jumirah's Reading List
198 stories
Syaqil's Faithful Heart by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 41,914
  • WpVote
    Votes 6,775
  • WpPart
    Parts 26
NEXT GENERATION (HEART SERIES 2) Syaqil Akhtar x Tengku Adleena Sofea START: 22/7/2026 END:
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 418,101
  • WpVote
    Votes 31,227
  • WpPart
    Parts 56
[3rd romance - stand alone] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
Aydeen's Untold Heart (Completed) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 500,334
  • WpVote
    Votes 33,128
  • WpPart
    Parts 51
NEXT GENERATION (HEART SERIES 1) Tengku Aydeen Iskandar x Raja Khayra START: 20/11/2025 END: 8/7/2026 Bagaimana jika seseorang yang telah menjadi sebahagian daripada hidup kita sejak kecil, akhirnya menjadi seseorang yang paling ingin kita cintai? RAJA KHAYRA membesar dengan seorang lelaki yang sentiasa ada di sisinya iaitu TENGKU AYDEEN ISKANDAR. Lelaki yang menjadi tempat dia bergantung, tempat dia mencari perlindungan dan seseorang yang tidak pernah gagal membuatnya berasa selamat. Dan semakin dewasa, perasaan itu perlahan-lahan berubah. Daripada kasih seorang adik kepada cinta seorang wanita. Raja Khayra tidak pernah menyangka bahawa perasaan yang selama ini disimpan kemas akhirnya menjadi sesuatu yang begitu sukar untuk dimiliki. Lebih menyakitkan apabila dia mengetahui Tengku Aydeen sudah mempunyai teman wanita. "Kenapa abang tak boleh sayangkan Ara balik?" -RAJA KHAYRA "Sebab abang takut abang tak mampu sayangkan Ara lebih dari seorang adik. Dan Ara... seseorang yang abang patut lindungi. Bukan seseorang yang abang boleh cintai." -TENGKU AYDEEN Antara cinta yang sudah lama berakar dan sebuah hubungan yang terlanjur dianggap seperti keluarga, mampukah mereka menemukan jalan pulang kepada satu sama lain?
Him: The Hierarchy [Slow Update] by _reallisa
_reallisa
  • WpView
    Reads 9,000
  • WpVote
    Votes 417
  • WpPart
    Parts 4
Allysa Natasha, si dara yang sedaya upaya memikat hati seorang jejaka yang bernama Tengku Raiz. Beri la apa sekali pun alasan, gadis itu akan tetap mengejar jejaka impiannya. "Tengku ni lama lagi ke?" - Allysa "Lama apa?"- Tengku "Nak cinta saya?!" - Allysa Ya, itulah dia. Kisah cinta daripada si dara dan pujaannya. Perbezaan umur sebanyak 6 tahun membuatkan Tengku berasa tidak selesa namun bagi si dara, umur hanyalah angka! "Aku dengan kau beza 6 tahun, Allysa" - Tengku "Alah, umur hanya angka!" - Allysa Dapatkah si dara gapai hati beku seorang Tengku Raiz? Dapatkah si dara mencairkan seorang Raiz?
𝐖𝐒π₯π₯ 𝐁𝐞 𝐁𝐚𝐜𝐀 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 144,125
  • WpVote
    Votes 8,235
  • WpPart
    Parts 66
"Zarfina Alesya binti Muhammad Khad, abang ceraikan Fina dengan talak satu." Dengan sekali lafaz, maka terlerailah sudah ikatan sah antara Nazrul Dzulhanan dan juga Zarfina Alesya. Bukan kerana orang ketiga, tetapi kerana ego masing-masing yang akhirnya membawa kepada perpisahan. Dan saat itu, Nazrul sangkakan kehidupan mereka akan baik-baik sahaja sambil membesarkan Nayfa Allara. Namun, semua berubah bila Zarfina pergi meninggalkannya dan buah hati mereka. "Abang minta maaf, Fina... abang betul-betul minta maaf. Abang sayangkan Fina sangat-sangat." - 𝐍𝐀𝐙𝐑𝐔𝐋 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 Penyesalan yang akhirnya menghantui diri selama tiga tahun telah mengubah hidup Nazrul Dzulhanan menjadi lelaki yang dingin. Baginya kehilangan Zarfina adalah satu kehilangan terbesar dalam hidup itu. Dia hampir hilang separuh nyawa sehinggalah dia bertemu dengan seseorang yang memiliki wajah yang serupa. "Saya Zafiya. Dan awak siapa?" - π™π€π…πˆπ˜π€ Seorang gadis yang memiliki semua yang Nazrul rindukan. Dari wajah, suara sehinggalah perwatakan membuatkan Nazrul Dzulhanan membayangkan bekas isterinya. "Mungkin saya tak faham di tempat awak. Tapi awak kena tahu yang bukan awak sorang je rasakan kehilangan tu. Saya pun rasa benda yang sama. Saya kehilangan kakak saya." Mereka memiliki luka yang sama dengan rasa kehilangan yang sama. Disaat Zafiya ingin mengisi kekosongan yang ada di hati si kecil, satu perasaan yang sudah dijangka akhirnya muncul. "Awak boleh anggap saya Zarfina kalau awak nak." Makin dekat dengan gadis itu, semakin Nazrul sukar untuk melupakan kehadiran Zarfina. Namun siapa sangka, disebalik semua perasaan dan bayangan yang dia lihat telah mengembalikan cinta yang pernah mati. "Temukanlah aku dengan dia, untuk kali ini saja."
