make me blush
10 stories
Love For L2 by Raaelsyh
Raaelsyh
  • WpView
    Reads 47
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 11
Badromance story & Darkromance story.
Somehow, This Became Love by estellavielle
estellavielle
  • WpView
    Reads 79,090
  • WpVote
    Votes 7,042
  • WpPart
    Parts 54
Tengku Iris Kamelia, seorang wanita bekerjaya yang hebat, namun menyimpan trauma yang sentiasa menghantui dirinya. Demi memenuhi kehendak keluarga, dia terpaksa berkahwin dengan Raja Haris Mikhael, seorang lelaki misteri yang sukar dibaca. Berbeza dengan jangkaannya, Raja Haris sentiasa menerima Tengku Iris dengan hati terbuka, perlahan-lahan meruntuhkan dinding yang dibina wanita itu. Dalam diam, rasa benci mula bertukar menjadi sayang, dan akhirnya cinta yang tidak disangka. Namun, mampukah Tengku Iris melawan trauma silamnya untuk menerima cinta itu? Dan adakah perkahwinan yang bermula dengan paksaan mampu berakhir dengan kebahagiaan?
Let It Be You. by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 2,816
  • WpVote
    Votes 261
  • WpPart
    Parts 22
[ON HOLD] SINOPSIS Yana sudah lama berhenti mengharapkan apa-apa daripada manusia. Selepas satu pengalaman yang hampir meragut maruah dan kepercayaannya terhadap manusia, dia membina tembok yang terlalu tinggi untuk ditembusi sesiapa. Hidupnya kelihatan sempurna di mata orang lain. Seorang pensyarah fizik yang berjaya, lahir dalam keluarga berada dan mempunyai masa depan yang terjamin. Namun di sebalik segala yang dimiliki, Yana hanya sedang bertahan dari satu hari ke satu hari yang lain. Sehinggalah dia bertemu Aariz. Seorang jurutera pesawat yang menguruskan sebuah galeri seni bernama Spes pada waktu lapangnya. Berbeza dengan lelaki lain yang pernah hadir dalam hidupnya, Aariz tidak pernah cuba memaksa dirinya masuk ke dalam dunia Yana. Dia hanya hadir. Dengan sabar. Dengan tenang. Dengan kesungguhan yang tidak pernah diminta. Namun semakin rapat mereka, semakin Yana mahu menjauh. Kerana bagi seseorang yang terbiasa bergantung pada diri sendiri, melepaskan terasa jauh lebih selamat daripada berharap. "Why do you keep avoiding me?" - AARIZ KHALED. "Sebab kalau saya tak terlalu dekat dengan awak, saya takkan terlalu sakit bila awak pergi." - IRRYANA MALEEKA. "But leaving you was never part of my plan." - AARIZ KHALED Sebuah kisah tentang luka yang tidak kelihatan, tentang harapan yang ditemui di tempat yang tidak dijangka, dan tentang seseorang yang memilih untuk tinggal ketika semua orang lain memilih untuk berlalu pergi.
HELLO QASWAR by stroberisenkrim
stroberisenkrim
  • WpView
    Reads 3,191,909
  • WpVote
    Votes 122,855
  • WpPart
    Parts 63
MERAH MERONA I Marissa kembali ke Australia dengan niat untuk mencari ketenangan, tapi siapa sangka selepas kepulangannya ke tanah air dia menemui lebih daripada itu. Lain yang dia harapkan, lain yang dia dapat. Jadi benarlah kata orang kalau sudah rezeki memang tak akan kemana, kan? Tuhan itu maha baik, dipertemukan pula dengan jodoh tanpa sengaja. Apa lagi, chaiyo! Chaiyo! Kita dekati lah! Semangat membara dan hati yang semakin gatal, si manis Miss Strawberry tidak ragu-ragu untuk mengejar. "Hello, I'm back! Mustahil awak lupa saya, by the way saya Nurynmarissa. Exchange number boleh tak? Nama awak apa, ya? Al ... Al apa?" "Pardon?" Dia dingin. "I don't even know who you are." Dia juga sombong. And nevermind, because this is exactly what I love! I love chasing. Marissa memang tak pernah kenal erti putus asa. Walaupun lelaki itu sombong dan selalu mengendahkan kewujudannya, dia yakin lelaki itulah jodohnya. Dan kebiasaannya, setiap kali cuba mengambil hati lelaki itu, dia tak lupa untuk melemparkan wink mautnya. One wink, and she can make him lose his cool. Hari-hari seorang jejaka bernama Al Qaswar hanya berfokuskan untuk menyelesaikan misi-misi dari perkerjaannya. Tapi semua itu mendadak berubah selepas kemunculan Nurynmarissa dalam hidupnya. Dari tujuan mencari maklumat, berubah kepada misi melarikan diri dari berhadapan dengan Marissa yang tergilakan dia. "Playful, flirty, unpredictable behavior, Marissa itu perempuan gila." Semakin menjauh, semakin terikat. Itulah istilah kisah mereka setelah kehadiran Marissa dalam hidupnya diketahui oleh orang terdekatnya. Credit cover: Pinterest, to the rightful owner.
