MiszTyqah's Reading List
7 stories
Sayangku Mia by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 244,455
  • WpVote
    Votes 4,505
  • WpPart
    Parts 15
Hidup Tengku Zharif Iskandar a.k.a buaya darat Malaya dikelilingi dengan ramai perempuan. Istilah cinta sudah lama terpadam dari kamus hidupnya. Yang tinggal hanyalah dendam semata-mata. “Aku belum jumpa perempuan yang mampu buat jantung aku berdegup kencang, hati aku ni pula berdebar-debar setiap kali berhadapan dengan dia, mampu buat aku tak lupakan dia walau sesaat dan dia akan menyebabkan aku makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena.” – Tengku Zharif Iskandar Namun, kehadiran seorang gadis telah mengubah segala-galanya. Cinta yang telah lama terpadam kini kembali dalam hatinya. Dari buaya bertukar menjadi burung peliharaan. “Awak yang buat saya gila, Mia. Saya tergila-gilakan awak. Orang cakap kalau nak anak, kena tackle mama dan papa dia dulu. Sekarang ni saya tengah tackle hati papa dan mama mentua saya la.” – Tengku Zharif Iskandar “Helo, Encik Iskandar. Saya tak kesahlah siapa awak. Buaya darat ke, buaya tembaga ke ataupun buaya emas. Saya sikit pun tak hairan lelaki macam awak ni. Sekali saya petik seribu yang datang. Yang pasti, mereka bukan buaya macam awak. Lagi satu, jangan berani nak sentuh saya lagi,” – Damia Qalisya
Alergi Mamat Romantik by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 127,244
  • WpVote
    Votes 2,686
  • WpPart
    Parts 15
Kerjaya sebagai penulis novel separuh masa secara rahsia, hal ini membuatkan dunia Nurul Kaisara bergelumang dengan ayat-ayat bergula. Pembaca kata, hero kena sweet, barulah cerita jadi best! Tapi bagi Kaisara cukuplah jika bakal imamnya memenuhi dua kriteria. 1. Bukan kawan baik. (Pernah bercinta separuh jalan dengan kawan baik.) 2. Bukan lelaki romantik. (Lelaki mulut manis biasanya kaki perempuan.) Lalu muncul pula peguam baru di ofis Kaisara. Habis dibangkang kriteria lelaki idaman Kaisara yang langsung tak masuk akal. Satu insiden telah terjadi. Rupa-rupanya Arjuna ni adalah peminat novel-novel Kaisara. Notis ugutan dilayang. Kaisara kena ajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara. Jika Kaisara menolak, identiti sebagai penulis akan dibocorkan. Takut rahsianya terbongkar, tawaran untuk mengajar subjek 'romantik' diterima tanpa rela.
The Greatest Of Destiny by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 44,103
  • WpVote
    Votes 665
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: The Greatest Of Destiny! Penulis: Al-Wahyu Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-53-1 Harga: RM26 (Semenanjung) // RM29 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni ALISA ZAHIRA ialah gadis beauty with brain! Dia terpaksa membatalkan perkahwinannya dengan Asyraf Kamil pada saat-saat akhir gara-gara perkara aib yang menimpa lelaki itu. “Awak jangan tertipu, Alisa! Saya memang tidak kenal langsung dengan perempuan tu! Saya diperangkap!” - ASYRAF KAMIL “Soal siapa perangkap siapa, buat masa ini tidak penting, Asyraf! Ya! Saya boleh terima yang awak nak cakap perempuan itu perangkap awak! Tapi suka atau tidak, perempuan tu telah mengandungkan anak awak! Benih awak, Asyraf! Awak bapa kepada anak itu!” - ALISA ZAHIRA Alisa Zahira akhirnya terpaksa akur dengan suratan takdir. Dia bersetuju untuk mengahwini lelaki bernama Nasih Mikael bagi menutup malu keluarganya akibat perkahwinan yang tidak jadi itu. Nasih Mikael? Lelaki itulah yang pernah menolak cintanya di bumi Melbourne dulu. Kini lelaki itu muncul menagih cintanya kembali. Dan kemunculannya tepat pada masanya. “Awak ni memang tak pernah kenal sifat putus asa, ya?” - ALISA ZAHIRA “Perkataan putus asa tidak pernah ada dalam kamus hidup saya.” - NASIH MIKAEL “Oh! Really? Kat kedai mana awak beli ‘kamus’ tu?” - ALISA ZAHIRA Tatkala mereka mula merasai kebahagiaan itu, Alisa Zahira mula menghilangkan dirinya apabila mengetahui ada rahsia yang tersimpan rapi di sebalik perkahwinannya. Rahsia yang menyebabkan dia membatalkan perkahwinannya dengan bekas tunangnya dulu.
