mis-pink's Reading List
184 stories
TENGKU ZAEL HALVARD: MY CARIÑO by carino_darlingzz
carino_darlingzz
  • WpView
    Reads 6,331
  • WpVote
    Votes 106
  • WpPart
    Parts 20
Kalau aku kata kau milik aku, Cariño... jangan persoalkan. Sebab aku tak pernah berkongsi. Tengku Zael Halvard bukan sekadar CEO kepada Halvard Legacy Holdings - dia juga pemilik dunia gelap yang tak terjangkau akal manusia biasa. Lelaki berdarah campuran Melayu-Sepanyol itu menyimpan rahsia yang hanya diketahui oleh mereka yang berani hidup di antara bayang-bayang dan peluru. Dingin, kejam, dan mematikan - dia mencipta empayar dari darah, kuasa, dan bisnes yang tak sah di sisi undang-undang. Namun segala aturan hidupnya yang sempurna runtuh bila Aulia Maisarah hadir kembali dalam hidupnya - seorang gadis biasa yang pernah menjadi saksi tragedi yang telah menghancurkan keluarganya. Demi satu rahsia lama, dia memaksa Aulia menjadi isterinya. "Nikah dengan aku, atau tengok keluarga kau musnah." Aulia terpaksa akur. Tapi perkahwinan itu bukan tiket ke bahagia. Ia adalah perang emosi. Dia diseksa dengan dingin, dibakar dengan cemburu, dan dipenjara dalam istana mewah yang sepi. Tengku Zael bukan suami biasa. Dia seorang pemilik. Dan Aulia? Hanya "Cariño" yang perlu tunduk, diam, dan belajar mencintai luka. Namun dalam ketegangan itu, cinta yang tidak sepatutnya mula bercambah. Luka masa silam terbongkar satu per satu. Siapa sebenarnya Aulia dalam sejarah hitam keluarga Halvard? Dan kenapa walau dalam marah dan dendam, hati Zael tetap pulang kepadanya? "Aku benci tengok kau menangis... Tapi aku lebih benci bila kau senyum pada orang lain." Bila cinta bertembung dengan dendam, siapa akan menang? Adakah cinta akan memaafkan segalanya? Atau adakah kisah mereka berakhir dengan darah... dan air mata?
𝗥𝗮𝘆𝘂 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗸𝘂 | 𝙍𝙚𝙫𝙖𝙢𝙥 by 0nlynuhaa
0nlynuhaa
  • WpView
    Reads 342,063
  • WpVote
    Votes 9,561
  • WpPart
    Parts 22
"Rayu padaku, walau sekali... dan aku akan kembali seribu kali." Nur Nadia Safeeyah dan Tuan Thaqif Hayyan membesar sebagai sahabat kecil yang selalu bersama tetapi akibat desakan hidup, keluarga dan masa yang memisahkan pertalian mereka. Dan apabila mereka bertemu kembali, kedua-duanya sudah berubah. Thaqif Hayyan, beliau kini akan menjadi seorang pemilik syarikat yang ternama, manakala Nadia pula cuma wanita biasa yang menyimpan luka lama. Tanpa disangka sesiapa tetapi disangka oleh takdir, mereka dikahwinkan dalam keadaan rahsia. Mulanya, mereka hidup bersama dengan bahagia yang mana ianya penuh dengan gelak tawa, cemburu manja dan rutin kecil yang mendamaikan. Tetapi tanpa angin tanpa ribut, segalanya mula berubah apabila satu pendrive muncul. Satu nama lama kembali. Dan satu kebenaran terbongkar. Dan saat itu, Nadia mula sedar bahawa cinta yang selama ini dia peluk erat ialah terbina di atas sebuah pembohongan. Dia pergi. Tanpa