fazrinfauzi_'s Reading List
6 stories
CERMIN (2017) by hasrudijawawi
hasrudijawawi
  • WpView
    Reads 7,054
  • WpVote
    Votes 377
  • WpPart
    Parts 28
Karya ini diinspirasikan 100% dari karya CERMIN saya yang telah diterbikan pada tahun 2010 oleh PENERBITAN FAJAR PAKEER. Jalan cerita masih sama, cuma situasi masa dan latar cerita sahaja yang diubah. Jika ada rezeki, versi 2017 ini akan menmui anda di pasaran. Sebelum tu baca dulu bab awal. Selamat membaca! SINOPSIS: SEJAK Dewi dan Ibunya berpindah ke banglo lama di atas bukit itu, hidup Dewi mula berubah hari demi hari. Perubahan itu semakin dia rasai sejak dia menemukan sebuah cermin antik di dalam salah satu bilik yang ada di banglo itu yang dia yakin milik pemilik banglo sebelum ini. Sejak itu, hidupnya mula berubah. Setiap insan yang cuba menyakiti hatinya pasti akan mati! Setiap yang dia dendami pasti ajal datang menghampiri. "Kau rasa Dewi yang sekarang ni masih Dewi yang sama ke?" Tanya Siti. "Maksud kau?" Sham disapa hairan. "Ya lah, sebelum ni kan dia ada kata dia macam rasa ada satu aura atau jirim lain masuk dalam badan dia sampaikan dia rasa dia bukan dirinya yang sebenar. Kiranya macam ada yang menumpang pada badan dia," jelas Siti. "Kau nak kata, Dewi yang bersama kita sejak sebulan lepas ni, bukan Dewi yang sebenar? Kau rasa itu hantu yang menjelama jadi Dewi? Motif?" Sham sukar untuk menghadamkan kata-kata Siti itu. Apa sebenarnya yang ada di sebalik cermin antik itu? Siapa atau mungkin apa yang telah melunaskan setiap dendam di hati Dewi? "Jika Tuhan kau tidak mengizin kau mengusir aku dari tubuh ini lalu kau berjaya aku bunuh kerana telah menganggu urusan aku sedangkan aku tidak pernah menganggu urusan kau. Kau akan berpaling dari Tuhan kau? Kau akan salahkan Tuhan kau?" tanya makhluk itu.
OBSES by SyasyaDeLuna
SyasyaDeLuna
  • WpView
    Reads 396
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 3
Bermula dengan pencarian teman sehati sejiwa, sepuluh jejaka melepasi temuduga dan terpilih menjadi calon dalam 'pencarian soulmate'. Berlatarbelakangkan istana Castlebury di Scotland, Emily mencari keserasian di antara salah seorang peserta. Tidak mudah bagi Emily yang percaya bahawa cinta tidak akan datang dengan memaksa perasaan sendiri, namun apabila ada kasih tersemat di kalbu, peristiwa misteri mula melanda perjalanan mencari cinta sejati. Ditambah dengan ketaksuban Emily pada sejarah cinta dua darjat di Castlebury yang pernah dikambus masa, merumitkan keadaan. Waktu kian berlalu, Emily hampir melunaskan impian ibunya dengan berusaha sehabis baik tanpa menyedari bahawa ada mata yang memerhati. Ada hati yang terseksa. Ada fikiran yang kotor. Ada rahsia di antara rahsia. Jemala Emily Arkisya menepu dengan kebenaran dan pembohongan. Dengan tindakan Adila, sahabat terbaik baginya mencurah kepahitan buat Emily. Ditambah lagi dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh calon-calon suami bagaikan menembak mati hati selebriti ini. Permusuhan di antara mereka memporak-perandakan fikiran Emily Arkhisya sehingga di satu tahap wanita ini semakin keliru. Campur tangan Umi Kalsom, wartawan hiburan memutar fakta sehingga saat kebenaran terbongkar. Kerana rasa kasihnya kepada orang tua, kerana murninya persahabatan, kepercayaan yang tiada berbelah bagi, kesetiaan tiada taranya, kejujuran tanpa prasangka, kebaikan yang tiada tandingan, hati wanita ini dibunuh perlahan-lahan. Misteri Castlebury, diari Bridget Khursheed, Lady Kiara, Christian Slater, sepuluh calon suami dan keluarga Emily, padat menerjah kotak fikiran. Semua rahsia akan terungkap di kota lama Castlebury. Namun, Emily adalah buruan sebenar! Muncul pertanyaan apabila hati meragui segalanya. Adakah Emily berjaya menyelesaikan semua persoalan yang bermain di fikiran? Apa yang nyata, Castlebury menjadi saksi percintaan, persahabatan, pergolakan jiwa, pengkhianatan, pengorbanan dan kemusnahan hidup srang wanita.
GHAIB #Seramshit 1.5 by SyasyaDeLuna
SyasyaDeLuna
  • WpView
    Reads 231
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 1
Sebuah lagi karya LE dari October Love. Ini adalah siri kedua selepas #seramshit1.0 Anda boleh melanggan terus dengan pihak penerbit.
