SillyFir's Reading List
129 stories
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 490,601
  • WpVote
    Votes 25,300
  • WpPart
    Parts 44
[2nd romance] Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
+14 more
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,588,776
  • WpVote
    Votes 57,883
  • WpPart
    Parts 80
[1st romance] Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai?
Anggun's [C] by Emshalia__
Emshalia__
  • WpView
    Reads 34,053
  • WpVote
    Votes 1,419
  • WpPart
    Parts 44
Raja Anggun Reissa, diculik dan dicampak ke laut sehingga terdampar di sebuah pulau. Bertemu pula dengan si penyelamatnya, Syarriq Anas, seorang anggota agensi rahsia yang tidak dibenarkan berada di tanah air selama sebulan atas kesalahannya ketika melakukan misi. "I nak balik." "Mulai hari ni, kau bawah jagaan aku." Kehilangan Raja Anggun, satu-satunya waris syarikat Raja Qhuraisha menyebabkan ramai yang mengambil kesempatan untuk memusnahkan syarikat Raja Qhuraisha. Sekembali Anggun ke tanah air, Syarriq telah diarahkan menjadi bodyguard Anggun untuk sementara waktu. Akibat masalah syarikat yang serius, Raja Qhuraisha mendesak berkahwin dengan Tengku Mukhriz untuk mengukuhkan syarikatnya. Tetapi hati tak rela, kerana dia telah jatuh hati dengan Syarriq. Anggun dilema, mengikut cakap mamanya atau mengikut kata hatinya untuk memilih Syarriq. Atau juga Danish Tan Sri Imran yang sering melamarnya. "It's gonna be fine. Semua yang berlaku sudah pun tertulis. Andai kata takdir kau dah tertulis macam tu, apa pun kau tak boleh ubah." "I tahu." "Tapi kau tahu tak yang aku akan sentiasa ada dengan kau? Sampai kau dah tak perlukan aku lagi." (Cerita ni banyak typo) Published : 11 September 2024 Edited : 25 February 2025
HER BEAUTIFUL COMFORT (TERBIT)  by snowdreamm
snowdreamm
  • WpView
    Reads 999,449
  • WpVote
    Votes 8,551
  • WpPart
    Parts 13
Status: complete (Former title: Her Beautiful Consolation) Zuha Mahfuzah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Blurb: Di sebalik senyuman Zuha, tersembunyi luka lama yang masih berdarah. Hidupnya tenang namun seakan sepi, di mana sepi itu lahir dari trauma silam yang tidak pernah pergi. Akan tetapi, kehadiran lelaki asing itu seakan membawa sinar yang dia impikan selama ini. "Bukti pun tak ada. Siapa je nak percaya cakap saya ni?" - Zuha Mahfuzah "Aku. Aku percayakan kau." ‐ Zuhayr Muqri Sepasang mata bundar gadis itu telah berjaya merenggut ketenangan Zuhayr. Pandangan itu penuh luka dan rahsia, membuatkan hatinya terikat oleh rasa ingin melindungi. Lantas, sebuah janji dimeterai walaupun dia sendiri tidak tahu sejauh mana dia mampu untuk menunaikannya. "Janji dengan saya, Zuha. Cari saya setiap kali awak ingin menangis, boleh?" - Zuhayr Muqri Namun takdir tidak pernah berhenti menguji. Saat bahagia mula mekar, rahsia yang sekian lama terkunci akhirnya terbongkar lalu menggoncang segalanya. "Hayr, isteri kamu sebenarnya..." Zuhayr mula dihantui rasa bersalah, sedangkan Zuha kembali terperangkap dalam kegelapan malah semakin tenggelam dalam kerapuhan itu. "Abang, Zuha dah penat sangat. Izinkan Zuha berehat." - Zuha Mahfuzah Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Zuha selama ini? Di antara kehilangan dan harapan, mampukah Zuhayr menggenggam kembali tangan yang hampir terlepas? Atau kisah cinta mereka akan karam dalam luka yang tidak pernah sembuh? Start date : 8/9/2023 End date : 1/11/2023
28 August. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 303,964
  • WpVote
    Votes 15,967
  • WpPart
    Parts 38
Hael Nuh | Alaia Zanera. There are some things in life we can't control. Our love is one of them ∞
C| Healed: Thalea Reanne  by Greenlope
Greenlope
  • WpView
    Reads 1,200,821
  • WpVote
    Votes 31,329
  • WpPart
    Parts 51
[Complete] HEALED: THALEA REANNE by Greenlope "Dia dibuang tanpa amaran. Dikhianati oleh darah daging sendiri. Dan kini... dipaksa kahwin dengan lelaki yang dia tak pernah pilih." Thalea Reanne tak pernah sangka kekasih yang dia rancang nak nikahi selama ni sanggup berpaling-bukan dengan orang asing, tapi dengan sepupu kandungnya sendiri. Hati dia hancur. Harga diri dia diludah tanpa belas. Tapi itu cuma permulaan. Dalam satu insiden perangkap yang hina, dia 'tertangkap' bersama Carl-lelaki yang tak lain adalah tunang kepada adiknya sendiri. Demi nama baik keluarga, demi elak aib lebih besar, mereka dikahwinkan dalam keadaan terpaksa. Thalea benci dia. Carl pun tak sudi. Tapi dalam gaduh, dalam diam, dalam luka yang terbuka-Carl mula nampak sisi Thalea yang tak pernah ditunjukkan orang. Perempuan yang kuat, tapi selalu disalahkan. Yang nampak keras, tapi hati dia penuh parut. Dan satu demi satu... Benci itu hilang. Diganti dengan rasa yang lebih dalam, lebih jujur. Tapi masa silam tak pernah tidur. Rezza, lelaki psiko yang tak boleh terima kenyataan, masih memburu Thalea. Dan kali ini, dia sanggup buat apa saja... termasuk membunuh. "She lost everything... until he became her everything." "Carl didn't just love her. He healed her."
