Favourite ❤️
163 stories
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,925,211
  • WpVote
    Votes 68,488
  • WpPart
    Parts 81
[1st romance - stand alone] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai? beautiful cover: @pplyoumayknow
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 674,124
  • WpVote
    Votes 32,905
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance - stand alone] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah. beautiful cover: @pplyoumayknow
A PERFECTLY WRONG PLAN [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 31,845
  • WpVote
    Votes 2,258
  • WpPart
    Parts 30
Rose Amani. Cuma gadis biasa yang cuba meneruskan hidup seperti orang lain. Rutinnya sama bangun pagi, pergi kerja dan pulang kerja. Tiada apa yang menarik tentang dirinya selain wajah yang sempurna. Namun, di sebalik kesempurnaan itu, dia masih belum pernah bercinta. Trauma masa lalu membuatkan dia hilang kepercayaan terhadap cinta. Johan Iskandar. Lelaki yang santai dan cukup sempurna di mata para gadis. Pemilik sebuah syarikat reka bentuk dalaman yang terkenal dan juga merupakan majikan kepada Rose Amani. Dia juga sudah memiliki seorang kekasih yang tampak sempurna dan merupakan seorang pempengaruh media sosial yang berjaya. Segalanya berjalan seperti biasa sehinggalah Rose mengetahui satu rahsia besar dari rakannya. Tanpa sedar, Iskandar turut terdengar rahsia itu tanpa mengetahui perkara sebenar. Dari situlah bermulanya perjanjian antara mereka untuk mengintip dan merungkai kebenaran di sebalik rahsia tersebut. Namun, daripada sekadar perjanjian mengintip, Rose mula berbelah bahagi apabila perasaannya perlahan-lahan berputik terhadap lelaki itu. Mampukah Rose membuang perasaan tersebut apabila dia sedar Iskandar milik wanita lain? Dan ke manakah tujuan pengintipan ini akan membawa mereka?
Sementara [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 209,511
  • WpVote
    Votes 6,985
  • WpPart
    Parts 106
"Doesn't make sense la kalau kita kahwin Nabil." Nabil tenung Darwina. "Aku tahu ni kerja gila. Tapi aku serius." "Kau serius apa?" "Kahwin dengan kau." Muktamad keputusan gila aku. Kahwin dengan kawan tunang sendiri. Apa yang nak jadi lepas ni belakang cerita. Mungkin orang boleh cakap aku gila. Kahwin dengan kawan tunang sendiri? Tapi kalau keadaan yang memaksa? Sekarang aku dah mula terperangkap. Adakah janji yang aku akan pegang? Atau hati?
Aydeen's Untold Heart (Completed) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 494,840
  • WpVote
    Votes 32,777
  • WpPart
    Parts 51
NEXT GENERATION (HEART SERIES 1) Tengku Aydeen Iskandar x Raja Khayra START: 20/11/2025 END: 8/7/2026 Bagaimana jika seseorang yang telah menjadi sebahagian daripada hidup kita sejak kecil, akhirnya menjadi seseorang yang paling ingin kita cintai? RAJA KHAYRA membesar dengan seorang lelaki yang sentiasa ada di sisinya iaitu TENGKU AYDEEN ISKANDAR. Lelaki yang menjadi tempat dia bergantung, tempat dia mencari perlindungan dan seseorang yang tidak pernah gagal membuatnya berasa selamat. Dan semakin dewasa, perasaan itu perlahan-lahan berubah. Daripada kasih seorang adik kepada cinta seorang wanita. Raja Khayra tidak pernah menyangka bahawa perasaan yang selama ini disimpan kemas akhirnya menjadi sesuatu yang begitu sukar untuk dimiliki. Lebih menyakitkan apabila dia mengetahui Tengku Aydeen sudah mempunyai teman wanita. "Kenapa abang tak boleh sayangkan Ara balik?" -RAJA KHAYRA "Sebab abang takut abang tak mampu sayangkan Ara lebih dari seorang adik. Dan Ara... seseorang yang abang patut lindungi. Bukan seseorang yang abang boleh cintai." -TENGKU AYDEEN Antara cinta yang sudah lama berakar dan sebuah hubungan yang terlanjur dianggap seperti keluarga, mampukah mereka menemukan jalan pulang kepada satu sama lain?