"Pensyarahku suamiku" (SLOW UPD)  by nrnghae
nrnghae
  • WpView
    Reads 922,709
  • WpVote
    Votes 23,158
  • WpPart
    Parts 40
Nur aisyah umaira. nama diberi oleh keluarga kandungnya. berumur 22 tahun. hidup dengan family angkat. hidup sebatang kara kalau family angkat dia takda. semua family angkat dia sayang akan aisyah umaira kecuali bakal suami dia a.k.a ABANG ANGKAT muhammad danish danial bin dato haji hisham. Bakal suami kepada Aisyah Umaira. Pensyarah kepada adik angkatnya juga. Selalu buli si aisyah, busuk hati tapi handsome. 89% mukanya mirip macam sehun exo. Nur Syafinaz. si gedik kekasih hati danish. satu family danish anti dengan minah gedik ni. dah 2 tahun couple dengan danish. "abah dah buat keputusan muktamad. abah nak kamu berdua akan berkahwin bulan depan. no excuses"-abah "what? dengan dia? no abah no. finaz macamana?"-danish "eee tak faham lah abah. kenapa lah kamu minat sangat dengan budak tu?"-abah adakah keputusan dato haji hisham muktamad? apakah yang akan terjadi kepada hidup aisyah? apakah reaksi finaz? apakah kesudahannya? sama sama kita nantikan storylines: nrnghae
Biar Saya Jadi Hero Awak. by AisyahHisham
AisyahHisham
  • WpView
    Reads 927,841
  • WpVote
    Votes 26,385
  • WpPart
    Parts 56
Sejak bertemu dengan Irham Zahril, Dahlia tidak pernah gembira, hari-harinya dipenuhi dengan perasaan penuh geram, kesedihan. Namun,sesuatu pekara yang terjadi kepada mereka berdua membuat satu ikatan perkahwinan di antara mereka terjadi. "Saya tak akan kahwin dengan Encik Irham!!"-Dahlia Dapatkah Irham Zahril melindungi Dahlia dari Wawa yang tidak henti-henti menganggu hidup mereka? Dan dapatkah dia membuat Dahlia mencintai dirinya? Apakah kesudahan cerita Dahlia dan juga Irham Zahril? Pelbagai,masalah yang timbul sesaat mereka mula mencintai satu sama lain. "I can explain! awak dah salah faham!"-Irham Zahril "Saya dah hilang kepercayaan terhadap diri awak!"-Dahlia Dapatkah mereka hidup bersama, meskipun mereka sudah mula mencintai?
Muda Muda Dah Nak Kahwin? by snsbhn
snsbhn
  • WpView
    Reads 214,804
  • WpVote
    Votes 7,119
  • WpPart
    Parts 31
[Unedited] Tiada siapa yang tahu mereka berpasangan, termasuk kawan karib Nora. Nora dan Syakir kini lebih kerap berborak di talian melalui Whatsapp. Guru sentiasa memanggil pelajar untuk membaca teks bukan? Syakir panggil oleh guru pada masa yang sama menimbulkan usikan dari teman-temannya. Hingga sekarang mereka tidak tahu kenapa ada usikan sedangkan mereka tahu bahawa Nora dan Syakir hanya sekadar teman biasa. "Baiklah. Terima kasih Nora. Sekarang Syakir, sila sambung dari mana Nora henti membaca sebentar tadi" Cikgu Atiqah berkata. "Eppp" Kelas mereka terus menjadi kecoh, sebok menyakat si Nora dan Syakir. Mereka berdua hanya boleh tersenyum sahaja, tidak tahu apa reaksi yang diingini rakan sekelas. "Eh.. kenapa ni?Kasi lah cikgu join. Ada pasangan baru ke?" Cikgu Atiqah boleh meneka dari usikan mereka semua, " Nak kahwin jangan lupa jemput cikgu ya". Lalu kelas menjadi mangkin kecoh. 'Aduh.. malunya..' Mukanya kini bertukar menjadi kemerah-merahan. Dengan pantas Nora meletakkan kepalanya di atas meja, mahu cover mukanya yang merah padam itu. Nasibnya baik dia duduk di kawasan belakang, maka tiada siapa yang nampak. Lalu dia pun membetulkan cara duduknya dan kini berlakun seperti dia sedang menulis di bukunya. Tiba-tiba dia dapat merasakan renungan terhadap dirinya. Nora pun melihat ke arah tersebut. Bebola matanya mula membesar apabila dia sedar akan renungan Syakir yang tidak lama diikuti dengan senyuman manis buatnya. Nora melihat ke arah lain sebelum matanya mula mencari Syakir kembali. Kini, dia membalas senyuman Syakir, membuat Syakir terkejut dan gembira pada masa yang sama. Tetapi adakah ini semua akan kekal sehingga dewasa nanti?