Repangze03's Reading List
85 stories
𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐆𝐢𝐛𝐫𝐚𝐧 (𝐁𝐚𝐤𝐚𝐥 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐢𝐭) by lvndrella
𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐆𝐢𝐛𝐫𝐚𝐧 (𝐁𝐚𝐤𝐚𝐥 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐢𝐭)
lvndrella
  • Reads 15,507
  • Votes 717
  • Parts 2
Sebarang update, penulis akan inform di instagram: @Lvndrella 🦋
(C) HUD ESHAN: CODE NAME SHADOW (unedited) by mawarputih58
(C) HUD ESHAN: CODE NAME SHADOW (unedited)
mawarputih58
  • Reads 874,685
  • Votes 35,777
  • Parts 69
Hud Eshan, seorang lelaki yang berpangkat leftenan kolonel (U) di pangkalan udara bukit Jugra. Dia sangat ditakuti di medan perang. Arif dalam menggunakan senjata. Digeruni, di takuti tetapi rakan yang paling rapat saja yang bertapa gilanya perangai dia. Hidup dia memang di abadikan hanya untuk pekerjaannya. Dia juga salah seorang anggota dari unit pasukan tindakan khas TUDM (paskau) Perkahwinan? Langsung dia tak terfikir. Sehingga muncul seorang gadis. Tak tahu apa kena dengan gadis itu. Gadis itu lalu depan mata dia pun dia rasa nak marah. Pelik. Hani Manisha. Gadis bekerjaya dan baru beberapa tahun menamatkan pendidikan Ijazah Sarjana Muda. Pertemuan dengan seorang lelaki yang bernama Hud Eshan menjentik naluri ingin memilik dalam diri Hani. Walaupun hanya nampak mata. Dia tetap mahu lelaki itu manjadi miliknya. Perigi mencari timba. itulah gelaran untuk Hani ketika ini. Adakah hubungan yang di mulakan oleh wanita dahulu akan kekal lama atau sebaliknya? She fell first and he? Nota kaki: Sentiasalah sabar menunggu saya update. Saya tunaikan yang mana nak saya buat cerita di sini.
APRICITY | OG by itstheqiel
APRICITY | OG
itstheqiel
  • Reads 25,304
  • Votes 1,802
  • Parts 21
【BOOK 2】 (n.) - The warmth of the sun in a cold winter's day. "Literally a carbon copy of Darwin Naufal, but with Amelda Iris's attitude" Kata-kata itu sudah terlalu biasa buatnya. Senyuman palsu, lensa kamera yang tak pernah berhenti mengekori-semuanya datang tanpa dipinta. Keterkenalan yang wujud hanya kerana dia dilahirkan sebagai anak kepada dua ikon terkenal dunia. Dean Anmir, pewaris sebuah empayar perniagaan dan anak sulung kepada pelakon lagenda, membesar dengan bayangan masa lalu ibunya yang penuh luka. Trauma melihat ibunya bertarung dengan kesempurnaan sekaligus merasakan dirinya adalah beban keluarga, menjadikannya seorang lelaki yang memendam segala rasa dan sentiasa mempersoalkan kelayakannya dalam sesuatu perkara. Perkahwinan tanpa cinta bersama Arabella Erysha bermula atas dasar saling membantu-Dean melunaskan hutang Bella, dan Bella membantunya mencari jalan untuk merawat luka emosinya. Namun, Bella tidak sekadar memenuhi perjanjiannya. Dia membawa kehangatan ke dalam hidup Dean yang dingin, menyentuh hati lelaki itu dengan cara yang tidak pernah Dean jangkakan. Walau begitu, rasa bersalah dan ketakutan terus menghantui. Hinggalah satu tragedi membuka mata Dean, memaksa dia memilih antara terus tenggelam dalam bayangan silam atau berjuang untuk kebahagiaannya bersama Bella. Mampukah Dean melepaskan masa lalu yang membelenggu dan membuka hati kepada peluang baru? Atau adakah dia akan terus membiarkan kebahagiaan itu berlalu begitu sahaja?
