💓
6 stories
Make It Halal - Completed by nurnathalieya
nurnathalieya
  • WpView
    Reads 342,453
  • WpVote
    Votes 16,636
  • WpPart
    Parts 57
Harith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerjanya hanya menolong membersihkan masjid. Upah akan diberi oleh Haji Ahmad. Harith hidup keseorangan setelah ibu bapanya meninggal dunia. Harith yang lurus bendul ini membuatkan Heliza Helzi suka dengan perwatakan Harith. Heliza Helzi, seorang wanita yang sangat menjaga kehormatan diri. Tudung labuh yang menutupi anggota tubuhnya membuatkan dirinya nampak manis dan cantik. Maruahnya amat terjaga. Kehidupannya hanya sederhana. Namun, dia amat bahagia bersama keluarga tercinta. Heliza sibuk menolong ibunya di kebun dan sering terlihat Harith di kawasan kebun. Sikap lurus bendul Harith membuatkan Heliza suka dan sering ketawa. Tak disangka Harith juga menyimpan perasaannya terhadap Heliza. Make it halal memaparkan tentang kesungguhan Harith Hamka untuk menghalalkan Heliza Helzi dengan mengikuti syarat ayah gadis itu. Baca jom!
Dahlia Mikail by yurafwr
yurafwr
  • WpView
    Reads 13,253,884
  • WpVote
    Votes 561,689
  • WpPart
    Parts 76
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orked menyoal. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Kaki Tengku Farhan mula melangkah merapati Orked. Bibirnya mengukir senyuman. "Sebab Mr Tengku hanya untuk Miss Flower." "Excuse me, Encik Tengku Farhan Mikail. Boleh ulang semula ayat gatal awak tu?" Orked buat muka jelek. Tengku Farhan ketawa. Suara tawanya memenuhi bilik itu. "Saya cuma cakap benda betul. So Cik Orked Dahlia, nampaknya mulai sekarang awak kena bersiap sedia untuk pegang title.." matanya memandang tepat ke anak mata Orked. "..Mrs Mikail." -- "Bunga Orkid mungkin akan layu satu hari nanti, tapi cinta saya pada Orked Dahlia akan mekar selamanya," - Tengku Farhan Mikail -- **This is the first time I wrote a story so cut me some slack. Permulaan cerita sedikit childish dan gaya penulisan agak weak but I promise it gets better afterwards please keep on reading you wont regret it, insyaallah** ©yurafwr, 2016 2017
Annyeonghaseyo Husband by faraaaee
faraaaee
  • WpView
    Reads 48,259
  • WpVote
    Votes 1,415
  • WpPart
    Parts 44
NUR FARHANI BATRISYA merupakan seorang gadis yang sangat ceria. Dia bekerja di sebuah syarikat dan memegang jawatan sebagai setiausaha kepada duta dari Korea yang merangkap kepada pemilik syarikat tersebut. Dia dalam diam menaruh hati kepada seorang lelaki yang bekerja sepejabat dengannya. LEE HAN BIN atau nama Islamnya ASHRAF LEE merupakan seorang duta dari Korea. Dia merupakan seorang yang sangat tampan tetapi dalam masa yang sama dia merupakan seorang yang tegas, egois dan pemarah. Siapa sangka sikap yang begitu dingin, jatuh cinta dengan seorang gadis biasa iaitu setiausahanya sendiri. "Boleh tak aku pinang kau?" -ASHRAF LEE "Apa yang Encik Lee merepek ni? Saya dah berpunyalah. Lagipun tak lama lagi dia nak pinang saya." -NUR FARHANI BATRISYA "Tak lama lagi? Malangnya dia lambat. I already hands on marriage for you." -ASHRAF LEE "WHAT THE?!"-NUR FARHANI BATRISYA Dapatkah Ashraf Lee memiliki hati Nur Farhani dengan statusnya ' bakal tunang' orang dan mencintai lelaki lain?
