Nzaaa_'s Reading List
3 cerita
BAHAGIA UNTUK IZAMMIL | unedited oleh hannazhya
BAHAGIA UNTUK IZAMMIL | unedited
hannazhya
  • Membaca 209,468
  • Suara 12,299
  • Bagian 40
Dingin. Beku. Garang. Bagi Hanim Izzati, itulah ciri-ciri lelaki kacak tapi misteri itu. Izammil Ardhwan. Kehadirannya di syarikat keluarga mengejutkan semua. Kata orang, dia 'anak kedua misteri' yang tak bernama. Tak pernah nampak bayang tapi tahu-tahu saja muncul sebagai CEO baru. Bagi orang ramai, dia lelaki yang tak berperasaan. Hanim pun tak gemarkan sikap lelaki itu. Tapi, siapa sangka dia sebenarnya bergelar bapa? Dari seorang bos dan pekerja, kepada anak makcik sebelah rumah, kepada Hanim bergelar kak 'beuaty' Tiara, si cilik milik Izammil. Sejak itu, Hanim bagaikan terikat dengan Izammil. Sehinggalah satu kemalangan yang membuat Izammil sendiri tampil untuk mengikat Hanim lebih rapat dengannya. "Kahwin dengan saya. Demi Tiara." Tapi, bagaimana dengan Lyana yang sudah dijanji untuk dikahwini? Sangka Hanim, berkahwin dengan Izammil bermaksud dia hanya perlu sayangkan Tiara seperti anak sendiri. Tapi, segalanya berubah apabila rahsia terbongkar satu-persatu. Dan, Hanim tahu sekeping hati Izammil ialah hati yang paling banyak dilukai. Hati itu beku dengan amarah. "For some people, when they cried, they have people that will cry for their pain. When they were hurt, they have people to tell them they're sorry. But I don't have all that, Hanim. Tiara is all I have." - Izammil Jika bahagia Izammil terletak pada Tiara, Hanim sanggup selamanya bergelar isteri demi Tiara. Namun, apabila masa lalu Izammil muncul untuk meragut Tiara pergi dari hidupnya, banyak maruah yang perlu dijaga. Maka, Hanim tahu dia yang perlu berkorban. "Saya berahsia demi maruah ramai orang." - Izammil "Saya ada satu peluang untuk betulkan segalanya, dan bodohlah saya kalau saya tak ambil peluang itu untuk kembalikan awak yang dulu." - Hanim Tiada apa yang indah tentang masa lalu Izammil tetapi itulah yang membuat Izammil sangat indah di mata Hanim. "I'll be the first to cry when you're hurt, and the last to smile until you smile first." - Hanim *Cliché but do give it a chance
EXCLUSIVELY MINE | EBOOK PERCUMA ✓ |complete| oleh hannazhya
EXCLUSIVELY MINE | EBOOK PERCUMA ✓ |complete|
hannazhya
  • Membaca 27,849
  • Suara 1,160
  • Bagian 9
DITUTUP. DITUTUP. DITUTUP. DITUTUP. DITUTUP. DITUTUP. DITUTUP. DITUTUP. TIDAK LAGI DIBUKA!! Ebook percuma untuk semua 🌷 Sebuah kisah Aiza Insyirah x Harriz Shah. Karya dimuatnaik dalam bentuk ebook (PDF) dan boleh dibaca secara PERCUMA. Tiada bayaran dikenakan. FAQs ✒️ : > Ada lagi ke ebook ini? ✓ ADA. Sentiasa ada. Selagi tak diumum TUTUP, selagi itu masih available. > Macam mana nak baca ebook ini? ✓ Boleh gunakan phone, tablet, laptop, PC dan apa jua jenis gadget/device > Macam mana nak dapatkan ebook? ✓ Hanya perlu klik link. Link boleh ditemui dalam buku (part ke-6) > Macam mana ebook dihantar? ✓ Emel. Ada masalah untuk guna emel? Boleh pm saya. > Selamat ke? ✓ Selamat! Tak ada virus, tak ada iklan. > Ebook tak boleh buka. Ada password? ✓ YA. Ada password. Password hanya boleh didapati dalam emel sahaja. Sila baca emel dengan teliti. > Kenapa ebook tak boleh nak download? ✓ Di bahagian awal emel, akan ada keluar safety warning. Klik sahaja "LOOKS SAFE". Sebab fail saya adalah safe. Tiada virus. Dijamin. > Saya dah isi, tapi tak terima ebook pun? ✓ Boleh check di bahagian SPAM. Kalau tak ada, boleh klik link semula atau PM saya personal. > Lepas klik link, terus dapat ebook ke? ✓ Bukan secara serta-merta. Tapi, dalam tempoh 24 jam. InsyaAllah, sampai. Baca di dalam untuk membaca sinopsis, bab awal, teaser dan cara mendapatkan ebook ini. ☑️ Tiada tarikh tutup ☑️ Always available 🌹 Dah baca jangan lupa tinggal review 🌹 Terima kasih ♥️
 Suami Yang Kubenci © oleh BethaBloom
Suami Yang Kubenci ©
BethaBloom
  • Membaca 2,500,923
  • Suara 70,617
  • Bagian 43
"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais,awak memang tak adil!!" -HANNAH MARYAM- "Tak adil? awak kata saya tak adil? selama ni,apa yang berlaku dalam perkahwinan kita memang tak pernah adil Hannah. Awak nafikan hak saya sebagai suami, siapa yang tidak adil? suami isteri tidur dalam bilik berasingan ..awak hina,kutuk pekerjaan saya, siapa yang tak adil? awak putuskan semua keputusan dalam rumahtangga kita ni, siapa yang tak adil? sekarang saya nak tanya awak..saya suami atau awak yang suami?" -UWAIS UKASYAH- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Adakah CEO sebuah syarikat akan bahagia dengan seorang penjual burger? Sikap ego Hannah yang menjadi-jadi membuatkan Uwais buntu akan rumah tangganya. Adakah perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat? Jangan ketinggalan membaca NOVEL ini. By E-MAN SUFI #1 Romance - 24 Mei 2015 #1 Teen Fiction - 17 November 2015 Love u all voter and follower ❤️😘