pesan. Meninggalkan Thaqif yang meratap dalam diam selama tiga tahun lamanya. Tetapi, cinta mereka tidak pernah mati. Thaqif kini bukan lagi lelaki yang dulu. Di balik kekuasaan dan kejayaan, dia masih mencari wanita yang mencuri jiwanya sejak kecil lagi. Dia rela tunggu dan terus menunggu walau selamanya. Kerana bagi Thaqif, cinta yang suci adalah hadir daripada jiwa yang suci jua. "Kalau awak tak sudi pandang saya sebagai suami, pandanglah saya sebagai lelaki yang pernah jatuh cinta pada awak sejak pertama kali kita bertemu." - Thaqif Hayyan. - Minta budi baik akak cantik manis dan adik tampan bergaya supaya tidak plagiat story saya ini ye😊 Kalau saya dapat tahu, maaf sangat. Saya terpaksa ambik tindakan ye☺️ Cerita ini 100% daripada idea seorang gadis Introvert ini iaitu saya👀 Jadi harap maklum ye sayang saya. Harap sangat titik peluh, lena malam saya yang dicuri akan dihargai💞🫂
Rejuvenate Love [C] by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 57,431
  • WpVote
    Votes 2,163
  • WpPart
    Parts 61
SINOPSIS Noah Khan - Seorang pemilik kafe dan doktor Psikologi yang berdedikasi, lelaki yang pada awalnya tidak mahu mencari pasangan hidup. Namun, takdir mengubahnya, dia menjadi seorang lelaki yang terluka kerana cinta manusia. Raja Hannah Eliana - Doktor pakar bedah dan bakal menjadi pemegang syarikat hospital empunya datuknya. Dia seorang yang berbakat, wanita penuh ego, keras hati, dan penuh rahsia. Cinta mereka bermula dari pertemuan tidak dirancang. Disulami ketawa, salah faham, dan janji-janji manis. Namun, cinta yang dibina akhirnya runtuh dek kesilapan, keangkuhan, dan ego masing-masing. Hannah menghilang tanpa jejak ke Perancis, meninggalkan Noah terkapai-kapai dalam luka dan kemarahan. Bertahun kemudian, takdir menemukan mereka semula. Noah kini tunangan Zeera, wanita yang pernah menjadi pengganti sementara dalam hidupnya. Hannah pula kembali, bukan untuk merayu cinta, tetapi untuk menebus dosa dan mungkin, mencintai semula dengan cara yang betul. Namun, cinta yang lama tak semudah itu kembali pulih. Tersimpan di sebalik mata Noah adalah benci yang berselindung di balik rindu. Sementara Hannah terpaksa berdepan dengan masa lalu yang menghantuinya, termasuk kisah pengorbanan Ishaan, lelaki yang menyelamatkannya dengan nyawa sendiri. Dugaan demi dugaan menguji mereka. Dari pertengkaran, fitnah, sehingga ke perpisahan yang hampir kekal. Tetapi apabila cinta itu benar, ia akan kembali dalam cara paling tidak terduga. Saat Noah akhirnya tahu kebenaran, dia sedar... dia tidak pernah berhenti mencintai Hannah. Dari kejatuhan, mereka bangkit. Dari luka, mereka membina harapan baru. "Rejuvenate Love" adalah kisah tentang bagaimana cinta sejati tidak pernah salah alamat. Ia hanya mengambil masa, air mata, dan keberanian untuk sampai ke takdirnya. Ia adalah tentang memaafkan, memilih semula, dan membina semula untuk cinta yang tidak pernah mati.