LOVING MR MAFIA {✓} by vionarch
vionarch
  • WpView
    Reads 1,070,326
  • WpVote
    Votes 44,706
  • WpPart
    Parts 52
[ BOOK ONE ] Tubuh kecil isterinya di seret tanpa belas kasihan sepanjang melangkah di lorong bawah tanah itu. Rayuan serta tangisan yang kedengaran dari wanita itu namun lansung tidak membuatkan dia merasa bersalah. Kerana dia perlu memberi pengajaran pada isterinya. "Awak... Please... Saya janji tak buat lagi. Jangan buat saya macam ni. Saya tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak!!" "DIAM LAH BODOH! KAU YANG BUAT AKU NAIK ANGIN, JADI, TERIMA LAH BALASANNYA." Jerkahan suaminya cukup untuk membuatkan hatinya terasa di hiris. Jika dia tahu amarah suaminya akan menjadi seperti ini, dia tidak akan lakukan perkara yang lelaki itu benci. Dia tidak suka dengan sisi suaminya yang satu ini. Nak atau tak nak dia kena terima balasannya. Tubuh lemah isterinya di humban kasar ke dalam sebuah bilik. Bau tidak menyenangkan mula memasuki rongga hidung wanita itu. Suhu di bilik bawah tanah itu sangat sejuk bagaikan di ais kutub. Baju yang di pakainya tersangat lah nipis sehinggakan rasa sejuk di bilik itu mula mencengkam badannya. "Awak... Jangan tinggalkan saya. Saya takut." Rayuan demi rayuan keluar di bibir pucat wanita itu namun lelaki itu masih dengan egonya. Bam! Pintu di tutup kasar lalu berjalan meninggalkan isterinya. Sejujurnya dia tidak sampai hati mahu melakukan itu pada isterinya namun mengingati perbuatan wanita itu membuatkan amarahnya memuncak. Wanita itu meringkuk di penjuru bilik sambil menangis tersedu-sedan. Air mata sudah tidak mampu untuk keluar lagi namun sedu-sedannya masih kedengaran. Betapa sejuknya suhu bilik itu sehinggakan jelas kelihatan nafasnya keluar dari hidung seolah-olah kabus. Perlahan-lahan matanya tertutup sebelum dia mula tidak sedarkan diri. Dia, si gadis malang. Damia Salsabila. Dan dia, si jejaka mafia. Sergio Manorav Mikael. • • • "Don't ever try to take my babygirl." - Sergio Manorav Mikael Start : 18/6/2021 End : 20/8/2021 Status : Completed Genre : Dark Romance Book cover : Athi (friend
Kau Lupa Janji [C] by Marleneith
Marleneith
  • WpView
    Reads 699,714
  • WpVote
    Votes 21,732
  • WpPart
    Parts 28
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak emas dalam keluarga. Kerana satu malam, Qays terperangkap di dalam 'jerat' manusia. Tidak pasti siapa si pemasangnya, yang pasti akan Qays cari sampai jumpa. APRIL ISABELLE Si arkitek muda yang dianggap pembawa tuah kepada syarikat. Tidak tahu dimana silapnya, dia menjadi buah mulut staf yang mengatakan dia gadis liar suka menangguk di air yang keruh. Sedangkan April tidak liar seperti yang diperkatakan. "Kau cakap dengan aku, siapa yang upah kau?!" "Saya berani bersumpah saya tak tahu siapa yang buat kita macam ni!" Tidak pasal Qays menuduh April dalang atas apa yang terjadi. Di mata lelaki itu, April hanya seorang perempuan yang terdesak mahukan hartanya saja. Disebabkan itu, dia bertindak meragut kesucian April tanpa belas kasihan. "Puas aku tengok hidup kau berantakan macamni Qays..." "Si*l! Cari perempuan tu sampai jumpa!" Malangnya, April sudah pergi jauh dari gapaian Qays. Semakin serabut lelaki itu dibuatnya. Pandai pula April menghilangkan jejak sehingga tiada siapa berjaya menemukan dia. Atau... Sesuatu terjadi pada wanita itu? "I