Sungguh, Tulus Menyayangimu by nabihahtaquddin
nabihahtaquddin
  • WpView
    Reads 217,533
  • WpVote
    Votes 3,338
  • WpPart
    Parts 36
Usianya baru 18 tahun, namun dia telah mendapat gelaran puan. Fyna gadis sopan yang pernah kecewa kerana kecurangan teman lelakinya di sekolah, berkahwin dengan Ilman, pemuda tampan dan pekerja ayahnya yang paling muda. Ilman merupakan seorang 'playboy' semasa zaman remajanya. Namun berubah sikap setelah kematian ibu yang disayangi. Dia mencintai Fyna ketika saat pertama melihat Fyna lalu bernekad untuk menjadikan Fyna isterinya untuk yang pertama dan akhirnya. Adakah perkahwinan yang bahagia akan dikecapi oleh Fyna dan Ilman? **** Mereka berteduh sebentar di bawah pondok kecil yang ada. Baju Nura Afyna kebasahan sehingga menampakkan tubuhnya. Hal itu membuat Ahmad Ilman menelan air liur. Nasib baik Fyna dan aku je yang ada dekat sini, desis hatinya. Dia membuka baju T lengan pendek yang dipakainya. Nura Afyna terkejut dengan tindakan suaminya. Gila apa suami aku ni?, gumam hatinya. Dia buat tidak tahu dan hanya menjeling suaminya yang berada di sisinya. "Sayang, pakai baju ni" "Kenapa pula, nampak badan ke?" "Pakai ajelah, nanti orang nampak" "Bukan jarang pun baju ni, tak naklah baju abang besarlah" "Banyak cakap pula sayang ni, dah..dah angkat tangan" Nura Afyna menurut kata suaminya dengan mengangkat tangan. Suaminya menyarungkan bajunya ke badan isterinya. "Abang macam mana, tak sejuk?" ***** "Tadi tu sape? Main mesra abang dengan dia?" marah Nura Afyna sambil mencampak beg tangannya ke sofa berdekatan katil. Ahmad Ilman segera menutup pintu bilik hotel sebelum ada orang terdengar perbalahan mereka. "Dia bukan siapa-siapa sayang" jawab Ahmad Ilman dengan nada yang sederhana sambil tangannya memegang lengan isterinya. "Tipulah abang tak ada hubungan dengan dia" Nura Afyna menepis tangan suaminya. Ahmad Ilman terdiam. #144 in Romance (3/1/17) Untuk baca full version, boleh skip ke post last sekali yang bertajuk "Nak baca full version?" untuk maklumat lanjut. Terima kasih.
Gadis Unik by faraaaee
faraaaee
  • WpView
    Reads 18,340
  • WpVote
    Votes 341
  • WpPart
    Parts 36
Ara merupakan seorang gadis yang berasal daripada Sabah. Dia mendapat kerja di sebuah syarikat yang bernama Syarikat FJ. Tetapi, pada suatu hari seseorang yang dia sangat kenal dikahwinkan dengan dia iaitu anak kepada kawan baik ayahnya. Bila waktu mereka sudah mengecapi kebahagiaan, bekas kekasih Faris datang untuk meraih cintanya kembali daripada Faris. Malangnya Faris tidak mahu menerimanya kembali. Dia berusaha untuk mendapatkan Faris dengan cara mencemburukan Ara. Tindakannya itu berhasil. Ara dan Faris bergaduh akibat kecurangan Faris yang dibuat oleh bekas kekasih Faris itu. Ketika Faris hendak bertolak ke Langkawi, Ara terliba tdalam kemalangan. Akibat daripada kemalangan itu, Ara menjadi hilang ingatan. Dia hanya mengingati masa lalunya sahaja. Dapatkah Faris menyembuhkan ingatan Ara kembali? Dan hidup bahagia bersama kembali? A/n: Saya tak pandai nak buat sinopsis .. kalau nak tahu lebih lanjut, bacalah! ;)
kontrak cinta kita by khisya_b
khisya_b
  • WpView
    Reads 476,098
  • WpVote
    Votes 11,891
  • WpPart
    Parts 41
Qisya seorang yang kelakar dan manja. Bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran itali di kuala lumpur. suatu hari, dia telah berjumpa dengan Puan Sri Aisyah sewaktu balik dari kerja. Sewaktu berjumpa, Qisya telah membantu menyelamatkan Puan Sri Aisyah daripada dilanggar dengan sebuah motosikal. Terasa terhutang budi Puan Sri Aisyah meminta agar Qisya menjadi anak angkatnya. Keakraban yang terjalin membuatkan Puan Sri Aisyah bertambah suka dan sayang kepada Qisya sehinggakan dia berhajat untuk menyatukan Qisya dengan anaknya, Qhasaf Arfan. Puan Sri Aisyah menawarkan duit sebanyak rm1juta kepada Qisya jika dia bersetuju untuk berkahwin dengan anak lelakinya. Masalah yang dihadapi Qisya itu telah digunakan oleh Puan Sri Aisyah untuk menjodohkan Qisya dan Qhasaf Arfan. Adakah perkahwinan itu akan menjadi? Mungkinkah mereka akan bahagia? Bagaimana dengan masalah Qisya pula? semuanya akan terjawab di dalam kontrak cinta kita. :D