𝐁𝐒π₯𝐚 π‡πšπ­π’ 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐒𝐧𝐭𝐚𝐒 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 431,193
  • WpVote
    Votes 21,188
  • WpPart
    Parts 79
𝐐𝐚𝐬𝐑 𝐈π₯𝐑𝐚𝐦 | π…πšπ­πžπžπ§ 𝐍𝐚𝐟𝐒𝐬𝐚𝐑 "Mencintaimu seperti mana aku mencintai-Nya." Bagi Fateen Nafisah, cinta itu sederhana kerana hati manusia dipegang oleh-Nya. Sejauh mana pun mencintai, takkan dapat menghalang seperti mana takdir Tuhan yang sudah tertulis. "Kalau nak cari calon suami untuk Esah, kena cari yang hebat-hebat. Handsome macam yang Esah cakap sebelum ni, sebab Esah cantik." - 𝐅𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 ππ€π…πˆπ’π€π‡ Dulunya sekadar gurauan, tetapi siapa sangka gurauan itu telah menjadi kisah nyata buat seorang gadis muda bernama Fateen Nafisah. Hadirnya seorang jejaka kacak mengubah nasib hidupnya. "Kita kahwin. Benarkan abang jadi suami Esah." - 𝐐𝐀𝐒𝐇 πˆπ‹π‡π€πŒ Qash Ilham, seorang pahlawan muda yang berjiwa keras. Gagah perkasa seperti saat orang ramai menatap matanya. Prinsip hidup lelaki itu membawa pesonanya. Bila hati mencintai, sekalipun mata tak terlepas daripada memandang figura yang menarik perhatiannya. "Between a man and a woman, it's often the woman who falls in love more easily because her heart listens before her mind speaks." - 𝐅𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 ππ€π…πˆπ’π€π‡ "Behind a woman's love lies a man's silent prayer." - 𝐐𝐀𝐒𝐇 πˆπ‹π‡π€πŒ Benih-benih cinta mulai tumbuh. Saat kasih dan sayang semakin bercambah, hubungan itu semakin erat. Rindu kepada si pemilik hati. ⚠️ No Plagiarism Allowed
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 1,044,512
  • WpVote
    Votes 43,081
  • WpPart
    Parts 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula ditepikan. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 230,200
  • WpVote
    Votes 10,213
  • WpPart
    Parts 53
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.
BLACK CONTRACT by ieraajay
ieraajay
  • WpView
    Reads 23,267
  • WpVote
    Votes 1,822
  • WpPart
    Parts 42
SLOW UPDATE ​Ditangkap basah? Bukan. Dijodohkan keluarga? Jauh sekali. Ariana Zafira terpaksa menyerah diri menjadi isteri kepada seorang CEO Malik Tech Industries semata-mata demi menyelamatkan ibu saudaranya. Kehidupan Ariana Zafira berubah 180 darjah dalam sekelip mata apabila dia dijerat oleh sebuah 'Kontrak Hitam' yang dirancang rapi. Demi menyelamatkan maruah dan bebanan yang menghimpit keluarganya, Ariana terpaksa bersetuju untuk mengikat tali pernikahan dengan seorang lelaki yang sangat membenci dirinya. Rayyan Malik merupakan seorang jutawan muda terkemuka. Baginya, perkahwinan ini hanyalah satu transaksi. Sebuah jalan mudah untuk melunaskan dendam yang lama terbuku di hati. Mereka bagai anjing dengan kucing. Ariana Zafira dengan kedegilannya yang pantang dicabar, manakala Rayyan Malik dengan perangai diktatornya yang suka mengarah. Sesiapa sahaja pasti akan cemburu melihat Ariana Zafira yang bakal berkahwin dengan Rayyan Malik, seorang CEO muda yang kacak dan kaya-raya. Tetapi bagi Ariana, perkahwinan kontrak itu ibarat mempertaruhkan seluruh hidupnya kepada seorang lelaki yang tidak pernah menjanjikan cinta. Namun di sebalik pintu yang tertutup, siapakah yang akan tewas terlebih dahulu dalam permainan kontrak ini? Adakah perkahwinan ini akan berakhir dengan pembalasan dendam, atau penyembuhan bagi dua jiwa yang terluka? Adakah cinta bakal menewaskan ego, atau takdir silam akan kembali menghancurkan segalanya? "SATU LAFAZ..MENGUBAH SELURUH TAKDIR" Start : 31 May 2026 End :