Nurainamirudin's Reading List
44 stories
JANJI YANG TERPUTUS [ C ] by atiqahzainalll
atiqahzainalll
  • WpView
    Reads 46,256
  • WpVote
    Votes 1,595
  • WpPart
    Parts 40
Muhammad Zayyan Firas, pegawai komando PASKAL. Hidupnya terbiasa dengan medan perang, kehilangan, dan kehilangan semula. Baginya, cinta bukan lagi sesuatu yang perlu dikejar... sehinggalah Allah hadirkan Nur' Atiqah dalam hidupnya. Gadis muda yang tidak sempurna, tapi cukup sederhana untuk menyentuh bahagian hati yang paling dalam. Dengan satu lafaz, mereka disatukan. Dalam ikatan yang bukan sekadar janji dunia, tapi ikrar di hadapan Tuhan. Namun takdir tak pernah menjanjikan jalan yang lurus. Satu misi mengubah segalanya. Satu tembakan memisahkan mereka. Satu kehilangan yang membuatkan rindu bertukar jadi doa. Dan doa menjadi satu-satunya bahasa antara dua jiwa yang terpisah oleh jarak, waktu... dan ujian yang tidak kelihatan. Zayyan masih berdiri di medan tugas. Atiqah masih di katil ujian. Tapi cinta mereka tidak pernah rebah. "Kalau saya tak sempat ada waktu awak buka mata, ingatlah... saya sentiasa tunggu. Dalam diam, dalam doa, dalam setiap detik saya masih hidup." Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah dua jiwa yang dipertemukan atas nama Allah... dan diuji juga atas nama yang sama. Kerana janji yang disebut dalam sujud, tidak akan pernah hilang arah. Ia hanya menunggu untuk ditunaikan. Dengan sabar. Dengan setia. Dengan takdir.
✓ TENGKU RAFAEL LUTH by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 7,411,839
  • WpVote
    Votes 339,151
  • WpPart
    Parts 73
# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun seorang Tengku Rafael Luth lakukan dan dia tak akan berputus asa. Mungkin Dhiah Nageena masih belum mengenalinya kerana dia masih bersembunyi disebalik bayangnya. NURI NAFEESA gembira apabila diterima bekerja di syarikat seni bina milik CEO muda ternama itu. Gembira gila. Alhamdulillah rezeki. Tapi tiba-tiba encik boss panggil dan cakap yang dia... tak suka dengan aku? Habis tu kenapa ambil aku bekerja?! "Kau interview dengan Encik Rais kan?" ~Ku Raf "Tapi kenapa Encik Boss tak suka saya? Saya kan nak kerja. Bukannya nak suruh encik boss ambil saya jadi isteri. Kan?" ~Nuri Nafeesa Tengku Rafael rasa huru hara dengan perempuan itu. Dia serius 24 jam. Si burung kakak tua tu pula asyik membebel, happy go lucky je 24 jam. Stress! "Woi burung kakak tua!" "Nama saya Nuri lah encik boss. Nu.ri Na.fee.sa." Namun di atas kesalahan Tengku Rafael sendiri, Nuri Nafeesa yang harus menanggung semuanya. Menanggung segalanya. Semuanya. "Kita rahsiakan dahulu hubungan kita." Nuri Nafeesa terpaksa menahan segala rasa apabila Dhiah Nageena mula jatuh hati pada Tengku Rafael. Lelaki yang selama ini memberinya coklat. Memberinya bunga. Namun bukan itu sebabnya. Dhiah Nageena hanya menyukai Tengku Rafael hanya kerana paras rupa. Pangkat dan juga harta. Dan sekali lagi. Nuri Nafeesalah yang menanggung segalanya. Siapa yang tak sakit hati melihat suami bermesra dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi dengan kawan baiknya. Disaat segalanya terbongkar. Diantara tiga hati, siapa yang akan menerima. Siapa yang akan membenci dan siapa yang akan terus mencintai. "Kau isteri aku dan akan selamanya jadi isteri aku." ~Ku Raf "Jangan seksa hati awak Raf. Bukan saya yang hati awak mahukan." ~Nuri
Akak Kemboja by NaimTamdjis
NaimTamdjis
  • WpView
    Reads 21,096
  • WpVote
    Votes 905
  • WpPart
    Parts 9
Siti adalah seorang ibu tunggal telah dihalau oleh emak mertua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bersama anaknya Johari yang berusia 7 tahun, mereka terpaksa berpindah ke sebuah flat di Bandar Baru Bangi kerana dia bekerja di salah satu kilang di situ. Memandangkan emaknya sering mengambil kerja lebih masa setiap malam minggu, maka tinggallah Johari seorang diri di rumah. Setiap kali tinggal seorang diri di rumah, Johari sentiasa terdengar bunyi bunyi aneh dan gangguan samada dari dalam atau luar rumahnya. Satu hari Johari menyiasat dari mana datang bunyi dan terserempak dengan Akak Kemboja. Mereka berdua menjadi 'kawan' sejak hari itu dan Akak Kemboja berjanji akan melindunginya.