Kapten Fajar Aiman : Misi Batal Kahwin! by FufulieyaMat
FufulieyaMat
  • WpView
    Reads 1,135
  • WpVote
    Votes 117
  • WpPart
    Parts 3
Sepanjang umur hidupnya, Nadra Aisya tidak pernah bermimpi untuk berkahwin dengan seorang askar. Dia tak suka, dia anti! Stereotaip tentang askar mudah curang itu melekat kemas dalam otaknya, tak suka! "Tak fahamlah apa yang dorang minat sangat pasal askar ni? Hype je lebih, bukan ada apa pun. Tak setia pula tu." -Nadra Aisya. Dek kerana penat melayan Hajah Nadiah yang asyik membebel pasal dia yang tak ada rasa nak berkenalan dengan lelaki, dia beritahu saja mamanya untuk carikan dia calon, kononnya lebih berkat! Lebih afdal! Pertama kali bersua muka dengan ustaz di kampungnya tu, Nadra sudah jatuh hati walaupun dia rasa dia tak adalah baik mana untuk jadi isteri seorang ustaz tapi tak apalah, dia redha bila Hajah Nadiah nak jodohkan dia dengan Ustaz tersebut. "Saya jarang nampak ustaz dekat kampung ni, kerja apa?" - Nadra Aisya "Saya kerja biasa-biasa je. Mengajar juga."- Fajar Aiman. Nadra Aisya rasa bahagia saja bila lelaki yang elok budi pekerti itu akan menjadi suaminya, ada rupa, baik dan jadi bualan orang kampung hinggalah satu hari, dia dapat tahu yang lelaki itu sebenarnya.... ASKAR! "Mama! Adik tak nak kahwin dengan dia! Tak nak! Tak nak! Batalkan pertunangan ni hari ni juga!"- Nadra Aisya. "Saya akan setuju untuk batalkan pertunangan ni kalau awak boleh beri saya sebab munasabah. Kalau tak, your request is not valid Cik Aisya."- Fajar Aiman. Sakit kepala dia jadinya apatah lagi bila Fajar Aiman tidak mahu membatalkan pertunangan tanpa alasan yang munasabah. Jadi mulalah misi batal kahwin yang Nadra Aisya lancarkan untuk memastikan dia tidak terlibat dalam mimpi ngeri yang selalu dia lihat! Namun, disaat itu juga ada rahsia yang Fajar Aiman rahsiakan hingga hampir mengacam nyawa Nadra Aisya. "I told you, Fajar. This is not over selagi aku tak dapat apa yang aku nak."
[TERBIT] Raja for Angel by delilanatasha
delilanatasha
  • WpView
    Reads 1,846,442
  • WpVote
    Votes 38,281
  • WpPart
    Parts 22
BLACK ANGEL SERIES I Pertemuan tidak sengaja di hadapan KLCC membuka lembaran takdir antara Eshal Alaya, pelajar seni bina berjiwa besar dan Raja Ummar, pewaris legasi Black Angel Studio. Hubungan profesional mereka berubah menjadi dilema perasaan apabila Eshal jatuh cinta pada Luqman, abang Ummar sendiri. Ummar yang selama ini setia menanti terpaksa menyaksikan wanita yang dicintainya memilih abangnya sendiri. Eshal pula keliru - di antara cintanya yang bertepuk sebelah tangan, prinsip hidup dan maruah diri. Beberapa tahun kemudian, mereka bertemu semula. Ummar menawarkan pekerjaan dan sekali lagi membuka pintu hatinya untuk Eshal. Bekerja di bawah satu bumbung, hubungan profesional antara Ummar dan Eshal perlahan bertukar menjadi rasa. Tetapi, rasa yang berputik hanya satu arah. Ummar mengharapkan segunung cinta manakala Eshal mahu kekal selesa dengan hubungan sebatas majikan dan pekerja. "Saya rasa encik dah