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 427,098
  • WpVote
    Votes 31,470
  • WpPart
    Parts 56
[3rd romance - stand alone] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
Setulus Jänji. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 426,586
  • WpVote
    Votes 16,754
  • WpPart
    Parts 62
Thareq Aiman Al-Haq | Camellia Airis. [Unedited] Thareq Aiman Al-Haq dan Camellia Airis. Kedua mereka punya kisah bersama. Tapi itu dulu, sebelum Thareq pilih untuk putuskan hubungan mereka dan berlalu pergi tanpa sebarang pamitan. "Mummy teringin nak tengok achik kahwin dengan Mel." Akur dengan permintaan si ibu. Thareq pilih untuk melamar Airis sebagai isteri. Namun, bukan cuma lamaran biasa. Lamaran itu bersulam janji. "Kita kahwin. Dan aku janji aku tak akan halang hubungan kau dengan Izz atau dengan siapa siapa saja yang kau nak. Aku tak akan tuntut apa apa hak sebagai seorang suami." - THAREQ. Mengenali Thareq, Airis tahu lelaki itu seorang yang berpegang pada janji. Dan akhirnya dia setuju dengan permintaan Thareq. Saban hari, perkahwinan yang pada mulanya cuma terbina kerana sebuah janji mula membuahkan rasa ganjil di relung hati Airis. "Kau ada hati pada Airis ke, Thareq? Maksud aku, cinta. Kau masih cintakan Airis?" - IZZ. Namun, semuanya tidak sebegitu mudah. Tambahan dengan hubungan keruh di antara Thareq dan Izz. Sejak dulu, hubungan itu penuh dendam dan benci! Dan Airis juga tidak mampu untuk menafi perasaan yang kain menggebu buat lelaki itu. Hakikatnya, dia sudah jatuh sayang pada Thareq. Tapi bagaimana dengan Thareq sendiri? "Mencintai tak seharusnya memiliki."
Wicked Game | [OG] by Missliluna
Missliluna
  • WpView
    Reads 13,192
  • WpVote
    Votes 1,659
  • WpPart
    Parts 21
[ AFTERBURN SERIES II ] Eiser Sene X Zendaya Chantelle. Eiser Sene dan Zendaya Chantelle, dua CEO muda yang pernah bercinta di New York, kini hidup dalam kemewahan dan kejayaan, namun di sebalik pencapaian itu, hubungan mereka sedang menuju kehancuran. Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, perniagaan masing-masing menjadi penghalang terbesar. Waktu bersama semakin berkurang, dan rasa cinta semakin pudar. Ketika syarikat Eiser hampir muflis, Zendaya yang telah membina empayar perniagaannya sendiri merasa malu, bukan hanya kerana kegagalan suaminya, tetapi juga kerana dia seorang wanita yang berjaya. Dalam kemarahan dan kecewa, Zendaya menuntut cerai. Eiser yang kecewa setuju dengan permintaan Zendaya, namun mereka berdua bersetuju untuk menjalani satu tempoh sebulan penuh untuk 'membenci' satu sama lain sebagai langkah terakhir dalam hubungan mereka. "Bring over your lawyer and I'll bring mine." - ZENDAYA CHANTELLE Maka, bermulalah permainan emosi antara mereka yang semakin menjauhkan diri, meskipun tinggal di rumah yang sama. Namun, dalam tempoh yang penuh amarah itu, takdir memerangkap mereka. Seorang bayi kecil tanpa penjaga ditinggalkan di depan pintu rumah mereka. Tanpa pilihan lain, Eiser dan Zendaya terpaksa menjaga bayi tersebut, yang mula memberi mereka peluang untuk melihat sisi-sisi lain diri mereka. Keadaan yang penuh ketegangan berubah apabila bayi itu secara perlahan meruntuhkan tembok kebencian di antara mereka, memberi mereka ruang untuk berkomunikasi dan merawat satu sama lain. Dalam dunia yang penuh dengan manipulasi, ego, dan rahsia gelap, adakah cinta mereka mampu bertahan, atau akan hancur bersama impian dan harapan yang pernah mereka bina?
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 1,020,426
  • WpVote
    Votes 67,216
  • WpPart
    Parts 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
Sweetly Tied by kulaayu
kulaayu
  • WpView
    Reads 675,352
  • WpVote
    Votes 61,066
  • WpPart
    Parts 35
Sweet, but make it dramatic.
𝐔𝐏𝐑𝐎𝐎𝐓𝐄𝐃 (RAW) by aksarahan
aksarahan
  • WpView
    Reads 4,103
  • WpVote
    Votes 653
  • WpPart
    Parts 32
𝐔𝐏𝐑𝐎𝐎𝐓𝐄𝐃 (n.) /ʌpˈruːtɪd/ 𝘢𝘥𝘫: 𝘵𝘰𝘳𝘯 𝘧𝘳𝘰𝘮 𝘵𝘩𝘦 𝘭𝘪𝘧𝘦 𝘰𝘯𝘤𝘦 𝘬𝘯𝘰𝘸𝘯; 𝘧𝘰𝘳𝘤𝘦𝘥 𝘵𝘰 𝘨𝘳𝘰𝘸 𝘴𝘰𝘮𝘦𝘸𝘩𝘦𝘳𝘦 𝘯𝘦𝘸. cerita ni tak best. Cringe melebihi had. 🥇 #1 GRUMPY 🥇 #1 HEFELLFIRST 🥈 #2 MALAY 🥈 #2 PRINCESS 🥉 #3 CONTRACTMARRIAGE 🥉 #3 LIGHTCONFLICT 🥉 #3 COUPLE 🥉 #3 ENEMIESTOLOVER