narishae's Reading List
28 stories
LEANNA NOA by sayamelur
sayamelur
  • WpView
    Reads 187,772
  • WpVote
    Votes 9,500
  • WpPart
    Parts 34
Leanna Noa x Azrael Giovanni Kejadian-kejadian lampau mengajar Leanna Noa bahawa cinta adalah sesuatu yang hanya membawa kepada kehancuran. Dengan kata lainnya, Leanna alergik dengan sesuatu yang bernama cinta. Namun suatu saat semuanya berubah disebabkan kekecewaan Erika yang membawa kepada perkenalan Leanna dengan Azrael Giovanni. Lelaki bangsawan, kacak dan menjadi kegilaan ramai. Penolakan demi penolakan oleh Leanna mencabar ego Azrael. Jadi, pada saat masalah melanda hidup gadis bernama Leanna membuatkan Azrael mengambil kesempatan itu agar dapat menjunjung trofi egonya sehingga langit ketujuh. "I'm the devil that kissed an angel like you."
SERI by eiyla_
eiyla_
  • WpView
    Reads 23,252
  • WpVote
    Votes 1,103
  • WpPart
    Parts 6
KISAHNYA bermula pada zaman dahulu kala, dimana ada seorang wanita cantik yang bernama Seri terperangkap di sebuah tempat tersembunyi akibat perbuatan orang yang mendendaminya. "Melur, tidakkah engkau suka pada Halim? Tapi aku dengar dia akan dinikahkan dengan Seri.'' Ujar si Melati. "Apa benar kata kau itu Melati? Sungguh biadap si Seri. Berani sungguh dia merampas Halim dari aku. lihat saja, aku tidak akan diam. tahulah aku cara untuk mengajarnya.'' Sumpah Melur. Melur, telah meminta bantuan moyangnya Mbok Mayang Sari untuk membuang Seri jauh dari penempatan mereka. Mbok Mayang Sari yang mahir dalam ilmu ghaib bersedia membantu cicit kesayangannya itu dengan mengurung Seri di sebuah tempat ghaib yang tersembunyi. "Mbok mahu membuangnya ke mana?'' "Ke tempat yang begitu bahaya. Di situ ada siluman ular besar. Dia tidak mungkin terselamat berada di tempat itu.'' Melur tersenyum sinis.. akhirnya, tiada siapa yang akan tahu dimana hilangnya SERI..
Mr Drama King(BAKAL TERBIT)✅ by RinnIsaac
RinnIsaac
  • WpView
    Reads 155,857
  • WpVote
    Votes 4,111
  • WpPart
    Parts 32
Blurb➡Cinta bersulam benci *Story pertama yang terlalu banyak kekurangannya. Akan diedit semula. Jodoh itu ditangan Tuhan. Walaupun mereka nampak bahagia, namun ada sesuatu yang tidak kena dalam rumahtangganya. Akhirnya, rumahtangga yang dibina hampir sepuluh tahun runtuh juga akibat orang ketiga. Suraya hilang arah, hilang tempat bergantung dan hilang segalanya. Sudahnya, dia terpaksa juga belajar untuk berdikari sendiri. Saat dia tersungkur di pentas dunia, Zafran hadir menghulurkan cinta, memberi sinar dan menyembuhkan luka di hati Suraya. Takut terluka lagi, Suraya sering kali menolak cinta Zafran. Namun, Zafran tetap gigih mengejar cinta Suraya sehinggalah Suraya membuka pintu hatinya untuk Zafran. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Zafran punya agenda sendiri. Kisah 14 tahun lepas membuatkan dia cukup menderita. Dendam yang telah lama tersimpan harus dilunaskan. Bahagia yang dijanjikan rupanya penjara derita buat Suraya. Satu persatu kejutan diterima Suraya. Zafran umpama Drama King. Bijak berpura-pura. Dia tetap tabah kerana sedar semuanya ada berpunca dari kesilapannya sendiri. Suraya tetap mencinta walau dibenci. Saat Zafran mula berubah, terbongkar lagi satu rahsia yang amat perit untuk Suraya terima. Dan kali ini dia nekad untuk pergi. Apabila cinta bersulam dendam, akan masih adakah bahagia buat mereka?
