nurulnhx_'s Reading List
23 stories
[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS) by SuamikuKacakGila27
SuamikuKacakGila27
  • WpView
    Reads 455,599
  • WpVote
    Votes 47,999
  • WpPart
    Parts 64
"Awak sudi nak jadi isteri saya?" "Eee... dahlah tanya tak romantik. Kasar." "Nak ke tak nak?" "Nak. Tapi dengan satu syarat. Kalau saya jadi isteri awak, mampu ke awak membahagiakan saya?" Park Jimin. Ego, sombong, bongkak, hati beku dan yang paling aku tak tahan mulut dia betul-betul laser. Aku betul-betul tak tahu kenapa dia nak sangat aku jadi isteri dia, sedangkan kami berjumpa tak sampai satu jam. Lelaki sekarang, motif dia bermacam-macam. Kadang-kala kahwin bukan sebab cinta, tapi nafsu. Cuma.. kes Jimin. Dia lain sikit. Diam-diam dia, dia romantik sebenarnya. "Muka bekas isteri saya sama macam awak. Sumpah." Dia duda sebenarnya. Tapi cara dia seperti lelaki bujang. Aku terkahwin dengan lelaki dudalah selama ni? Hmm... tak dapat yang fresh, yang kitar semula pun bolehlah Haerin! Suatu hari tu... tiba-tiba Jimin tanya. "Saya teringin nak ada anak." Aku terkedu. Dia.. dia nak anak. Tapi aku dan dia tak pernah... hmm. "Hanya satu cara je untuk awak nakkan anak." "Apa dia?" "Sentuh saya." "No way. Saya tak akan sentuh perempuan lain melainkan bekas isteri saya." Aku kecewa dan terkilan. Aku dah agak dah. Dia sebenarnya mempergunakan aku je dalam perkahwinan ni. Sebab dengan adanya aku, dia boleh melepaskan rasa rindu terhadap bekas isteri dia. Aku tahan dan sakit menahan perasaan aku. "Awak asyik fikir perasaan awak je! Habis perasaan saya macam mana?! Saya cintakan awak, Jimin. Saya cinta awak!" "Diam, sebelum saya ambil keputusan untuk kita berpisah." Betul.. dia sangat ego. Aku tahu, dia cintakan aku juga cuma dia ego. "Untuk apa saya kahwin dengan awak kalau saya tak pernah sekalipun rasa bahagia?" Tidak boleh tidak, aku mesti bawa lari Jimin dari kisah silamnya. Kerana aku adalah kisah barunya. Nantikan...
Not Your Girl (Sehun) -Complete- by Hunahjumma
Hunahjumma
  • WpView
    Reads 139,404
  • WpVote
    Votes 7,737
  • WpPart
    Parts 26
-Welcome to the Mafia's world- -Oh Sehun -Kim Yoonji -EXO -Warning cuma sebab bahasa yang kurang menyenangkan dan sedikit kekasaran. Saya x type cerita hal ehwal dlam bilik haha.. 😊😊
[COMPLETED] Kpop Imagine -REQUEST CLOSE- by SuamikuKacakGila27
SuamikuKacakGila27
  • WpView
    Reads 7,493
  • WpVote
    Votes 572
  • WpPart
    Parts 6
FF ni slow update. Selagi tak ada request, selagi tulah saya tak update apa-apa. For the first part, hanya cara-cara untuk request sahaja. So, hope enjoy and janganlah hujani saya dengan request-request anda. Love ya ❤❤❤
[COMPLETED] Short Stories Collection: Love Each Other (K-IDOL) by SuamikuKacakGila27
SuamikuKacakGila27
  • WpView
    Reads 20,304
  • WpVote
    Votes 1,778
  • WpPart
    Parts 16
Ini bukan fanfiction, bukan novel mahupun cerpen. Ini adalah himpunan situasi-situasi yang saya sendiri reka. Tak panjang. Sekerat-sekerat je. Saya buat sebab saya suka. Akan completed bila dah capai 50 part atau 100 part. Enjoy! Beautiful cover - @NrLylAmra
[COMPLETED] Love 사랑. (Baekhyun Oneshot) by SuamikuKacakGila27
SuamikuKacakGila27
  • WpView
    Reads 7,662
  • WpVote
    Votes 634
  • WpPart
    Parts 1
Macam 'Sad Love', saya buat secara spontan sebab bosan. Maybe oneshot ni akan dipost atas request orang kat acc lagi satu tapi tak apa, baca ja. Tak best sangatlah sebab tak ada banyak scene-scene koww2 gitu. Hahahaha... make sure jangan nangis kay? Dahlah first time buad pasal Baekhyun. Huhuhuhu. Happy reading guyss ^^
[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic) by SuamikuKacakGila27
SuamikuKacakGila27
  • WpView
    Reads 449,287
  • WpVote
    Votes 34,177
  • WpPart
    Parts 77
Sepatutnya Kang Aeyeon yang menjadi pasangannya. Tetapi apabila tiba masa, dia menghilang. Meninggalkan Kim Mingyu sendirian seminggu sebelum majlis berlangsung. Majlis terpaksa ditangguhkan untuk mencari Aeyeon. Bukan senang hendak menemui gadis itu. Mingyu mula kebuntuan. Majlis semakin dekat. Akhirnya, satu-satunya jalan dia ambil. "Lepas ni you akan jadi isteri I. Tapi ingat, just silent married. I tak nak you bocorkan perkahwinan ni kat sesiapa." -Kim Mingyu- Pelik. Silent married, tapi menggantikan Kang Aeyeon kepada Seol Hana dan semestinya akan ada ramai jemputan, bukan? Mingyu mahukan Hana menyamar menjadi Aeyeon sekali gus menikahi wanita itu. Mingyu ada perancangannya sendiri. "Sampai bila kita nak silent married? Kita tak serupa suami isteri pun. You 'dera' hati I. Pura-pura bercerai atas nama Aeyeon tapi masih dengan I dan kita silent married. Gyu, you're to much." -Seol Hana- Nantikan... ***full sinopsis kat prologue*** [1# IN FANFICTION]
