fiera1102's Reading List
21 historias
Seindah Takdir Umairah por lyafarhanx
Seindah Takdir Umairah
lyafarhanx
  • LECTURAS 294,814
  • Votos 16,195
  • Partes 60
Dibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling mengenai status dirinya. Tidak pernah dipinta tetapi itulah yang diterimanya. Kehidupan yang indah bersama nenek tercinta musnah begitu saja apabila wanita yang menjaganya sejak lahir pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Dikutip kembali oleh keluarga yang pernah membuangnya kerana simpati si bapa tetapi kehidupannya mula dilanda kelam. Mencari sinar kebahagiaan bersama keluarga kandung ibarat mencari jarum dalam jerami. Tidak pernah ditemuinya. Bertambah derita apabila bukan sahaja keluarga membencinya tetapi lelaki yang bakal menjadi suaminya juga. Pada siapa dia harus bergantung lagi? "Umai tak pernah minta dilahirkan macam ni. Apa salah Umai?" -NUR UMAIRAH. "Salah kau adalah sebab kau lahir didunia ni. Aku takkan pernah mengaku kau sebagai isteri aku, Nur Umairah." -UMAR QAISER. Hubungan yang dibina atas desakan dua buah keluarga menambah benci Umar Qaiser padanya. Bermula episod duka dalam hidup Nur Umairah. Kebencian keluarga kandung dan suaminya membuatkan Umairah belajar mengenai sesuatu. TAKDIR. Takdir hidupnya yang telah disusun oleh Allah. Takdir yang tidak mampu ditukarnya. Takdir yang terlalu indah untuk dia menidakkannya. Dimanakah kesudahan derita Umairah bersama Umar Qaiser dan keluarga kandungnya? Temui jawapan akhir dalam SEINDAH TAKDIR UMAIRAH.... Karya kedua LYAFARHANX💕 Dilarang plagiat👊🏻❌ November 2020🏆 🥇Romance 🥇Derita 🥇Sedih 🥇Cry 🥇Anakluarnikah
TITISAN CINTA. (Completed) por MekAin
TITISAN CINTA. (Completed)
MekAin
  • LECTURAS 152,467
  • Votos 6,280
  • Partes 65
Rasa bersalah atas kesilapan dahulu, membuatkan Syed Mirza memburu gadis yang bernama Aisyah. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu di samping menghapus rasa bersalah dalam dirinya. Namun, kemaafan tidak mudah diperolehi seperti membeli barang di pasar. "Walaupun beribu kali awak minta maaf dengan saya, seribu kali pun saya tidak akan pernah maafkan awak! Lelaki durjana! "- Aisyah Kerana perbuatan kejam lelaki bernama Syed Mirza itu, Aisyah kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Hidupnya. Ibunya. Ayahnya. Sehingga dirinya digelar anak yatim dan anak terbuang. Kisah hitam yang dicoretkan lelaki itu dalam hidupnya tidak akan pernah di lupa sehingga dia mati! Kuasa Allah tiada siapa mampu duga. Demi sebuah kemaafan dari sang ayah, Aisyah terima sebuah ikatan yang tidak pernah dia bayangkan seumur hidupnya. "Sayang, bencilah abang. Marahlah. Tapi cinta abang kepada sayang tetap akan bersinar. Biarlah walaupun hanya sekadar titisan cinta." - Syed Mirza Syed Mirza tekad! Walaupun dia terpaksa menghadapi kebencian sang ratunya setiap saat, setiap detik, dia tidak akan pernah mengalah! Satu demi satu sentuhan lembut Syed Mirza merawat luka di hati sang ratu tapi apakan daya, angin tetap bertiup. Kehadiran sepupu Aisyah yang pernah meninggalkan dirinya dahulu, kembali menagih hubungan yang tergantung semula. "Aisyah, ingatlah apa yang lelaki itu telah lakukan! Dia tidak akan pernah berubah!"- Irfan Kehadiran Irfan mengusik ketenangan di hati Syed Mirza. Peluang yang dimilikinya semakin menipis. Saat dirinya cuba untuk berpegang teguh pada titisan cintanya, satu rahsia terbongkar. Menyedarkan sekeping hati yang dibuai cinta. "Pergilah Aisyah. Pergilah daripada hidup abang. Larilah sejauh mana yang Aisyah mampu. Abang tidak akan mengejar lagi." - Syed Mirza Dapatkah titisan cinta Syed Mirza memadam kebencian dalam hati sang ratu? Adakah hati Aisyah dapat menerima Syed Mirza? Aku berharap titisan cintaku dapat menghapus dukamu sayang~