Delisha Andara ✔ by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 3,071,063
  • WpVote
    Votes 154,011
  • WpPart
    Parts 61
6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Chow Kit, sebelah mata pun dia tak pandang. Eh, dia kan anak Datuk. Datuk Sri lagi! Memandangkan umurnya yang sudah pertengahan 20-an, Datuk Sri Ismadi mula mendesaknya. Bukan mendesak suruh kahwin. Hati tuanya sudah tak betah melihat anak daranya itu hidup terlampau bersosial. "Lisha tak nak kerja dekat tempat orang. Apa gunanya papa ada company sendiri tapi Lisha kena kerja dengan company lain?" - DELISHA ANDARA. "Choose. Kerja dengan Zhen's Holdings atau papa tarik credit card Lisha." - DATUK SRI ISMADI. Tarik credit card? Oh no! Itu adalah nyawanya! Kalau papa tarik credit card aku, macam mana aku nak shopping?! Nak berjoli?! Sudahnya dengan berat hati dan tanpa rela dia jejakkan juga sepasang kakinya di Zhen's Holding. Berkerja di bawah CEO Zhen's Holdings bermata biru, tidak lah menjadi masalah buat dia. Lelaki itu tak seteruk yang dia bayangkan. Entah macam mana, hubungan mereka boleh menjadi begitu akrab. "I suka you. I selesa dengan you." - TENGKU ALDEN ZHEN. Hubungan mereka terjalin mesra. Macam sepasang kekasih, tapi tidak pernah meluahkan rasa cinta. Hingga satu malam, meragut kebahagiaan yang cuba Delisha kecapi. "I tak sempurna untuk lelaki macam you..." - DELISHA ANDARA. "I don't care. Let me take care of you for the rest of my life, Delisha Andara." - TENGKU ALDEN ZHEN. Start : 2 April 2019 End :
Dendam Cinta by norsyima96
norsyima96
  • WpView
    Reads 307,413
  • WpVote
    Votes 8,002
  • WpPart
    Parts 41
Usyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang ceria dan cekal tapi berubah sekelip mata selepas peristiwa hitam yang berlaku pada dirinya. Jika dahulu dia menjadi seorang pencinta, tetapi selepas kes hitam itu dia menjadi seorang murung, pendendam dan juga selalu menyalahkan diri sendiri. Tapi satu saja yang boleh menenangkan dia apabila berada di sisi Usyair. Ikuti kisah mereka berdua dalam dendam cinta. Penuh misteri, tanda tanya dan ikut percintaan di antara Usyair dan Luthfia. Di mana Usyair cuba memujuk hati isterinya untuk menerima cintanya dan lupakan kisah lalu. Usyair Fahmi Ahsan - " Saya sayang awak Fia." Luthfia Nisrina - " Saya tak layak berada di samping awak Usyair." #3 in dendam
IF I NEVER LOVE YOU ✔ by arynlxa
arynlxa
  • WpView
    Reads 1,467,396
  • WpVote
    Votes 64,434
  • WpPart
    Parts 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan daripada NURA QISTINA untuk menawan hati NUHA QISRINA. Tapi dia tidak tahu ada yang lebih mencintainya. Lebih dari dia mencintai NUHA QISRINA. NURA QISTINA hidup dengan bahagia sebelum datangnya NUHA QISRINA. Secara perlahan, orang yang disayangi menjauh darinya. Dia kini seperti barang yang digunakan untuk kebahagiaan orang lain. Untuk kebahagiaan orang yang disayanginya, kebahagiaannya sendiri terkorban. Hadirnya si jejaka dalam hidupnya mengubah segalanya. Jejaka itulah pembakar semangatnya sekarang. Jejaka itulah yang sentiasa membuatnya berasa disayangi. Jejaka itu menyayanginya lebih dari sesiapa. Tapi siapalah dia untuk mencintai dua jejaka dalam satu masa. Memang betul dia meyayangi jejaka itu. Tapi hanya sebagai seorang kawan yang baik. Ini kerana hati dan cintanya milik orang lain. Pada masa yang sama, SYED ZARIF IZZHAN yang dulunya terkejarkan NUHA QISRINA mula menyedari perasaannya yang sebenar. NUHA QISRINA bukanlah cinta sebenar yang dicarinya. Ternyata, jauh di lubuk hatinya mencintai orang yang selama ini dekat dengannya. Namun begitu, semuanya terlambat. Dia sudah menyakiti hati gadis itu. Dia membuatkan gadis itu menjauhinya. Dia telah membuatkan gadis itu membenci dirinya. "I need your help." "Aku akan rampas semuanya dari kau." "Aku akan sentiasa ada dengan kau." "Sekali aku benci, aku akan benci kau sampai bila-bila." "IF I NEVER LOVE YOU.." •••••••• {RANKING} #71 in Teen Fiction (29/6/18) #67 in Teen Fiction (2/7/18) #53 in Teen Fiction (5/7/18) #1 in Twin (11/7/18)
Vice Versa : Vengeance by TheNichaa
TheNichaa
  • WpView
    Reads 468,545
  • WpVote
    Votes 27,428
  • WpPart
    Parts 52
