Angkat Bakul Sendiri Fav💞
4 stories
Secret Behind The Midnight by MissAnnonymes
MissAnnonymes
  • WpView
    Reads 41
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 1
Waktu sentiasa berdetik, Dari satu angka ke angka yang lain, Tapi hatimu belum berdetik, Untuk tidak lagi jadikan aku taruhanmu. ------------------------------------------------------ Apakah simbolik dengan dua belas tengah malam? Magis Cinderella hilang ketika jarum jam menunjukkan detik itu yang lantas menukarkan Cinderella yang anggun dalam gaun indah kepada seorang gadis comot berbaju compang-camping. Detik itu ibarat pengantara antara dua dunia. Cantik dan hodoh. Tapi ini bukan kisah milik Cinderella. Tetapi milik gadis yang berperlakuan bendul dan lurus yang akan bertukar menjadi seorang pengintip berkaliber apabila waktu menjelang tepat dua belas tengah malam. Danish Wong: Seorang ahli korporat muda yang memiliki segalanya. Sangka para wanita dialah knight in shining armor, tetapi sebaliknya dialah devil in angel suit. Dia memikul satu tugas yang besar di mana nyawanya menjadi galang ganti andai tugas itu menemui kegagalan. Tetapi dia punya back up plan yang sudah dirancang sempurna. Dia terlalu muda untuk mati disebabkan itu, jadi apa salahnya dia mempertaruhkan nyawa orang lain! "That stupid kampung girl sounds good. Sekurang-kurangnya taklah rasa menyesal kalau dia mati. Plus with brain that I doubt if she has one, I bet it will be so much easy to persuade her". -Danish Wong- Khairul Zinnirah: Satu-persatu kehancuran dilihat olehnya di depan mata termasuklah pemergian ibu dan ayahnya. Dengan kekuatan yang masih bersisa, dia nekad untuk memulakan pemburuan mencari seseorang. Ya! Ibu dan ayahnya dibunuh. Pembunuh itu perlu dicari dan dikejar hingga ke lubang cacing. Pemburuan Zinnirah bermula dengan starter nya ialah Danish Wong. "Awak nak kahwin dengan saya? Kenapa? Saya rasa saya tak cantik, tak kaya dan yang penting saya cleaner kat sini je. Awak jatuh cinta pandang pertama kat saya, ye?Hehehe". -Khairul Zinnirah-
Hanya Aku Yang Tak Mampu by MissAnnonymes
MissAnnonymes
  • WpView
    Reads 100
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 6
Bukan hatimu yang terus tiada aku Tapi kerna aku yang tak mampu ada di hatimu. --------------------------------------------------------------- Tuan Mohd Rafiqin Haikal: Dia hanya mampu mencintai seorang itu saja. Tidakkah terpampang buktinya? Mereka telah bersama lebih daripada 10 tahun. Fakta itu membuktikan bahawa mereka tidak mungkin dan tidak akan mampu berpisah. Biarlah semua orang menganggapnya mempunyai selera yang aneh! Balinglah najis sekali pun, kutuklah seburuk mana sekalipun, dia tetap nombor satu di hati Rafiqin. "Maaf. Aku harap kau tak mengharap lebih. Hakikatnya kita hanya strangers". Khairul Zinnirah: Andai dia tahu dengan berita yang diberitahunya itu menyebabkan dia dipaksa relakan untuk bernikah, dia pasti hanya menutup mata melihat sepasang kekasih di Villa Saujana itu. Perkahwinan yang disangkanya hanya tercatat di atas kertas akhirnya meninggalkan dia dengan sebuah tanggungjawab yang besar dan terlalu sukar. Buru cinta si suami! "Saya tahu di mana layaknya saya. Tetapi saya dah jatuh cinta dengan keluarga baru saya. Saya tak akan mungkin menghampakan mereka".
Aku Bukan Charming by MissAnnonymes
MissAnnonymes
  • WpView
    Reads 36
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 1
Begitu jijikkah aku? Sehingga tidak dipandang sebagai seorang manusia? Begitu hinakah aku? Sehingga menjadi korban cita-citamu? ----------------------------------------------------------------------- Kim Ji Ahn: Rahsianya sebagai ketua kumpulan rahsia, Charm7 disimpan rapi dengan berselindung di sebalik identiti kumpulan idol lelaki Korea, Charming. Dia dijolok dengan gelaran The Heartless One kerana sikapnya yang dingin dan tidak bersimpati. Apabila bersifat sedemikian, golongan wanita dan kanak-kanak juga dilayan sama. Tiada beza! "You want your sister back and at the same time we want our secret data back. So, we will help you with the exchange, your life". -Kim Ji Ahn- Nur Ulya: Sakura bermusim lagi dan betapa dia gembira untuk menyambutnya bersama kakaknya, Aulia di Furukawa ini. Namun, harapan tinggal harapan apabila kakaknya diculik di depan mata tanpa dia mampu berbuat apa-apa. Kekesalannya tak terluah. Dirinya disalahkan. Dia berjanji untuk mencari kakaknya walapun dia terpaksa mengorbankan dirinya sendiri. "236 here. This place is safe right now. No one is wandering here. But...wait...There is something in the dark like a light. Red one....No!Don't come here! There's a bomb!". -Nur Ulya-
It Ends Without Words by MissAnnonymes
MissAnnonymes
  • WpView
    Reads 1,489
  • WpVote
    Votes 100
  • WpPart
    Parts 32
Andai warna mampu menggambarkan aku Aku ialah hitam Andai kata juga mampu menggambarkan aku Aku ialah pendosa. ---------------- Hati ialah tuan kepada jasad. Hati yang penuh dengan kasih sayang menjadikan tuannya seorang yang penyayang. Tetapi andai hati itu dipenuhi dendam, apa yang terjadi kepada tuannya? Muhammad Adam Daniel: Seorang pendendam yang tega kerana kisah silam yang masih menghantuinya. Namun kenapa dia tidak memilih untuk memaafkan andai itu buat jiwanya tenteram? "Giving up my abhorrence towards you do not give me any relief" Nur Humaira: Gadis pendiam yang menjadikan kekasaran sebagai sebuah perisai diri. Seorang mangsa dendam Adam yang dia sendiri tidak menyedari. Hidupnya tidak semanis namanya. Perjalanan hidupnya tragis dek rahsia yang disimpan. Dia ingin mengubah hidupnya. Tetapi bagaimana? "Saya dah tak nampak jalan pulang untuk saya" Mampukah Adam memaafkan Maira? Dan mampukah Maira mencorakkan hidupnya semula dengan pelangi pelbagai warna?