[C] HATI (Buah Hati #1) by MawaAyfa
MawaAyfa
  • WpView
    Reads 326,826
  • WpVote
    Votes 12,872
  • WpPart
    Parts 66
Hamra Adinda x Tuah Iskandar Hamra Adinda Seorang corporate gurlies berjaya! Hidup makan gaji yang diimpakan untuk mendapat kestabilan hidup akhirnya tercapai dengan bekerja di Wakeem Bank. Salah satu bank yang terkenal dan menapak sekian lama di Malaysia. Namun, masalah yang ditimbulkan oleh keluarga sendiri membutakan dia buntu untuk mencari jalan penyelesaian. "I nak kahwin." "Dengan siapa?" "Kanda." Tuah Iskandar Seorang CEO untuk syarikat konglomerat yang dibina oleh Wan. Sampai satu ketika, permintaan Wan membuatkan dia terganggu. Kahwin? Kenapa dia perlu kahwin. Ketika umurnya ranap 30 tahun dia perlu kahwin, wan suruh dia kahwin. Masalah yang dicipta oleh Wan sendiri membuat dia buntu. Terhenti seketika otaknya ligat mencari idea. "Aku nak kahwin." "Dengan siapa?" "Dinda." "Done and Seal, Dinda." ~ Tuah Iskandar ~ "Done and Seal, Kanda." ~ Hamra Adinda ~ (story ringan and minimal konflik)
Married Mr. Nerdy! [✅COMPLETED] by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 1,966,021
  • WpVote
    Votes 98,244
  • WpPart
    Parts 64
@Married Mr. Nerdy @RomanticGenre @ChocoLyn @2019 @Ke-10 Bercinta dengan orang lain, berkahwin pula dengan orang lain?!! Itulah orang katakan takdir. Nama aku Azierah Farisha dan korang semua boleh panggil aku Rafa. Mahu tahu dengan siapa aku bercinta? Erm.. nama dia Syed Hanaqi Faliq bin Syed Hadi Hamdan. Dari nama pun mesti ramai dapat bayangkan rupanya itu bagaimana kan? Aku fikirkan hubungan kami akan berpanjangan sampai ke pelamin namun nampaknya.. Tuhan berkehendakkan yang lain. Tak hujan, tak guruh pun.. aku dapat berita yang dia telah bertunang dengan perempuan lain. Waktu itu.. hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana berkecainya perasaan aku waktu itu. Lepas itu, ada seorang mamat ni offer aku satu benda yang tak terlintas dek akal warasku. 'Saya dengar awak dah putus. Jom couple dengan saya.'-Mr. Burn. Paling gila bila aku kata.. 'For now, saya tak accept mana-mana lelaki untuk couple. Kalau awak betul nakkan saya, jumpa mak ayah saya.. kahwini saya!'-aku. Aku tak serius pun dengan apa yang aku cakapkan itu. Main-main ajepun tapi tak sangat ayat aku itu buatkan si Mr. Burn itu nekad nak ambil aku jadi bini dia. 'I really want you, Rafa.'-Mr. Burn yang now I called Mr. Husband. ...
Ketua Pengawas Vs Tunang by sis4na
sis4na
  • WpView
    Reads 7,445,904
  • WpVote
    Votes 131,912
  • WpPart
    Parts 23
Air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut,singa laut, ikan jaws pun ada"-FARHAN "Adeh....keluar dari mulut buaya,Masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni. Tension!"-MAIRA. "Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap. Pangkal lengan! " -HADZRIQ. "Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I " - AMMY ________________________________ BEST ACHIVEMENT #1inromance@❤15/8/16❤10/9/16❤ 14/9/16 ________________________________ e-novel [ Contengangadisbiasa.blogspot] Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan memetik atau mencetak mana-mana bahagian isi buku ini dalam bentuk apa jua dengan cara apa pun baik secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau yang lain-lain sebelum mendapat izin penulis. @MissCs .
My Husband Mr Bully? by starsvanilla
starsvanilla
  • WpView
    Reads 1,723,915
  • WpVote
    Votes 82,429
  • WpPart
    Parts 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwin dengan calon pilihan papanya. Dan paling teruk pilihan papanya ialah Adrian Harris! Adrian Harris. Namanya cukup gerun apabila disebut. Adrian memiliki pakej yang lengkap iaitu kacak, pandai, kaya, dan berbakat. Tetapi dia ialah pembuli?! You are really bad guy Adrian. "Awak ni tak cukup ke dah hancurkan zaman sekolah saya? Apa yang awak nak lagi daripada saya?"- Mia Elysha "Aku ni macam chewing gum. Kalau dah lekat, kau susah nak tanggalkan"- Adrian Harris Apa akan jadi apabila senior yang selalu bulinya muncul kembali? Saksikannya dalam novel My Husband Mr Bully?
[C•] The Devil Heir  by _adlinfdhlina
_adlinfdhlina
  • WpView
    Reads 468,541
  • WpVote
    Votes 26,269
  • WpPart
    Parts 71
⇨ SPIN OFF ORCA Di Universiti Arundel, nama Hazreen Hazzan dan Hazreeq Hazzan bukan sekadar legenda mereka adalah bahaya yang dibungkus dengan karisma. Hazreen, si abang kembar yang dingin, sombong dan tidak percaya sesiapa. Hazreeq pula si adik, senyumannya manis, tutur katanya memikat tetapi hatinya kosong. Mereka mempunyai segalanya. Namun semuanya mula retak apabila seorang gadis biasa melangkah masuk ke dunia mereka. Eryna Humaira gadis bertudung yang tidak mencari perhatian, hanya mahu hidup semula selepas luka lama yang hampir mematahkan jiwanya. "Ouch. Awak ni jenis tak bagi peluang, eh?"- Hazreeq Hazzan "Kalau peluang tu datang dengan niat main-main, saya pass."- Eryna Humaira Hazreeq yang tidak pernah ditolak mula terasa tercabar. Hazreen pula buat pertama kali merasakan dunianya terganggu oleh seseorang yang langsung tidak cuba menawan hatinya. "Tu tempat aku."- Hazreen Hazzan "Biasanya. Tapi hari ni saya duduk sini dulu. Siapa cepat dia dapat, kan?"-Eryna Humaira Namun di sebalik pertemuan itu, tersembunyi luka zaman silam, dan pengkhianatan yang bakal menuntut bayaran paling mahal. "Seseorang yang menarik."- Hazreen Hazzan "Weird girl." - Hazreeq Hazzan Apabila hati terlibat, tiada apa yang dihiraukan, malah darah daging sendiri pun terlupakan. Siapakah yang sanggup mengkhianati demi melindungi? Dan siapakah yang akan menghancurkan segalanya walaupun melibatkan darah sendiri? Cinta tidak pernah selamat di tangan mereka yang terbiasa memiliki segalanya. Siapakah sebenarnya Devil Heir? Lelaki yang terang-terangan dingin dan berbahaya atau lelaki yang kelihatan sempurna, tetapi menyimpan kehancuran di sebalik senyuman? 🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥 ----------------------------------------------------------------- COMPLETE: 3 MAY 2026