langgar batas yang saya tetapkan. Boleh tak kalau encik hormat keputusan saya?" -ESHAL ALAYA "I respect you, Angeline. Bertahun aku hormat perasaan kau. But don't expect me to keep in silence if you keep pushing me away." -RAJA UMMAR "Apa yang encik nak sebenarnya?" -ESHAL ALAYA "I want you. Let's get married." -RAJA UMMAR Tanpa cinta, Eshal bersetuju untuk berkahwin dengan Ummar. Adakah cinta akan tumbuh dalam janji sebelah pihak? Atau mampukah kesabaran mengubah kejanggalan mereka menjadi rindu? Genre : Romance, Architecture Start: August 2017 End: 2022 TAHUN TERBITAN 2024
𝐇𝐑│Matthew's Queen ©️ by lazysya
lazysya
  • WpView
    Reads 265,748
  • WpVote
    Votes 7,530
  • WpPart
    Parts 52
**•̩̩͙✩•̩̩͙*˚ 𝕰𝖛𝖆𝖓𝖘 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐕𝐨𝐥 𝟏˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚* •𝐅𝐚𝐭𝐞𝐝 𝐒𝐨𝐮𝐥𝐦𝐚𝐭𝐞• 「𝐇𝐢𝐬 𝐑𝐞𝐢𝐧𝐚」 Also known as「𝐅𝐨𝐫𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫 」 Don't be a silent reader... Vote please, bersedekah itu amalan yang baik... ⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅ "𝐑𝐢𝐞𝐧 𝐧'𝐞𝐬𝐭 𝐢𝐦𝐩𝐨𝐬𝐬𝐢𝐛𝐥𝐞 𝐝𝐚𝐧𝐬 𝐜𝐞 𝐦𝐨𝐧𝐝𝐞" I'm selfish. He's only mine- 𝐐𝐮𝐢𝐧𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐢𝐞 I'm possessive. She's mine- 𝐋𝐮𝐜𝐚𝐬 𝐌𝐚𝐭𝐭𝐡𝐞𝐰 𝐖𝐞'𝐫𝐞 𝐦𝐞𝐚𝐧𝐭 𝐟𝐨𝐫 𝐞𝐚𝐜𝐡 𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫 - 𝐋𝐮𝐜𝐚𝐬𝐌𝐚𝐭𝐭𝐡𝐞𝐰 𝐐𝐮𝐢𝐧𝐧𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐢𝐞 ⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅ Their story begins at •𝐇𝐑│𝐌𝐀𝐓𝐓𝐇𝐄𝐖'𝐒 𝐐𝐔𝐄𝐄𝐍• *Semua watak non-muslim *Read with your own risk *Don't plagiat please (Unedited. I know bnyk typo dlm story ni lepas reread. But just ignore it. Mlas nk edit) START : 15 FEB 2023 END : 08 APRIL 2023
C| Raden's Queen by umyhaise
umyhaise
  • WpView
    Reads 1,990,287
  • WpVote
    Votes 61,515
  • WpPart
    Parts 52
[ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 2] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐝𝐞𝐧 𝐈𝐥𝐡𝐚𝐦 <> 𝐄𝐫𝐲𝐧𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚☽︎ Eryna Amanda, seorang gadis yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Namun, nasibya menjadi baik dengan adanya sebuah keluarga yang sudi mengambilnya sebagai 'anak angkat' sejak lahir. Dapat jua dia merasa mempunyai ibu bapa serta seorang kakak yang penyayang. Kewujudan Raden Ilham sebagai tunang kakaknya, Erina Khaisarah membuatkan dia gembira. Gembira kerana lelaki itu berjaya membahagiakan kakaknya. Lelaki itu juga sudah dianggap seperti abang kandungnya sendiri walaupun lelaki itu agak menakutkan baginya. Hari demi hari, kegembiraan dan kebahagiaan yang ada terasa bagai ditarik. Apatah lagi dengan kehadiran lelaki bernama Kasyah yang muncul secara tiba-tiba. Lelaki itu mula mengganggu hidupnya. Gangguan yang pada mulanya sedikit, semakin lama semakin menjadi-jadi bila Eryna Amanda kehilangan kedua ibu bapanya. Siapa sangka lelaki yang dianggap abang sendiri itu terpaksa diterima olehnya sebagai seorang suami? Hanya kerana satu sebab. Sebab yang memberi kesan terhadap diri