NurSyakilaBintiBakri's Reading List
6 stories
SUAMIKU WORKAHOLIC by CikSakuraLiyana
CikSakuraLiyana
  • WpView
    Reads 170,129
  • WpVote
    Votes 5,518
  • WpPart
    Parts 19
WARNING! NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER SAYA HANYA MASUKKAN BEBERAPA BAB UNTUK TUJUAN PROMOSI. **** Anak Mak Cik Zara yang bernama Syazwan, workaholic orangnya. Siang, malam, pagi, petang, asyik kerja memanjang. Bila Dayah tahu bakal suami tanpa relanya ialah Encik Workaholic, dia kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Encik Workaholic itu calon terakhir keluarga. Baginya, lebih baik dapat orang yang mabuk kerja daripada mabuk perempuan! Jadi, kahwin ajelah. "Kalau awak rasa saya tak sesuai hadir dalam hidup awak, beritahu awal-awal dan berterus terang. Tapi, jangan sekali burukkan saya depan keluarga awak semata-mata nak selamatkan diri awak nak elak perkahwinan ni!" - Dayah Bila sudah kahwin, cabaran utamanya ialah sikap mabuk kerja si suami. Cemburu pun ada bila suami asyik layan kerja 24 jam seminggu. Bila sudah berbulan berkahwin, tapi tak ada progres, terpaksalah Dayah mulakan langkah kanan. Pikat hati dia! Mulalah tanya Pak Cik Google tip mengurat suami sendiri! "Dayah, kau tahu tak, apa maknanya kalau seorang isteri bagi suaminya minum kopi malam-malam begini?" - Syazwan. "Tak boleh ke?" - Dayah "Kopi tongkat Ali?" - Syazwan "Jangan salah faham! Saya tengok awak macam banyak kerja jadi, saya bancuhlah kopi ni untuk awak. Kalau awak tak nak minum, biar saya minum." - Dayah Tatkala misi baru hendak berjalan dengan lancar, muncul pula makhluk perosak rumah tangga. Linda namanya. Tapi Dayah bukan perempuan yang lemah. Semua serangan Linda dia tepis dengan baik. Cuma sikap suaminya yang buat acuh tak acuh saja yang menggores perasaannya. Mampukah Dayah memikat suami sendiri? Apa hubungan Syazwan dengan Linda sehingga Syazwan tidak berani menolak setiap permintaan Linda? Bolehkah perkahwinan mereka bertahan? Suamiku workaholic... bila nak jadi romantik?
My Hubby My Lecturer by NatashaZulkifli
NatashaZulkifli
  • WpView
    Reads 1,571,145
  • WpVote
    Votes 40,802
  • WpPart
    Parts 62
Sebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang serta merta. Nak tahu cerita dia? Baca.. nak tahu ending dia jom beli buku dia.. Love, Natasha Ps: Novel tak akan diupdate sampai habis.. hanya akan di update sampai bab 51 saja. Sebab apa? Sebab cheq jual novel ni.. kalau nak order Mesej saya.. kalau nak jadi dealer/dropship pun pm saya naa
 Suami Yang Kubenci © by BethaBloom
BethaBloom
  • WpView
    Reads 2,598,443
  • WpVote
    Votes 72,254
  • WpPart
    Parts 43
"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais,awak memang tak adil!!" -HANNAH MARYAM- "Tak adil? awak kata saya tak adil? selama ni,apa yang berlaku dalam perkahwinan kita memang tak pernah adil Hannah. Awak nafikan hak saya sebagai suami, siapa yang tidak adil? suami isteri tidur dalam bilik berasingan ..awak hina,kutuk pekerjaan saya, siapa yang tak adil? awak putuskan semua keputusan dalam rumahtangga kita ni, siapa yang tak adil? sekarang saya nak tanya awak..saya suami atau awak yang suami?" -UWAIS UKASYAH- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Adakah CEO sebuah syarikat akan bahagia dengan seorang penjual burger? Sikap ego Hannah yang menjadi-jadi membuatkan Uwais buntu akan rumah tangganya. Adakah perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat? Jangan ketinggalan membaca NOVEL ini. By E-MAN SUFI #1 Romance - 24 Mei 2015 #1 Teen Fiction - 17 November 2015 Love u all voter and follower ❤️😘
Jangan Benci Sangat by Farhanaa____
Farhanaa____
  • WpView
    Reads 488,009
  • WpVote
    Votes 6,233
  • WpPart
    Parts 13
Berputiknya cinta, Berseminya kasih, Kalau dah benci Orang kata Jangan Benci Sangat nanti sayang kang susah. Maisara Farhana, dia terpaksa. Dijodohkan atas permintaan keluarga. Kahwin? Tak pernah terlintas dek akal "Kahwin kahwin ni aku tak kisah sangat, tapi dalam bejuta lelaki kat Malaysia ni, kenapa mesti dia?" -Maisara Farhana- Harris Syazwan. Tiada siapa tahu hatinya. Mulanya benci lama-lama sayang "Kalau aku tahu aku akan sayang dekat dia macam ni, tak akan aku buat dia benci aku dulu" -Harris Syazwan- "Awak, err ... saya sayang awak" "Apa awak cakap?" "Ah ? er ... takda apa" Nak pikat hati isteri? Hish tak pernah dibuat orang. Selalunya isteri yang pikat hati suami. Bagaimana usahanya? Mampukah dia? Sedalam mana benci sang isteri yang harus dia singkirkan? Pelbagai kisah, bibit cinta dan benci dalam Jangan Benci Sangat ❤
Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED] by annursyakirah97
annursyakirah97
  • WpView
    Reads 606,276
  • WpVote
    Votes 21,623
  • WpPart
    Parts 30
Tengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri melayani suami yang tidak ingin mengakuinya sebagai teman hidup. Si suami pula sibuk menafikan perasaannya. Nak tahu lebih lanjut? Sudi-sudilah baca. Cliche? Aku tahu. Cuma aku cuba perindahkan jalan cerita dan susunan ayat. Jalan ceritanya in shaa Allah lebih menarik sebab berkaitan dengan agama. Well, bukan sebab aku alim. Cuma, sedang cuba membuang lagha. Tak sudi vote dan comment? Tak apa. Baca pun aku hargai sangat-sangat. Aku harap walau tak banyak, sikit pun korang dapatlah ilmu daripada novel ni. Enjoy!
Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 270,168
  • WpVote
    Votes 4,686
  • WpPart
    Parts 15
Judul : Tuan Anas Mikael Penulis : Syamnuriezmil Penerbit : Penulisan2u Semenanjung : RM25 Sabah/Sarawak : RM28 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin. Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi. Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu. Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.