01. Isteri Sementara | Done ✔  por cikcykaaa
01. Isteri Sementara | Done ✔
cikcykaaa
  • LECTURAS 1,555,096
  • Votos 39,863
  • Partes 50
Berkahwin dengan lelaki yang pernah menolaknya? Sanggup kah dia? Dia adalah seorang wanita tangguh yang bernama ALYA SYAFINA. Walaupun selalu diperlakukan buruk oleh seorang suami. Dia tetap bersabar, dia percaya suatu saat suaminya pasti akan melayannya baik dan mencintainya. Semua perlukan proses. TENGKU MUHAMMAD SYAQIF, dia seorang lelaki penuh misteri dan berwajah tampan. Punya banyak rahsia disembunyi. Serta, dia juga adalah lelaki yang pernah menolak si dia, isterinya. Telah bergelar suami kepada wanita bernama ALYA SYAFINA. Tapi, disebalik perkahwinan mereka, satu rahsia besar ia sembunyikan daripada isterinya. Jika suatu hari nanti rahsia besar itu terbongkar, bagaimana reaksi isterinya? Dapat kah mereka melanjutkan kehidupan bahtera suami isteri dengan perasaan yang sama antara kedua pihak? "Kenapa layan saya jahat?" "Because you not my choice." "Then, what do i do to be your choice?" "Just go..." Complete | Edit [2016-2020] | Romance ___ p/s cerita ni sangat childish jadi mohon jangan dibaca sebab sis buat cerita ni waktu umur 14 tahun ╥_╥ ~
Maryam Haura (Ebook) por misssaira
Maryam Haura (Ebook)
misssaira
  • LECTURAS 712,590
  • Votos 5,876
  • Partes 13
MARYAM HAURA - Dia seorang gadis yang berasal dari golongan tidak berharta. Miskin! Seringkali dipandang serong kerana hidupnya yang serba kekurangan. Memang benar dia miskin. Kehidupannya juga tidak indah. Harga dirinya tercalar gara-gara lelaki yang tega memusuhinya disebabkan hal yang tidak masuk akal.. ZAYYAD AMSYAR -Entah mengapa gadis seusianya yang diberi nama Maryam Haura itu begitu dibenci olehnya. Padahal tiada silap yang gadis itu lakukan padanya. Barangkali juga kerana status yang dipegang gadis itu yang tidak setaraf dengannya, miskin! Dia jadi benci. Berawal dari Alasan itu dia mula menyakiti gadis itu. Memamah habis harga diri gadis itu sehingga tidak tersisa apa-apa. BACAAN MATANG!
Jodoh Dalam Keperitan  por Thecreamcake_
Jodoh Dalam Keperitan
Thecreamcake_
  • LECTURAS 912,198
  • Votos 27,804
  • Partes 63
Karya pertama by thecreamcake in romance 📖 B o o k - 1 jodoh dalam keperitan 📖 TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disaat ujian dikasi kepadanya . Bermacam-macam terjadi pada dirinya , perkahwinan dalam sembunyi ini bukan lah satu nikmat untuk afwan . Dia tidak pernah terniat ingin berkahwin dalam secara begini , tetapi keadaan mengizinkannya untuk sebegini . " Awak ikhlas terima saya ? " - Hawa Afwan " Kalau dah takdir . Sah-sah aku kena terima jugak kan ? " Adam Farhan Rahsia yang disimpan berbulan-bulan , bukanlah sukar bagi adam dan afwan untuk menyimpannya . Dia risau jikalau ibu mertuanya mendapat tahu hal yang sebenar . Namun akhirnya terbongkar jugak rahsianya yang disimpan berbulan-bulan pada hari itu . " Mummy nak adam ceraikan afwan ! "- Puan Sri Halisha " No ! Dia isteri adam mummy . " - Adam Farhan " Isteri ? Kau