Amanda hingga mati. Nasibnya sudah berubah sekarang, dia sudah tidak punya apa-apa. Yang ada hanyalah suami yang masih mengharapkan kakaknya. "Diam, Amanda. Kau dan aku. Kita ni sama je, entah dari mana, tiba-tiba muncul dalam hidup orang," -Kasyah "Jangan buat macam ni. Manda cuma ada kakak seorang je sekarang," -Eryna Amanda "Sudah, Amanda. Kau hanya seorang adik bagi aku dan tak lebih dari tu," -Raden Ilham Namun, walau apa pun lelaki itu tetap menjadi pelindung dan tempat dia bergantung. "𝐵𝑒 𝑚𝑦 𝑞𝑢𝑒𝑒𝑛 𝑡𝑖𝑙𝑙 𝑦𝑜𝑢𝑟 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑏𝑟𝑒𝑎𝑡ℎ" started: 31/12/22 ended:01/01/24 ⚠️content warning⚠️ - harsh words - abused content - umyhaise
ZAFRAN'S: His Precious Belle (C) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 1,965,584
  • WpVote
    Votes 88,901
  • WpPart
    Parts 56
TENGKU ZAFRAN & IRENE ISABELLE START : 1 MARCH 2025 END : 7 JUNE 2025 The Grand Elite High School. Dua nama menjadi bualan para pelajar dan guru. TENGKU ZAFRAN ADHA. Pewaris TZ Security yang petah, genius, nakal dan tinggi egonya. IRENE ISABELLE. Pewaris Magical Musicworks berdarah campuran, cantik, bijak dan berprinsip tinggi. "So... you are Tengku Zafran? The second place?" -Irene "And you are... Irene Isabelle?" -Tengku Zafran Pertemuan mereka bukan kisah cinta pandang pertama, tetapi permulaan kepada satu perang kecil yang berpanjangan. Dua pelajar terhebat yang tidak pernah berhenti bersaing demi kedudukan nombor satu. Namun segalanya berubah apabila Irene tiba-tiba menghilang dua minggu sebelum SPM, selepas pemergian bapanya. Meninggalkan Tengku Zafran dalam tanda tanya yang tak pernah terjawab. 13 tahun kemudian, Irene kembali ke Malaysia... dan tanpa disangka, Tengku Zafran muncul semula dalam hidupnya. Bukan sebagai lawan lama, tetapi sebagai pengawal peribadinya. Irene menolak tapi lelaki itu mendekat. Niatnya jelas mahu melindungi Irene, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya disebabkan satu malam, semuanya musnah. Malam yang mengikat status mereka sebagai suami isteri dalam keadaan yang tak pernah mereka pilih. Irene terperangkap dalam trauma dan rasa hilang arah. Tengku Zafran pula dihimpit rasa bersalah, namun nekad untuk memperbaiki semuanya, walau tiada cinta antara mereka. "You ruined me, Zaf. Macam mana you nak expect I hidup dengan you?" -Irene "I know. And I don't deserve your forgiveness. But please Irene... let me spend the rest of my life trying to make things right. Even if it means giving up everything I have." -Tengku Zafran Tiada cinta. Hanya luka, janji dan ikatan. Mampukah dua jiwa yang pernah berlawan, akhirnya belajar untuk berdamai dalam satu ikatan? Dan mampukah cinta lahir... dari malam yang sepatutnya tak pernah berlaku?
DANI'S TEMPTATION (TERBIT) by sopyzm
sopyzm
  • WpView
    Reads 517,164
  • WpVote
    Votes 6,326
  • WpPart
    Parts 12
SPIN OFF TUANKU DAEEN MATEEN ‼️ "𝓘 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓼𝓱𝓸𝔀 𝔂𝓸𝓾 𝓽𝓱𝓮 𝓽𝓻𝓾𝓮 𝓶𝓮𝓪𝓷𝓲𝓷𝓰 𝓸𝓯 𝓱𝓮𝓵𝓵" START : 16 JULY 2024 END : 30 AUGUST 2024