Hanania, tunang Qays Jareed" "Jangan lupa janji awak, saya merayu ceraikan saya Qays..." "Tak semua janji perlu ditepati sayang. Kalau aku tepati janji aku, macam mana dengan Syed Adrish Qaazi?" "Berpuluh ribu anak kat luar sana yang membesar tanpa kasih sayang bapa, saya tengok jadi manusia juga. Berjaya. Tak payah beri banyak alasan Qays, lepaskan saya!" "Never! Itu anak orang lain. Demi anak aku Adrish Qaazi, aku sanggup buat apa saja. Kalau aku boleh hormat keputusan kau, aku harap kau pun boleh hormat keputusan aku kali ini, sayang" __________________ Aku selalu memikirkan masa depan, Antara kita berdua hidup bersama, Namun setiap kali ku zahirkan hasrat hati, Kau pintaku memutuskan perhubungan. Mudahnya, kau lupa pada janji... Kau lupa janji.
[C]✓Mrs. Kai Harrieth  by Faijaa
Faijaa
  • WpView
    Reads 2,374,528
  • WpVote
    Votes 101,136
  • WpPart
    Parts 58
[Stand alone series] KAI HARRIETH - Seorang jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Yes seorang detektif yang tiada kuasa polis tetapi mahir dalam mengesan atau menjejaki seseorang. Dia hanya berkerja sama dengan pegawai polis tapi bukan salah satu dari mereka, Kecekapan dan kebijakan dia dalam mengesan kes-kes pembunuhan, Pencurian dan perdadahan telah membuat ramai pihak mengenali dia. Jejaka tampan yang berwatakan beku. Dikenali dengan sikap dinginnya dan seriusnya. Tapi dialah seorang anak yang terlalu berbakti terhadap insan yang bergelar 'ibu'. ELANA AISYAH - Seorang gadis yang berkerja sebagai dokter gigi. Mempunyai paras yang cantik serta comel. Tingkahnya yang terlalu ramah dan sopan selalu menarik perhatian orang-orang disekelilingnya. Murah dengan senyuman itulah dia. Selalu rendah hati. Apabila anak tunggal yang terlalu menghormati dan mengutamakan orang tua diperjodohkan. "Zaman bila main paksa-paksa kahwin ni bonda?" - KAI HARRIETH "El belum pun sempat nak balas jasa umi sangat, Nanti El kahwin siapa nak jaga umi dengan maksu?" - ELANA AISYAH Diperjodohkan oleh orang tua mereka dan cuba untuk mencari alasan masing-masing tetapi sebagai anak yang berbakti terhadap orang tua seperti mereka mampu ke menolak? Akhirnya keduanya hanya mengalah demi kebahagiaan insan tersayang. Kebahagiaan insan yang bergelar ibu maka itu jugalah kebahagiaan mereka sebagai anak walaupun terpaksa mengorbankan diri masing-masing. Amaran : [Pembunuhan] [Pembaca matang saja] [Cringe] [18SG] ⚠️So read at your own risk⚠️ ⚠️All characters, Location, Places, Incidents in this story are fictional!⚠️
Benci Tapi Sayang✔ by thealeesaaa
thealeesaaa
  • WpView
    Reads 1,303,799
  • WpVote
    Votes 59,028
  • WpPart
    Parts 56
Seorang gila, seorang tiada perasaan. Yang sama cuma dua-dua tak fikir panjang. Menyesal? Dah tak berguna. "Taknak kahwin dengan aku? Aku akan pastikan kau yang melutut merayu pada aku nanti" - Melissa Adanni. "Dia yang nak kahwin sangat dengan aku kan? Biar dia rasa" -Hud Zahred. Siapa yang dipergunakan? Siapa yang memperguna? Siapa yang menang, siapa yang akan tersungkur jatuh cinta macam nangka busuk? Author tak pandai buat sinopsis. Tapi kalau nak tahu best ke tak, cuba baca dulu hehehe🙈 All right reserved©: thealeesaaa #1st in romance 31/8/2022 #1st in malay 3/11/2022 #1st in sayang 14/12/2022 #1st in general fiction 19/11/2024 (IN EDITING) 🚫NO COPYRIGHT ALLOWABLE🚫 #SecondStory