LOVE & YOU (TERBIT) by Lollysnow
LOVE & YOU (TERBIT)
Lollysnow
  • Reads 532,888
  • Votes 3,264
  • Parts 2
Penyatuan dua insan bukan sekadar lafaz dan saksi. la adalah ikrar suci antara dua jiwa yang tidak selalu sehaluan. Maka, bagaimana agaknya kisah apabila dua hati yang belum pernah saling mengenal, dipertemukan dan disatukan oleh takdir? Masa lalu telah mengajarnya untuk tidak lagi mengikat hatinya pada sesiapa. Dia serik. Tak mahu lagi berulang. Namun, garis kehidupan berkata sebaliknya apabila dia tiba-tiba dilamar oleh seorang lelaki untuk anak gadisnya. Azmir Izzudin buntu. Ikutkan hati mahu menolak, tapi ada satu alasan memicu keputusannya untuk menerima lamaran itu. Dia, Tia Adriana, anak tunggal Tuan Adha. Dimanjakan sejak kecil dan dibesarkan dengan segala perkara yang sempurna. Sifatnya manja dan keras kepala, sungguh berbeza dengan Azmir yang lebih sukakan ketenangan. "I bagi peluang you lari." - Tia "Kenapa awak je yang tak lari?" - Azmir Kerana tiada siapa yang melarikan diri malam itu, akhirnya Azmir pasrah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tanpa sedar, dia turut menerima hakikat bahawa ketenangan yang dinikmatinya selama ini bakal tergugat kerana sifat mereka yang bertentangan. Ada sahaja perbalahan yang tercetus. Jika Tia api yang marak, Azmir pula minyak gasnya. Sudah tahu gadis itu mudah meletup, dicucuh pula kesabarannya. Bagi Tia, Azmir menganggapnya seperti budak-budak. Bagi Azmir pula, Tia terlalu suka membentak. Di sebalik ketidaksamaan itu, masih wujud sesuatu yang mengikat mereka antara satu sama lain. Azmir perlukan Tia. Tia perlukan Azmir. Mampukah sebuah ikatan yang lahir tanpa cinta terus utuh menongkah badai waktu? Bagaimana dengan masa lalu Azmir? Bolehkah Tia menutup mata, dan terus mempercayai bahawa lelaki itu adalah cinta pertama dan selamanya? "I dah buang apa yang patut dibuang, dan I kembalikan apa yang tak patut dibuang." Sem. Malaysia: RM30.00 Sabah/Sarawak: RM33.00
MILIK SHAFIQ AMMAR | BAKAL E-BOOK by missraisha_
MILIK SHAFIQ AMMAR | BAKAL E-BOOK
missraisha_
  • Reads 2,737
  • Votes 217
  • Parts 11
[SEKUEL | SYARAT BAHAGIA] Jodoh. Ajal. Maut. Pertemuan. Semua itu terletak di tangan Yang Maha Kuasa. SHAFIQ AMMAR - Seorang doktor muda yang baru sahaja kehilangan isteri yang paling dia cintai. BINTANG ALAINA - Seorang wanita muda yang baru sahaja kehilangan tunang yang amat dia cintai. Entah bagaimana gambaran yang sesuai untuk mereka. Seperti kucing dengan anjing. Seorang setenang lautan dan seorang lagi begis seperti seekor singa yang lapar. Pendek kata, masing-masing ada ego yang tinggi sehingga menafikan perasaan sedia ada setelah sekian lama. "Doktor, pernah rasa kehilangan?" - Bintang Alaina. "Mungkin." - Shafiq Ammar.
Mrs. Zaim: Truly, Madly, Deeply by thefatiha__
Mrs. Zaim: Truly, Madly, Deeply
thefatiha__
  • Reads 11,263
  • Votes 1,231
  • Parts 3
ISA ZAIM × HIRANUR JAMILYA
Tempat Sempurna by Lollysnow
Tempat Sempurna
Lollysnow
  • Reads 5,583,297
  • Votes 286,940
  • Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*
SAPPHIRE (Siri Permata #1) by AnjellHomosapien
SAPPHIRE (Siri Permata #1)
AnjellHomosapien
  • Reads 272,142
  • Votes 20,754
  • Parts 23
Siri Permata #1 (Gemstone Series #1) An Arranged marriage. A revenge. Ini adalah kisah Nickolai D'Ambrusio x Serafina/Sapphire Varano.
FLYING TO YOUR HEART by EllaAffandy
FLYING TO YOUR HEART
EllaAffandy
  • Reads 265
  • Votes 26
  • Parts 2
Si bujang terlajak, Yusof yang ditunangkan dengan gadis pilihan keluarga yang perangainya sedikit bertentangan dengan dirinya.
AKU CINTA by ShiroeSherry
AKU CINTA
ShiroeSherry
  • Reads 54
  • Votes 8
  • Parts 7
Afeeya - Kehidupannya berubah kelam selepas pemergian Adam. Dalam hati mengaku reda tetapi hakikatnya dia seperti 'hilang'. Aizad - Disebabkan satu permintaan, dia pulang. Kepulangannya mengubah seluruh kehidupan dia dan Afeeya. Dua tahun berlalu... Afeeya pulang setelah pergi mencari diri dan semangatnya yang pernah 'hilang' suatu ketika dahulu. Dia sudah pulih. Dia tidak mahu lagi menyusahkan Aizad. "Selama kita kahwin pun, kita seperti bukan pasangan suami isteri. Jadi Feeya rasa eloklah kita selesaikan urusan kehidupan kita yang tak ada arah tujuan ni." - Afeeya "Cuba dulu. Rasa boleh atau tak boleh tu kita bincang kemudian." - Aizad. Aizad menolak mentah-mentah cadangan Afeeya. Sebagai seorang suami, sudah cukup dia beralah dengan Afeeya. Kini giliran Afeeya untuk kembali kepada dia dan sama-sama cuba selamatkan rumah tangga mereka berdua. Kata Afeeya, tidak ada lelaki lain yang bertahkta di hati melainkan nama Adam. Kata Aizad pula, hati mereka berdua milik Allah. Sekali Allah jentik hati dia dan Afeeya, tidak mustahil mereka akan bahagia bersama. Tempoh enam bulan akan menentukan sama ada mereka akan terus bersatu atau berpisah. Akankah bahagia bakal menjadi milik Aizad dan Afeeya?