Sometimes The Devil is gentleman ▄︻̷̿┻̿═━一 • Bila dengar sahaja nama Qays Ardani, semua tahu dia lah si durjana yang merogol dan membunuh adik kandung sendiri. Hanya satu matlamat Qays dalam hidup, iaitu mencari manusia yang memerangkap dirinya. Empat tahun di Henry Gurney dan keluarga memulaukan, menambahkan lagi bara pada dendamnya. Bila terpandangkan Arsha Mikayla, pasti terlintas di dalam minda bahawa gadis itu bagaikan malaikat. Kedatangan Arsha sebagai peguam peribadi Qays sedikit sebanyak membantu Qays dalam urusan pembalasan dendamnya. "Trust me, I will always protect you" - Qays Ardani Siapa sangka Qays yang dikatakan durjana itu mempunyai sikap yang protective. Kelakuan Qays selalu membuatkan perasaan Arsha keliru. Terasa Deja-vu. "Saya nak isi kekosongan dia" - Arsha Mikayla "Jangan menyesal, Arsha. Once you belong to me, you will never see your back again. Never" - Qays Ardani Dua manusia berbeza. Seorang dipandang baik, seorang lagi dipandang jahat. Seperti syaitan dan bidadari syurga. Highest Ranking #1 in Malay #1 in Thriller #1 in Mystery ✔ Inappropriate words (f**k, sh*t, etc.) ✔ PG15 (violence, inappropriate action,dirty words, etc.) TheNeeshaAdlina™
Bidadari MR MAFIA by MissKasar
MissKasar
  • WpView
    Reads 267,052
  • WpVote
    Votes 7,627
  • WpPart
    Parts 21
DIA sangat kejam,tidak berhati perut dan tiada belas kasihan dan paling menggerunkan ialah DIA seorang Mafia yang di kenali sebagai DEVIL KING...DIA Syed Adam Mikael,usahawan yang berjaya dan dikenali ramai.Seorang yang tegas tetapi sangat digilai perempuan kerana kekacakannya yang kalah pelakon luar negara.Tetapi ketegasannya berkurang setelah bertemu tanpa sengaja dengan seorang perempuan yang cantik bak bidadari... .................................................................. Aleeya Qaisara, BIDADARI tak Bersayap yang tak mempunyai apa apa.Sangat cantik dan tinggal bersama abang dan kakak iparnya.Suatu hari,ketika dia mancari kerja dia terlanggar seorang jejaka yang akan mengubah hidupnya..... Eh sorry encik.....(Sara) Beautiful ANGEL.....(Adam) KAU milik aku.....(Adam) Awak siapa.....(Sara) ........................................................... Hidup kau merana Syed Adam Mikael.......(someone) Adakah BAHAGIA milik mereka? Baca dan vote ookk.... #slow update..
+17 more
My Evil Cinderella by CikMimpi_
CikMimpi_
  • WpView
    Reads 113,273
  • WpVote
    Votes 3,671
  • WpPart
    Parts 67
Dia bukanlah seorang gadis yang ditindas ibu tirinya. Dia juga bukanlah seorang puteri raja. Dia bukan seorang Cinderella biasa. Kerana dia adalah seorang pelacur. "Marry me,and I will give you anything you want."-Irfan Khairi " Termasuk harta you?"-Nurul Cinderella Segalanya bermula dengan satu operasi. Operasi untuk menjadi seorang Putera kepada seorang Cinderella.Walaupun harus mengadaikan hartanya. Irfan sanggup.. Irfan Khairi cintakan Nurul Cinderella. Cinderella cintakan harta Irfan.. Dua dunia yang berbeza menjadi satu.Menjalani kehidupan suami isteri tanpa cinta sebenar. Segala kata cinta sudah dilafazkan,namun sang Cinderella masih berkeras hati. Akhirnya Irfan pasrah.Kata putus terungkap jua,hati seorang Cinderella terluka. Kehadiran Hana merumitkan lagi keadaan.Persoalannya,mampukah bahtera mereka bertahan apabila badai melanda? "Dulu memang aku cintakan kau,Cinderella.Tapi sekarang,nama kau dalam hati aku,aku dah padam.Aku cintakan Farhana sekarang."-Irfan Khairi "Takkan sebab saya gugurkan kandungan awak terus nak tinggalkan saya?"-Nurul Cinderella "Akak bukan nak merampas,akak cuma nak menumpang kasih."-Siti Farhana "I tetap akan cintakan you walaupun you dah bersuami."-Shahrul Fariz "Ini anak you dengan Ella.Nama dia,Cinderella."-Jessica Choo
MARSARAH (COMPLETED) by nurfazzy
nurfazzy
  • WpView
    Reads 575,037
  • WpVote
    Votes 17,288
  • WpPart
    Parts 28
Demi Hannah, Marsarah tidak kisah. Demi permata hatinya, dia isteri tanpa suaminya. Dan demi cinta, dia rela asal Harris bahagia. Dia gedik, dia seksi tapi salahkah perempuan macam dia jatuh cinta? Bukan gadis melayu terakhir, bukan muslimah sejati dan bukan pilihan suami. Dia Marsarah. Mencintai tapi dilukai. full cerpen : nurfazzy.blogspot.com