Backup Cinta by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 81,887
  • WpVote
    Votes 1,664
  • WpPart
    Parts 15
Isha Humaira, sekali pandang hatinya sudah tertawan. Lelaki itu hadir saat jiwanya hampir mati, namun raut wajah itu mengembalikan senyumannya. Biarpun orang akan kata dia gila sebab tenang melihat muka bengis bak harimau kelaparan itu, hatinya masih lagi tertarik. Shahrul Haikal, kerana kecewa dia membawa diri jauh dari Malaysia. Dia gigih membina kerjaya sendiri dan buktikan dia masih boleh berdiri dengan kaki sendiri. Kerana jiwanya yang pedih, dia berubah menjadi lelaki yang angkuh, sombong dan pentingkan diri sendiri. Dibenci oleh adik-adik sendiri, membuatkan sikapnya semakin dingin. Pertemuannya dengan Diana Humaira saat pulang ke tanah air, membuatkan dia mengambil satu keputusan dalam hidupnya. Wanita itu ialah perempuan paling layak untuk menjadi isterinya walaupun tanpa cinta. Diana Humaira, kisah semalam membuatkan dia bertegas melindungi diri sendiri. Usah bicara tentang cinta kerana cinta itu hanya kosong baginya. Hanya menyakitkan! Kehadiran Shahrul yang sering kali mendesaknya membuatkan dia bengang. Cinta? Itu bukan dirinya! Kerana satu salah faham, Isha, Shahrul dan Diana terperangkap dalam permainan yang mereka ciptakan sendiri. Diana egois, Shahrul selfish dan Isha yang positif. Will you marry me? - Shahrul Haikal Penipu! Siapa yang awak cinta sebenarnya? - Diana Humaira
VVIP Dihatiku by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 77,582
  • WpVote
    Votes 1,780
  • WpPart
    Parts 15
Perigi mencari timba? Ya, itulah yang dilakukan oleh Airin Nadia dalam menjalankan misi untuk mendapatkan lelaki idamannya. Dia tidak kesah untuk memikul gelaran itu kerana jodoh perlu dicari, tidak boleh duduk diam. Jika dia tidak mulakan, sampai bila-bila pun lelaki idamannya itu tidak akan tahu isi hatinya. “Fiq, boleh aku tunggu sampai kau balik?” – Airin Nadia “Tunggu aku? Untuk apa?” – Fiqri Aiman “Saja. Nak membazirkan masa.” – Airin Nadia "Tunggulah. Insya-Allah it will worth for us.” – Fiqri Aiman Namun, harapan dan penantian Airin Nadia musnah tatkala lelaki yang dicintainya itu kembali kepada kekasih lamanya, Syasya. Ketika itu pula, munculnya Tengku Haikal yang sangat menyayangi Airin Nadia. Dek rasa sedih dan kecewa dengan lelaki idamannya itu, Airin berusaha memberikan peluang kepada Tengku Haikal. “Airin Nadia, I love you. Kal tahu Kal bukanlah lelaki yang terbaik untuk Rin tapi Kal harap Rin boleh beri Kal peluang. Izinkan Kal untuk memiliki hati Rin?” – Tengku Haikal Dua kali Tengku Haikal melamar Airin dan sebanyak kali itu jugalah hati Airin berbelah bahagi untuk menerima. Sehinggalah Airin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke Melbourne, kota yang dihuni oleh cinta pertamanya. Dia tidak mampu membohongi diri sendiri dengan menciptakan alasan kedatangannya ke kota itu hanya untuk belajar, kerana hatinya itu masih bergetar walaupun hanya saat nama Fiqri Aiman disebut. Tajuk: VVIP Di Hatiku Penulis: Fatin Hassan Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-79-2 Harga: RM27(Semenanjung) // RM30(Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni
[COMPLETED] Promise (Kai EXO fanfic) by Park__Jisoo
Park__Jisoo
  • WpView
    Reads 98,111
  • WpVote
    Votes 6,777
  • WpPart
    Parts 42
#323 on Fanfiction [200118] #247 on Fanfiction [210118] #129 on Fanfiction [090318] Perlanggaran secara tidak sengaja mewujudkan perasaan cinta di hati masing². Kai seorang idola Korea yang terkenal di serata dunia. Kalau ditanya peminat perempuannya 'adakah awak mahu Kai menjadi teman lelaki awak ?' pastinya mereka semua bersetuju. Kai mempunyai paras rupa yang sangat kacak. Haera,seorang gadis biasa yang didera oleh ibu tirinya setelah ibu bapanya meninggal. Dia mempunyai hati yang sangat baik. Dengan sikap rendah dirinya. Sejak dia dihalau oleh ibu tirinya,dia tiada hala tuju sehinggalah dia berjumpa dengan Kai. Kai membawanya pulang ke dorm EXO. Di sebuah taman berdekatan dengan dorm EXO ialah saksi Haera menjadi teman wanitanya. Kai ada mengucapkan kata² janji. "Saya janji,saya takkan lepaskan awak walau apapun yang terjadi" Namun,janji²nya itu hancur disebabkan satu tragedi yang berpunca salah faham. "Kim Jongin..Awak mungkir janji awak.."
Luhan, My Arrogant Husband by hazelmintsss
hazelmintsss
  • WpView
    Reads 418,300
  • WpVote
    Votes 12,437
  • WpPart
    Parts 67
What happened when your beloved grandfather who took care of you since you were a little kid finally breathed out his last breath? And what happened when you realized that he had actually arranged a marriage for you before he died? What did you think or how did you feel at that time? Would you accept that marriage? Or you just simply denied it because you thought that it was just a simple promise made by both family a long time ago?