nak simpan perempuan pelacur tu ? Berapa tahun kau nak simpan ? Adam ingatlah , eryna setia menunggu kau ! - Afikah Farina Kerana satu salah faham , dia di gelar PELACUR . Namun mampukah afwan menerima segala perit di dalam keluarga suaminya ? Atau sebaliknya ? " Hawa afwan binti abdullah ahmad . Aku ceraikan kau dengan talak satu ! " - Adam Farhan Adakah hubungan afwan dan adam hanya sekerat jalan ? Ataupun disebaliknya mereka akan bahagia ? Jadi segalanya terjawab dalam jodoh dalam keperitan . Start: 12072018 End : 30102018 p/s : jalan cerita agak klise, permulaan sahaja lah. tapi saya janji saya akan buat yg terbaik! just support me okay. ✔vote , comment , reader ✘no bash , no menciplak hasil dari ideal sendiri ❤ thanks you ❤ ©thecreamcake , 2018
DALAM BENCI ADA SAYANG por roese_rosy
DALAM BENCI ADA SAYANG
roese_rosy
  • LECTURAS 2,243,755
  • Votos 58,639
  • Partes 72
Hanya satu kesilapan dua hati yang saling membenci terpaksa disatukan. Bila akad sudah dilafaz satu hati sudah menerima seadanya. Satu hati lagi masih membenci. Masihkah ada kebencian itu sampai bila-bila? Hati yang keras akan cair juga akhirnya. Namun siapa kita yang hendak menghalang takdir Illahi? Bila bahagia sudah menjelma akan adanya pengorbanan yang terpaksa dilakukan secara tiba-tiba. Tegarkah dua hati itu menerimanya? Atau hanya pejamkan mata dan salah seorang beralah demi sebuah kebahagiaan? Jika benci boleh menjadi sayang, apatah lagi sebaliknya.. Ini kisah Tengku Hayden & Dalia Imaani. ❤
Isteri Teristimewa por DyannRose
Isteri Teristimewa
DyannRose
  • LECTURAS 353,670
  • Votos 21,879
  • Partes 61
Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah Daneen." "Kepala otak kau. Sejak bila aku jadi ayah kau. Aku kahwin pun belum. Jangan jadi cacat akal sangat." Dia berjalan saja Daneen memeluk kakinya, dia tidur Daneen melompat tidur disebelahnya. Paling membuatkan dia tertekan adalah apabila Daneen mahu dia mandikan. "Ayah, mandikanlah Daneen. Daneen dah busuk." "Kau dah gila ke?" Seram. Itu yang dirasakannya. Semakin hari dia merasakan Daneen seolah menggodanya. "Aku pangkat suami kau tau bukan ayah kau. Aku baru 30 bukannya 60." "Kalau macam tu jadilah suami Daneen. Abang, sayang sayang abang!" Pitam Aidan. Naik gila dibuatnya. "Daripada berterusan gila kau ni lebih baik aku hantar kau ke Tanjung Rambutan." "Kenapa Tanjung Rambutan? Kan abang boleh hantar Daneen terus ke dalam hati abang?" Dasar gila. Dia kusut memikirkan cara untuk menghentikan omelan mamanya yang sudah tahu akan kewujudan Daneen di dalam rumahnya. "Daneen bakal isteri Aidan." Senang! Tapi bagaikan malapetaka yang menimpa apabila Daneen mendengarnya. "Yeay kita kahwin! Abang jangan goda sayang tau, tunggu kita kahwin biar sayang goda abang!" Daneen mengenyit mata nakal. "Ya Allah... ujian apakah yang Engkau telah turunkan kepadaku ini?" Cinta mula memekar di hati. Sayangnya pada Daneen, cintanya pada Daneen. Daneen nafas, Daneen nyawa, Daneen bidadari. Namun, Daneen kemalangan. Kemalangan telah meragut segala ingatannya. Dia lumpuh. "Depan mata abang, hanya Daneen isteri abang. Biarlah Daneen lupa abang ataupun lumpuh sekalipun, abang hanya mencintai Daneen seorang." "Lepaskan saya dan carilah kebahagiaan baru. Lagipun saya tak cintakan abang." Daneen pergi. "Jangan pergi sayang! Cinta abang hanya untuk Daneen!" Pemergian ini kerana cinta. Maafkan Daneen, abang.
KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁 por dladzahra
KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁
dladzahra
  • LECTURAS 173,097
  • Votos 7,022
  • Partes 48
Sebenarnya keputusannya menerima Niel yang telah membuatkan hatinya dijengah penderitaan. Di sebalik kebahagiaan yang menerpa terselit penderitaan yang tidak dapat dilisan dengan kata-kata. Hatinya dipagut rasa cinta yang membara terhadap Niel. Dia leka dengan cinta Niel yang hangat membara. Niel tulus mencintainya, namun ketulusan itu terhakis kerana cemburu yang meruntun hati. "Pelacur macam kau tak layak untuk merayu, lagipun pelacur memang suka badannya ditakluk oleh lelaki." - Niel. "Awak kejam Niel! Saya takkan benarkan hati saya mencintai lelaki seperti awak lagi!"-Hannah. Hannah satu-satunya wanita yang berjaya membuka pintu hatinya, mustahil dia tidak memikat semula. "Asyik-asyik... Asyiknya bercinta dengan Hannah Qalisha." - Niel. "Awak ni suka rosakkan lagu." - Hannah. Rumah tangga mereka disulam bunga bahagia, apatah lagi mereka bakal menerima cahaya mata. Malangnya, kehadiran Wais sepupu yang paling disayangi Niel yang terlebih dahulu menjengah kehidupan mereka. Sudah lama Wais menaruh harapan terhadap Hannah, pendek kata dia bekas kekasih Hannah. Apabila Niel mendapat tahu perihal itu, dia terasa kebahagiaan Hannah bukan dengannya lagi. Tambahan pula, perubahan Hannah sejak Wais tinggal di rumah papa, Hannah melayani baik sahaja bahkan seakan mereka pula pasangan suami isteri dan dia orang luar. "Hannah, Wais rindu masa Hannah gigih pikat Wais dulu." - Wais. "Hannah juga rindukan masa dulu. Tapi..." - Hannah. Niel terdengar segalanya, perbualan antara isterinya dan Wais, ternyata cinta mereka utuh. Niel nekad meninggalkan Hannah dengan hatinya yang penuh luka. "Tergamak awak tinggalkan dalam keadaan saya sangat memerlukan awak, apa salah saya? Bukan ni cara untuk saya bahagia Niel, awak makin menyiksa hati saya. Apa erti kebahagiaan saya tanpa awak? Saya cintakan awak! Bukan Wais! Saya hanya mahukan awak. Hanya awak." - Hannah. "Hannah, aku berkorban kerana aku tahu nama aku takkan selamanya kekal di hati kau..." - Niel.
Mrs. Riyaz: The Royal Diva por thefatiha__
Mrs. Riyaz: The Royal Diva
thefatiha__
  • LECTURAS 3,791,773
  • Votos 201,253
  • Partes 45
(ON GOING) Apa akan jadi bila si diva dan inspektor beku mula tinggal serumah? "Abang jangan lupa basuh pinggan!" "That's your job sayang!" Siapa kata mereka pasangan serasi? "Sayang nak pergi Itali" "Nope! Kita ke Thailand." Dari titik mula pertemuan mereka di Istana Werland,Tengku Juliana dan Inspektor Riyaz mula membuka lembaran baru bagi kisah mereka. "Aku,Mrs. Riyaz..dan disini aku akhirkan helaian cerita kami.Kalau hendak dinukilkan semua cerita,nescaya tak akan ditemui penghabisan kerana aku akan mencintainya sampai syurga.." ---Tengku Juliana
Suamiku Kepala Batu por hyerika
Suamiku Kepala Batu
hyerika
  • LECTURAS 381,661
  • Votos 11,934
  • Partes 59
Dini Aqisha dan Raqish Iqbal. Keduanya mempunyai nama yang hampir sama. Raqish Iqbal merupakan majikan kepada Dini Aqisha. Walaupun Dini hanyalah P.A kepada Raqish Iqbal. Itu tidak bermakna Raqish boleh membulinya sesuka hati. Kehadiran tunang Raqish, Nina yang banyak songeh menyebabkan Dini bertambah bengang dengan keduanya. Satu kejadian yg tidak diduga berlaku menyebabkan Dini perlu berkorban demi maruah orang lain dan demi persahabatan kedua ibu bapa mereka. Muncul pula Zara dengan ragamnya. Dia hadir lalu mengharu-birukan hidup pasangan itu. Tetapi bukan sahaja Zara yang tidak menyukai rumah tangga mereka. Dini Aqisha yang tidak dapat menerima dirinya menjadi mangsa merancang sesuatu. 'Raqish Iqbal tersenyum hambar. Jika dibandingkan dia, entahlah. Mungkin lambat lagi masa yang akan tiba untuk dia memangku anak sendiri. Mungkin bakal anaknya juga bukan beribukan Dini Aqisha. Sekali lagi dia mengeluh.' Terbit rasa menyesal di hati Dini Aqisha. Dini Aqisha kembali mengatur rancangan. Kemunculan Fariz hampir menggagalkan perancangan Dini Aqisha. Sikap Raqish yang keras kepala juga turut menyukarkan rancangannya untuk berjalan lancar. Mampukah Dini Aqisha melancarkan perancangan dengan berjaya?