sophia. Dialah abang kepada gadis comel itu. Abang Hero! Dia lelaki dingin yang sentiasa dengan aura bekunya. Suka menjerkah tak kira masa lagaknya seperti seorang komander.Menetap di bumi Jerman buat masa yang lama, sehingga dia mengambil keputusan untuk pulang semula ke tanah air. Pertemuan semula dengan keluarganya di KLIA dan dia bertemu kembali dengan budak comel yang sekarang ini sudah membesar menjadi seorang gadis yang sungguh jelita. "Jangan panggil aku abang Hero dah lepasni. Aku tak suka. Sebab, kau bukannya adik aku." ANAYRA SOPHIA- Anak angkat di dalam keluarga besar Tuan Denniz dan dia satu-satunya puteri dalam keluarga itu. Dikelilingi oleh abang-abangnya yang sangat overprotective. Dia menjadi sebahagian daripada keluarga itu sejak usianya 9 tahun. Atas belas ihsan, Katerina telah mengambilnya dan dijadikan sebagai anak angkat. Start - 26 March 2022 End - 02 April 2023 [ STAND ALONE BOOK ] [ READ AT YOUR OWN RISK ]
UNEXPECTED DESTINY by Farvell_
Farvell_
  • WpView
    Reads 14,567
  • WpVote
    Votes 608
  • WpPart
    Parts 52
1st story Ayden Qayl x Elianna Mikayla Elianna Mikayla dulunya seorang gadis yang lemah lembut dan sentiasa mengutamakan perasaan orang lain. Namun, selepas dikhianati oleh seseorang yang pernah dia anggap sebagai kawan, Elianna berubah. Selama lapan tahun, dia hidup sebagai seorang yang pemilih, dingin dan tidak mudah mempercayai sesiapa. Baginya, diri dan perasaannya sendiri lebih penting. Cinta pula langsung tidak pernah berada dalam fikirannya. Sehinggalah takdir mempertemukannya dengan Ayden Qayl. Pertemuan pertama mereka langsung tidak seperti yang dijangkakan-mereka berebutkan satu-satunya meja kosong di sebuah kafe. "I found this first." Ayden Qayl. "Saya yang jumpa dulu." Elianna Mikayla. Pertemuan itu sepatutnya berakhir di situ. Namun, dua hari kemudian, mereka bertemu kembali secara kebetulan. "Tak salah kan kalau kita jadi kawan?" Ayden Qayl. "Jahat atau tak, saya tetap tak nak." Elianna Mikayla. Keras penolakan Elianna, tetapi Ayden tidak mudah mengalah. Perlahan-lahan, dia cuba meyakinkan Elianna bahawa tidak semua orang akan menyakitinya. Daripada tidak, akhirnya menjadi ya. Mereka mula berkawan-Elianna dengan sikap dinginnya, dan Ayden yang tidak pernah berhenti cuba meruntuhkan tembok di sekeliling hati gadis itu. Tanpa Elianna sedari, kehadiran Ayden mula mengubah prinsip yang selama ini dia pegang. Lelaki itu menjadi seseorang yang mampu membuatnya tersenyum, tempat dia berkongsi segala cerita dan satu-satunya insan yang mampu melihat sisi dirinya yang tidak pernah ditunjukkan kepada orang lain. "You can tell everyone that you're okay, but not to me." Bermula sebagai dua orang asing, mereka akhirnya menjadi lebih daripada sekadar kawan. Dan tanpa pernah dirancang, Ayden Qayl menjadi satu-satunya lelaki yang mempunyai tempat istimewa di hati Elianna. Mungkin, inilah yang dinamakan takdir. Sesuatu yang tidak pernah kita jangka, tetapi akhirnya menjadi perkara yang paling kita syukuri.
FARREL'S by littlejmn
littlejmn
  • WpView
    Reads 490,201
  • WpVote
    Votes 25,024
  • WpPart
    Parts 41
[His Series Vol 1] Tuan Nayra Alanna • Tengku Farrel Luaay Pada hari pernikahan Farrel menerima sebuah panggilan daripada tunangnya. Wanita itu membatalkan pernikahan mereka pada saat-saat terakhir, meninggalkan Farrel bersama keluarga dan tetamu yang sudah lama menanti. Namun, di sebalik kekalutan itu, Nayra mengambil peluang untuk menggantikan tempat wanita itu dalam pernikahan yang hampir musnah itu demi lelaki yang selama ini menjadi cinta pertamanya. Selama 19 tahun, Nayra menyimpan perasaan itu dalam diam. Tidak pernah dia menyangka penantiannya akan membawa dia sehingga ke hari di mana dia akhirnya berdiri di sisi lelaki yang dicintainya sebagai seorang isteri. Namun, adakah perkahwinan yang bermula kerana keadaan mampu bertukar menjadi sebuah kisah cinta yang sebenar? [Unedit Version] Start : 23/02/2023 End : 03/09/2023 [highest ranking] #1 2023 #1 wattpadmalaysia #1 cute #1 melayu #1 komedi #1 malaysia [cliche - cringe]
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 682,619
  • WpVote
    Votes 33,122
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance - stand alone] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah. beautiful cover: @pplyoumayknow