My Things✨
1 story
HINGGA AKHIR by Reannafleur
Reannafleur
  • WpView
    Reads 428,187
  • WpVote
    Votes 138
  • WpPart
    Parts 58
𝓗𝓲𝓷𝓰𝓰𝓪 𝓐𝓴𝓱𝓲𝓻 Qamra Emelda belajar sejak kecil bahawa mimpi tidak selalu berhak untuk dimiliki. Sebagai anak sulung, dia memilih untuk mengalah lebih awal bukan kerana tidak mahu mengejar cita-cita, tetapi kerana keluarganya lebih memerlukan dia di sisi mereka. Hari demi hari, impiannya tertinggal di belakang. Perlahan-lahan, tanpa sedar, dia belajar untuk hidup tanpa masa depan yang pernah dia rancangkan sendiri. Dan dalam semua yang dia lepaskan itu, ada satu nama yang tidak pernah benar-benar hilang dari ingatannya. Iman Gibran. Seorang lelaki yang pernah wujud dalam ruang paling sunyi hidupnya, hadir tanpa janji, pergi tanpa kata. "Aku cuma... tak sempat nak cakap apa-apa pun." Namun waktu tidak pernah berhenti untuk menunggu penyesalan. Bertahun-tahun kemudian, takdir mempertemukan mereka kembali. Bukan sebagai remaja yang pernah saling memandang dalam diam. Tetapi sebagai dua orang asing yang pernah bertemu. Bagi Qamra, kehadiran Gibran membuatkan dia persoalkan kelayakan dia, dan bukannya Gibran. Dan kali ini, Qamra perlu berdepan dengan satu persoalan yang tidak pernah dia berani tanya dahulu. Adakah akhirnya mereka akan kembali bersama... seperti yang pernah Qamra harapkan dua belas tahun yang lalu? Atau masa hanya meninggalkan mereka sebagai kenangan yang tak pernah sempat menjadi nyata?