shastasasa
Andana seorang gadis remaja yang suka berangan. Dia sering termenung dan membayangkan sesuatu yang tidak mungkin wujud di dunia nyata.
Andana sering berasa mahu menggunakan kuasa ajaib untuk melakukan segala kerja. Malah sampai mahu mengerjakan orang menggunakan kuasa ajaib. Suatu hari, Andana berdoa agar dia dikirimkan pari-pari yang akan menemaninya di kala dia kesunyian mahupun memerlukan sebarang pertolongan.
Keesokan paginya, Andana bangun dan dikejutkan dengan kehadiran seorang gadis yang sangat jelita di biliknya. Gadis itu bersayap dan wajahnya kelihatan bersinar-sinar. Rupanya Tuhan telah mengabulkan doanya. Wanita tersebut ialah pari-pari yg dikirim dari atas untuk menjaga dirinya. Wanita itu menggelar dirinya sebagai Puteri Balqis.
Lalu bermulalah kehidupan Andana berubah setelah kehadiran Puteri Balqis itu. Puteri Balqis banyak menolongnya di setiap hari-harinya. Namun, siapakah sebenarnya Puteri Balqis itu? Benarkah Puteri Balqis didatangkan untuk membantu Andana?