MimiFiruz's Reading List
4 stories
Andai Mampu Kugapai Syurga by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 1,947
  • WpVote
    Votes 50
  • WpPart
    Parts 7
Tajuk: Andai Mampu Kugapai Syurga Penulis: Myra Ameer www.p2u.my
Imanku Lelaki Pendosa by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 13,610
  • WpVote
    Votes 240
  • WpPart
    Parts 10
Tajuk: Imanku Lelaki Pendosa Penulis: Umie Nadzimah www.karyaseni.my --- BLURB Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf! Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain? Tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah. "You ni serius ke Dean dengan rancangan orang tua you? Atau kerana terpaksa saja?" - ANGGUN "Syurga anak lelaki kan di bawah telapak kaki seorang ibu." - DEAN ILYAS Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia. Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari 'Best Friend Forever'nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam. Tapi bahagiakah Cahaya bersuamikan Dean? "Kita jangan berpisah boleh tak? Saya sangat selesa kawan dengan awak. Baik, memahami, tak pandang jijik pada saya... Awak ikhlas." - DEAN ILYAS Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan berkongsi kasih dengan insan yang tak sepatutnya. Tapi bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu. Mampukah kedua-duanya menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?
Encik Ulat Buku (SUDAH TERBIT) by YumiHyra
YumiHyra
  • WpView
    Reads 25,472
  • WpVote
    Votes 1,592
  • WpPart
    Parts 25
Rutin Eliya Inara yang suka menulis diari di dalam LRT sambil memerhatikan gelagat 'Encik Ulat Buku' yang suka membaca itu berubah setelah perkenalan mereka dalam situasi yang memalukan! Masalahnya, Eliya dah buat gaya boikot tak nak naik LRT pun; Aydin Noah a.k.a. Encik Ulat Buku boleh muncul di mana-mana saja. Aydin pula selamba sahaja menuduh yang Eliya stalk dia. "Eh, sorry sikit. Tak ada maknanya saya nak stalk awak. Nak stalk macam mana kalau Facebook dengan Instagram pun awak tak ada? Such a nerd!" ~Eliya Inara~ Mula-mula memanglah Eliya hendak elakkan diri, tetapi lama-lama dia tercari-cari pula. Walaupun Aydin itu si genius Matematik yang nerd, tetapi apa yang dilakukan oleh Aydin mudah buat hati Eliya jadi hangat. "Jodoh ni ialah jodoh kalau tanpa dirancang senang sangat kita berjumpa dengan orang yang sama di tempat yang berlainan. Over and over again." ~Aydin Noah~ Memang pun Eliya jatuh suka dengan Aydin over and over again! Tapi... Aydin boleh selamba tayang muka tenang! Sebab itulah Eliya selalu keliru. Sudahnya, Eliya nekad untuk berterus terang apabila Aydin mahu ke luar negara selama setahun sebagai sukarelawan. "Saya suka awak dan saya rasa saya patut beritahu sebelum awak pergi." ~Eliya Inara~ "I'm sorry, Yaya." ~Aydin Noah~ Aydin pergi dan Eliya tinggal untuk pulihkan hati yang terluka. Baru sahaja Eliya mahu jayakan rancangan untuk 'move on' daripada Aydin, tiba-tiba lelaki itu muncul kembali. Mulut kata tidak, sedangkan hati... "Saya rasa saya memang sukakan awak sangat-sangat."~Eliya Inara~ "Bak kata Mr Darcy daripada Pride and Prejudice, 'you have bewitched me, body and soul, and I love... I love... I love you."~ Aydin Noah~ Beranikah Eliya untuk jujur pada hati sendiri sekali lagi? Adakah kisah Eliya + Aydin akan bertemu perkataan TAMAT yang menggembirakan?
SI BAJU KURUNG KASUT KANVAS by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 65,670
  • WpVote
    Votes 2,020
  • WpPart
    Parts 17
Kata emak , dia ni tak pandai melawa sebab tu tak ada lelaki mahu mendekat. Dia cuma tahu pakai baju kurung...baju kurung dan baju kurung. Mahu runtuh langit kalau dapat tengok dia pakai skirt labuh macam anak-anak dara zaman la. Lagi satu dia tak reti pakai kasut gegirl, yang dia tahu sarung hanyalah kasut kanvas tapak rata tu. Pergilah mana pun , fesyen dia itu itulah juga... Baju kurung kasut kanvas , tiada masalah langsung untuk dia. Dia boleh buat apa sahaja, berkejar-kejar tangkap miaw, jadi pelayan kafe , malah boleh main bola keranjang dengan adik lelakinya. Jangan salah tafsir pula... Dia juga sangat pandai mengaji tau. Dia lagi boleh ngajar orang baca al-Quran. Masalahnya cuma dengan Cik Pah yang suka mendesak . Entah kenapalah emak risau sangat bila anak daranya yang masih muda beliau ni tak laku-laku. Macam desperate sangat hendak bermenantu. Atau emak teringin sangat nak buat kenduri besar-besar macam emak-emak yang lain . Kalau begitu , emak buat sajalah kenduri untuk ayah. Kahwin dengan madu emak. Boleh? Tak perlulah susah-susah dia memikir fasal calon menantu emak. Namun Tuhan punya kuasa.... Di suatu petang yang sedih, dia telah ditakdirkan berjumpa dengan seorang Pakcik Sado yang tinggi kualitinya. Maklumlah zaman sekarang sangat susah untuk jumpa mamat-mamat yang boleh dibuat tempat bergantung harap. Yang dia jumpa sebelum ini semuanya hampas-hampas belaka. Persoalannya ...Hendak ke Pakcik Berkualiti tu pada dia?