BERTEMPUR DENGAN SYAITAN (COMPLETE) by kukilkufiq
kukilkufiq
  • WpView
    Reads 96,623
  • WpVote
    Votes 6,169
  • WpPart
    Parts 7
[ PEMENANG TEMPAT PERTAMA BEST BOOK WATTSITEE AWARD 2018] [ PEMENANG BESTBOOK WATTSITEE COVER AWARD 2018 ] Ranking terbaik setakat ni : 5th in Mystery / Thriller Genre Satu platun unit khas terpilih dari Angkatan Tentera Malaysia telah menerima misi khas menyelamat ke dalam hutan temenggor (OPS JEJAK). Dikhuatiri satu batalion dari unit 5 Melayu telah hilang ketika operasi, maklumat akhir dari radio semboyan adalah 'JEMBALANG' unit khas ini mesti mendapatkan maklumat sekiranya pasukan ini masih hidup atau tidak , tanpa mereka sendiri tidak sedari apa yang menanti mereka jauh di dalam kedalaman hutan ini jauh lebih teruk dari ancaman pihak musuh.
Cinta Kerana Dia..[✅Completed] by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 1,937,125
  • WpVote
    Votes 64,020
  • WpPart
    Parts 65
@Choco_Lyn @CintaKeranaDia @2018 @storyke-7@Romantic @Best Engku Adrian Faizur adalah lelaki yang amat aku cinta dan aku sayang. Setelah tiga tahun bercinta, rasa sayang aku pada dia makin lama makin tebal sampai aku rasa yurp.. dialah THE ONE dalam hidup aku tanpa aku sedar sebenarnya aku adalah THE ONE yang kacau jalan cintanya dengan Amirah. Bila dengan aku, dia tak tunjuk yang dia sedang berlakon cinta namun hakikatnya itulah apa yang Engku Adrian rasa sehinggalah akhirnya ibu bapanya mendesak untuk melangsungkan perkahwinan. Engku Syah Taufiq, didesak sebagai pengganti. Kalau boleh, mahu saja dia menolak tapi ada benda yang Engku Adrian simpan dan buatkan dia tidak mampu membantah. Kerana rahsia itu, Engku Syah sanggup jadi pengganti sebagai pengantin lelaki. Apa kau rasa bila kau dikahwinkan dengan lelaki yang bukan kau cinta? Makin sakit bila kau tahu perkara yang sebenar? Mungkin ke.. aku patut mengalah dan tamatkan perkahwinan yang langsung tak mendatang kan apa-apa faedah? 'Jangan pernah harap, saya akan cintakan awak.'- Huraifah Farihah. 'Then, aku takkan berharap.'-Engku Syah Taufiq. ...
FANTASI [18+]  by SashaChubby
SashaChubby
  • WpView
    Reads 217,831
  • WpVote
    Votes 2,268
  • WpPart
    Parts 15
"Batu Diamond sudah dicuri Tuanku.. Keadaan di Lembah Gelap turut kucar kacir.. "Knight Harry menerangkan perihal serius yang telah menimpa Thuvaria kepada Sultan Arshan. "Arghhhh! Kenapa pada waktu begini! Kenapa sewaktu ayahanda Iskander memerintah dulu tidak berlaku semua benda mengarut ini!! "tingkah Sultan Arshan dengan penuh murka. Tubuh telanjang 3 orang gundiknya ditolak kasar. Masih bermimpi diulit intan. Pakaian dari fabrik sutera yang mahal dan lembut berselerakan di lantai. Salah seorang gundik bangun dengan tubuh direndahkan tanpa membelakangi Sultan Arshan. Kepalanya ditunduk tanda hormat. "Keluarrr!!! Berambus kamu semua dari kamar aku!!"jerkah figura tegap dan penuh berkarisma itu. Terkocoh-kocoh 2 orang lagi gundik yang telanjang itu bangun dan berlari keluar dari kamar diraja. Knight Harry masih melutut menanti arahan selanjutnya dari sang raja. "Kita perlukan seorang perawan! Ya.. Perawan. Ayahanda pernah berpesan.. Hanya seorang perawan mampu menyelesaikan masalah besar negara ini, sekiranya batu sakti itu dicuri!" *** "Bayar sewa atau keluar dari sini? Ini perniagaan keluarga kita, kak. Pasti ada jalan! " - Leo, anak pemilik Kedai Buku Phoenix. "Gilerr la Tuan! Saya mana pernah buat benda-benda tak senonoh tue. Macamana saya nak lukis sebuah komik genre erotis dalam masa 2 bulan! Mati la gini!" - Alysha, manga artist genre romantik komedi Syarikat Razz *** Alysha dan Leo terjerat. Tetapi... Kerana satu takdir yang tertulis, telah menemukan mereka di satu dimensi yang lain. THUVARIA... SEGALANYA BERMULA DI SINI... Start : 6 MAY 2019 End : Cover by : SashaChubby -------------------------@@@--------------------------- WARNING! Individu di bawah umur 18 tahun DILARANG sama sekali membaca kisah di atas! DILARANG PLAGIAT atau CIPLAK hasil karya aku! Sapa Ciplak, aku TIDAK HALALKAN dan SUMPAH hidup kau tidak akan aman di dunia ini! Muhasabah diri untuk mencari idea sendiri, bukan memeras keringat author lain! - SashaChubby