[COMPLETED] Mistress 주인님 (Baekhyun EXO) by SuamikuKacakGila27
SuamikuKacakGila27
  • WpView
    Reads 725,946
  • WpVote
    Votes 58,300
  • WpPart
    Parts 70
"Kau tahu tak, yang dalam tempoh 3 bulan tu, aku jatuh. Sakit sangat, Daehyun. Sampai rasa tak boleh nak bangun dan gerakkan badan." Kata Baekhyun. Daehyun terkejut. Tangannya menekup mulut. "Awak jatuh? Awak jatuh kat mana? Kenapa saya tak tahu dan kenapa awak tak nak cakap dengan saya? Sakit sangat ke?" Bertalu-talu Daehyun menyoal sambil tangannya menyentuh setiap genap wajah Baekhyun dan tubuh lelaki itu. Hendak melihat kesan jatuh tu kat mana. "Ya, aku jatuh. Aku tak jatuh kat mana-mana dan benda tu sakit bila aku nak cakap dengan kau. Aku takut, kau tak nak ubatkan sakit tu." Kata Baekhyun. Masih bermain kata. Daehyun menepuk dadanya perlahan. "Siapa cakap saya tak nak ubatkan awak? Bagitahu saya, awak sakit dekat mana." "Dekat sini..." Baekhyun tarik tangan Daehyun dan dilekapkan pada dadanya. Daehyun kerutkan dahi. Dia mula pelik. "Kat... kat sini? Awak jatuh apa ni?" "Aku jatuh cinta dengan kau, Daehyun."
[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN) by SuamikuKacakGila27
SuamikuKacakGila27
  • WpView
    Reads 515,315
  • WpVote
    Votes 42,335
  • WpPart
    Parts 63
"Kalau awak rasa, perpisahan jalan yang terbaik, silakan. Saya tak paksa awak pun, Park Jae Ra." Tanpa usaha, dia pasrah. "Mana suami saya yang dulu? Suami saya yang betul-betul pertahankan cinta dan isteri dia." Masih cuba untuk pertahankan. Walaupun hatinya mula berderai. "Suami awak dah lama mati. Hati Kim Mingyu dah lama mati." Sekali lagi... dia jatuh tersungkur. "Maafkan saya... kita kena berpisah." Perkahwinan yang dibina bakal runtuh. Selama-lamanya... Nantikan...
[COMPLETED] Loyal Wife 단골 아내 (Baekhyun EXO) by SuamikuKacakGila27
SuamikuKacakGila27
  • WpView
    Reads 726,968
  • WpVote
    Votes 62,077
  • WpPart
    Parts 71
"Apa ni?" Aku terdiam seketika. Terpinga-pinga memandang lelaki yang berada di hadapan aku tanpa berbaju, dengan Baekhyun di hadapan pintu. "Baekhyun, sumpah. Saya tak tahu apa-apa. Saya..." "Stop it." "Baekhyun..." "I said enough!" Aku mula gelisah. Aku pandang lelaki yang tidak berbaju itu dalam-dalam. Aku rasa aku kenal. Tapi... siapa? "Seung Yeon, esok pukul 9 pagi, datang pejabat saya untuk tandatangan surat penceraian. Esok." Aku terpana. Baekhyun salah faham dan dia terus nak bercerai dengan aku tanpa siasat? Dia tak dengar pun penjelasan aku. "Baekhyun, sampainya hati awak..." "Saya? Saya atau awak? Awak tu yang sepatutnya dengar dari saya. Beria-ria call, kata rumah blackout. Bila saya masuk rumah, terang je. Bila naik atas, rupa-rupanya ada binatang tengah mengawan." Baekhyun... Nantikan...
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO) by SuamikuKacakGila27
SuamikuKacakGila27
  • WpView
    Reads 334,588
  • WpVote
    Votes 37,895
  • WpPart
    Parts 103
Aku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti cinta, mungkin aku tak akan rasa perasaan istimewa ni sampai bila-bila. Dan kerana dia jugalah aku rasa beberapa perasaan lain yang memang menyeksa jiwa. Rasa serba salah. Rasa takut. Rasa tak layak memegang status isteri untuk dia. Sebab apa? Sebab aku memang tak layak untuk dia. Langsung tak. Dia bukan orang yang calang-calang. Dia lelaki hebat. Namanya cukup dikenali kerana sifat baik hatinya. Sifat murni dan kasih sayangnya. Bergelar seorang pensyarah yang kacak dan bijak, tetapi ada isteri hodoh dan tak berkemampuan macam aku. Layak ke aku? "Jom, teman saya pergi majlis hi tea tu. Saya tak ada pasangan tau. Daripada saya cari orang lain, baik saya bawa isteri saya. Kan?" "Tapi saya tak cantik..." "Cantik tu bukan ukuran, sayang. Please..." Setiap hari aku dihujani dengan kata-kata semangat. Sehinggalah aku diberikan kekuatan lagi untuk bangkit semula. Dengan kebaikan yang telah dia berikan untuk aku, sehinggakan parut simbahan asid oleh seorang wanita suatu masa dahulu kini sudah hilang dek pembedahan, aku kembali yakin untuk hidup. Aku yakin untuk bergelar isteri kepada dia. Tapi, bukan semudah itu. "Ceraikan dia, Baekhyun. Ibu tak nak anak perempuan yang pernah nak merampas suami ibu dulu bercampur darah dengan keturunan kita!" Mampukan aku? Nantikan...