TintaNasyuwa
part 1
"Tolong! Tolong! Api! Api! Wardah!!!.."tiba-tiba Tasnim terjaga dari tidurnya. Peluh membasahi dahinya. Dia sedar yang dia cuma bermimpi. Dia menghela nafas panjang dan segera beristighfar. Dia melihat jam pada skrin telefon bimbitnya. "Baru pukul 3:24 pagi", getus hatinya. Tasnim bingkas menuju ke bilik air, mengambil wudhuk untuk melaksanakan tahajud.
Tasnim sedar,semenjak tragedi hitam itu berlaku,dia sering teringat-ingat akan peristiwa itu sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Mana mungkin untuk dia melupakan peristiwa yang telah mengubah takdir hidupnya.
***(imbas kembali)***
Hari itu seperti hari-hari biasa. Tasnim tidur bersama adiknya Wardah. Tiba-tiba rumahnya terbakar. Suasana begitu cemas. Tasnim tersedar dari tidur ketika api telah marak. Dia cuba untuk mengejutkan Wardah tetapi Wardah telah meninggal dunia akibat terlalu banyak terhidu asap. Tambahan pula, Wardah menghidap asma. Tasnim sedar, bahawa adiknya Wardah telah tiada. Wardah telah dijemput oleh Ilahi.