Bila Malam Tiba... by Yeenarissara
Yeenarissara
  • WpView
    Reads 360,876
  • WpVote
    Votes 12,651
  • WpPart
    Parts 48
Nathella Dawson itu gadis biasa, berpakaian sederhana tapi mempunyai cita-cita yang luar biasa. Pindahnya dia dan ayahnya ke rumah peninggalan arwah atuk dan neneknya telah mengubah seluruh hidupnya. "Entah mimpi atau realiti.. Kau rasa dia datang , sangat dekat , mencium dan memelukmu . Apa yang kau fikir tentang perkara itu? Abuja? BatMan? Vampire? Atau Orang minyak ?" - Nathella Dawson . . 🔞🚫 . . . 29 Dec 17 - 02 July 18 [END] #1 in mystery/thriller (19/05/2018) WARNING : Baca ikut kesesuaian umur ok .. Cerita Ini di tulis Oleh saya sendiri, tercetusnya idea setelah mendengarkan : ( JAMPI win of AJL - Hael Husaini ) jika ada kesamaan dengan cerita anda atau orang lain , mungkin itu hanya satu kebetulan . Suka Saya ingatkan untuk tidak plagiat atau copy paste cerita ini . Kalau nak pun sila minta keizinan :) . 29 Dec 17 - 02 July 18 S2 08 Sept 19 -
SIHIR by kuanaaayy
kuanaaayy
  • WpView
    Reads 78,023
  • WpVote
    Votes 3,011
  • WpPart
    Parts 8
[TAMAT] Perjanjian kufur ditanda janji, Sihir pemisah suami isteri, Janin sulung diseksa mati. "Makcik sampai tersilap letak garam dalam air teh sebab sambil bancuh air tu makcik baca cerita ni" -- makcik siti "Akak muntah dan pening lepas baca cerita ni. Bila pergi jumpak doktor, akak disahkan mengandung" -- kak ros "Malam tu abang shift malam. Sementara tunggu nak balik kerja tu abang baca lah cerita ni. Tengah malam pukul 3 pagi abang balik tiba-tiba motor abang berhenti. Tak boleh start! Seram gila rasa. Baru abang perasan minyak motor abang habis. -- abang zamani Best Wattpad achievement: 1️⃣ in #sihir 1️⃣ in #hantu 2️⃣ in #lawak 2️⃣ in #seram Thank you everybody
Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 5 ) (COMPLETE) by MsQiey
MsQiey
  • WpView
    Reads 43,759
  • WpVote
    Votes 763
  • WpPart
    Parts 16
Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupun remaja. Idea untuk menulis novel mistik SBDJ ini adalah untuk menaikkan jualan majalah Variasari. Ketika itu beliau berusia 40-an dan mahu serius dalam penulisan. Beliau merasakan perlu merakamkan pengalamannya mengikuti datuknya, seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak. Pengalaman melihat dan mendengar suara makhluk halus khususnya daripada individu yang dirasuk jin memberi idea untuk beliau menulis. Rumahnya bersebelahan dengan rumah datuknya dan menjadi cucu kesayangan. Setiap kali datuknya pergi mengubat mereka yang kerasukan jin, cucu itu akan dibawa bersama.
Kedua Kalinya by AkuroArishima01
AkuroArishima01
  • WpView
    Reads 398,105
  • WpVote
    Votes 14,986
  • WpPart
    Parts 34
Biasalah diri sendiri digelar Doktor Cinta padahal sekali pun tidak pernah bercinta. Itulah diri Arisya Qistina. Malangnya bukan saja dalam mencari percintaan, malah zaman persekolahannya juga sungguh malang. Tidak berhenti hanya disitu. Sedang mencari aspirasi baru di peringkat yang lebih tinggi, 'penyebab' malangnya itu turut hadir kembali. Biasalah juga orang kata itu jodoh. Biasa juga orang yang kena tu kata itu adalah bodoh bukan jodoh. Well, kali ini Arisya tidak sebodoh itu lagi. Time to war back at you, Tengku Farish! *Known as kalau dah jodoh tak kemana la bro √BEST ACHIEVEMENT√ ~Teen Fiction #10~