T h r i l l e r
5 stories
Encik Pembunuh by HilalAsyraf
Encik Pembunuh
HilalAsyraf
  • Reads 25,911
  • Votes 515
  • Parts 7
Encik Pembunuh - Tajuk memang macam drama TV melayu, tetapi sorry, jalan cerita novel ni lagi awesome. Ini cerita Faisal, seorang pembunuh profesional yang sangat menggerunkan. Sudah bunuh ratusan orang, dan nak kata orang gerun pada dia tu sampai dunia kongsi gelap di Malaysia gelarkan dia 'Izrail', nama israiliyyat bagi Malaikat Maut. Tetapi nak dijadikan cerita, kalau tak takdelah novel ni, Faisal rasa muak dan meluat dengan karier dia. Faisal nak berhenti, nak berubah, tetapi tak jumpa jalan. Ketika inilah, masa tengah layan frust dengan gaya hidup dia, sekonyong-konyong muncul Amirah Sophia, kenalan dia semasa di universiti dahulu. Dia kenal Amirah sebagai budak dakwah yang aktif. Jadi Faisal terus aja lamar Amirah Sophia, menganggap Amirah Sophia mampu menyelamatkannya. Keputusan itu telah menjemput konflik yang banyak kepada hidup Faisal. Apakah Faisal akan berjaya berubah? Bagaimana?
Pemburu by HilalAsyraf
Pemburu
HilalAsyraf
  • Reads 7,083
  • Votes 193
  • Parts 7
PEMBURU - Ini pula kisah seorang pemuda bernama Bakri. Dia ini berkebolehan luar biasa. Bukan sebab dia ada magik, tetapi sebab dia melalui satu eksperimen yang bapa dia, Mustafa, jalankan kepada dia semasa Bakri masih budak. Mereka ini sedang dalam usaha untuk menumbangkan sebuah organisasi jahat yang sangat berkuasa tetapi juga sangat rahsia. Organisasi jahat itulah yang meragut nyawa ibu Bakri. Negara Malaysia pula ketika ini sudah hampir hendak berjaya membebaskan Palestin. Jadi kuasa-kuasa besar dunia tengah bengkek dengan Malaysia. Organisasi rahsia lagi jahat ini pun memberikan fokus kepada negara yang bergelar Harimau Asia itu. Ini menyebabkan Bakri dan Mustafa pergi ke Malaysia untuk menyelesaikan misi besar mereka. Namun tanpa pengetahuan Bakri, bapanya ada menyimpan lebih banyak rahsia.
Dirgahayu by HelmiEffendy
Dirgahayu
HelmiEffendy
  • Reads 2,898
  • Votes 174
  • Parts 18
Surat berantai yang disebarkan melalui Whatsapp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng, fantasi, dan berhantu itu akan menjadi realiti. Dalang disebalik permainan tersebut hanya menggelar dirinya sebagai Si Luncai. Setiap waktu, ada sahaja benda yang tidak wujud yang disebarkannya, yang kemudian tersebar ke orang lain menjadi realiti. Tiada siapa yang tahu identiti sebenar Si Luncai, tidak juga yang tahu apa motif dan bagaimana dia melakukannya. Mayat yang sudah mati bangkit dari kubur, hantu laut yang mampu menunaikan permintaan berkaitan apa sahaja, kem perang menakutkan sehinggalah ke muzium kapal Titanic terbesar di dunia yang memakan nyawa. Semuanya angkara Si Luncai. Salah seorang mangsa ialah Shahmil dan sahabat-sahabatnya secara tidak sengaja terheret dalam permainan Si Luncai. Situasi memaksa mereka mencari Si Luncai, menghentikan segala tindak-tanduknya atau nanti Dirgahayu yang benar-benar terkesan dengan permainan surat rantai Si Luncai itu hancur!
Doll House by literaryhotmezz
Doll House
literaryhotmezz
  • Reads 468,601
  • Votes 14,283
  • Parts 32
Lauren is a normal girl until she is kidnapped by a man. The man was obsessed with dolls and has now taken it further. How far will he go to see his dream? |Language is used for emphasis in the story and do not reflect on the author's character| |A very rough, rough, draft|
💀 Green Dolphin Challenge by aensaari
💀 Green Dolphin Challenge
aensaari
  • Reads 83,037
  • Votes 12,011
  • Parts 40
AWAS! Bacaan matang 18+! Kekejaman maksima dan tak masuk akal. Kalau kau berani, kau baca. Apa-apa jadi, aku tak tanggung k! So, ada bran? ---------- Aku Dark (Yong-Hwa), seorang jurnalis Meleissia News yang dikenali sebagai pembongkar kes-kes misteri di Meleissia menggunakan cara aku sendiri. Bagitahu saja kes apa; kes embryo tabung uji hilang, rasuah pemimpin Meleissia, semua aku bongkar. Satu hari, aku dikejutkan dengan Green Dolphin Challenge. Game misteri yang telah menyebabkan adik kepada bos aku (iaitu salah seorang beserta batch 1) hilang. Maklumat pasal game tu tak ada kat M-YaGo, search engine Meleissia. Disebabkan itu, aku terpaksa ambil keputusan untuk menyamar jadi remaja berumur 15 tahun dan jadi salah seorang peserta game tersebut. Dan ini, merupakan kisah aku, Iffat (Baekhyun), Taqi (Taehyung) dan Rihana (Hyeri) berjuang untuk membongkar rahsia kejam di sebalik Green Dolphin Challenge. Persoalannya, adakah aku akan selamat keluar dari sini? ---------- Disclaimer: Green Dolphin Challenge tak ada kaitan dengan Blue Whale Challenge, namun konsepnya sama seperti BWC, di mana seseorang itu harus melakukan sesuatu yang ngeri atau kejam untuk menang. ---------- Best Wattpad Achievement: #23 in Mystery/Thriller - 25 May 2017 #18 in Mystery/Thriller - 27 May 2017 #17 in Mystery/Thriller - 30 May 2017 #13 in Mystery/Thriller - 10 June 2017 #10 in Mystery/Thriller - 11 June 2017 #8 in Mystery/Thriller - 14 June 2017 #6 in Mystery/Thriller - 15 June 2017 #4 in Mystery/Thriller - 22 June 2017 #3 in Mystery/Thriller - 23 June 2017 #2 in Mystery/Thriller - 1 July 2017