AienMohari's Reading List
38 stories
KAU TETAP SEMPURNA by imzafira_
imzafira_
  • WpView
    Reads 1,809,048
  • WpVote
    Votes 59,253
  • WpPart
    Parts 67
KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN RISK }
TERNYATA HANYA DIA (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 1,933,800
  • WpVote
    Votes 15,573
  • WpPart
    Parts 12
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai manusia yang bergelar wanita. Peritnya ditinggalkan bersama anak yang masih kecil membuatkan dia allergic dengan perkataan isteri dan perkahwinan. Dia sudah berjanji, dia tidak akan sekali-kali melibatkan diri dengan cinta lagi! Dalam hidupnya cuma ada kerja dan si comel Amanda sahaja. Tiada apa yang lebih penting daripada kebahagiaan anaknya itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia. Nurina Amani Dia, seorang wanita yang lemah lembut. Kerjayanya sebagai seorang guru tadika menampakkan dia seorang yang ceria. Di luar, semua orang nampak dia bahagia. Tetapi tiada siapa yang tahu, luka yang diberikan oleh ibubapanya ketika dia masih kanak-kanak membuatkan dia fobia dengan perkahwinan. Dalam kamus hidupnya tidak pernah ada perkataan cinta. Baginya cinta itu tidak wujud. Baginya perkahwinan yang bahagia itu hanyalah kisah dongeng yang direka semata-mata. "Mommy, can you hug me, peyishh" -Tengku Amanda "I'm not your mommy sayang. Nanti Acik Amani carikan your mommy, okay? " - Nurina Amani "Tolong jadi mommy kepada anak aku. Aku sanggup bayar berapa je yang kau nak" - Tengku Harraz Iskandar "Tengku ni dah gila la saya rasa. Apa kata Tengku pergi refer diri sendiri ke Hospital Psikiatrik?" - Nurina Amani Apabila luka dan fobia ditolak ke tepi demi kebahagiaan si kecil, mampukah hubungan yang dibina dipertahankan apabila ada yang ingin meruntuhkan?
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,934,788
  • WpVote
    Votes 1,983
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
Eternity Love [BAKAL TERBIT] by DaisyIntrovert
DaisyIntrovert
  • WpView
    Reads 1,612,426
  • WpVote
    Votes 4,096
  • WpPart
    Parts 7
WARNING❗️Maaf, cerita ini agak hambar ya 😌 •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. Tengku Arifin x Balqis Surfina Tengku Arifin - Pemilik TA Airline & TA Corporation, 25 Tahun Balqis Surfina - Pemilik Restoran 'Your Home' , 29 Tahun - You call it madness, i call it love - Demi meneruskan legasi keluarga, dia terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai seorang tentera. Bergerak menjadi seorang ahli perniagaan itu tidak mudah apalagi itu bukan bidang yang dia minati. Demi kehendak keluarga, dia tunaikan juga. Dia fikir menguruskan perniagaan itu sudah cukup susah, ternyata berhadapan dengan 'orang gila' itu lebih susah sehingga membuatkan dia rasa hendak campak ke planet lain. " Hai, nak kahwin dengan saya tak? " - Balqis Surfina " Cermin dekat rumah kau da retak sangat ke sampai tak malu nak ajak kahwin? " - Tengku Arifin " Sebab tak malulah saya ajak ni. Limited tau perempuan macam saya ni. Perempuan macam saya ada satu orang je dekat dunia ni. Mana nak cari lagi " - Balqis Surfina " Sebab ada kau seorang dekat dunia ni lah lagi aku tak nak. Aku sanggup lompat dari bangunan dari kahwin dengan kau. Tak ingin aku kahwin dengan perempuan tua macam kau " - Tengku Arifin Hidup tenang jadi kacau bilau dengan kehadiran wanita yang yang tak habis-habis mengajaknya berkahwin. " Awak tahu tak rumah apa paling indah " - Balqis Surfina " Apa? " - Tengku Arifin " Rumah tangga yang bakal kita bina cia cia cia " - Balqis Surfina Rasanya dia yang perlu pindah ke planet lain kerana tidak tahan asyik 'diganggu' saja. Mampukah Balqis merobohkan tembok kukuh yang dibina oleh Tengku Arifin dalam hatinya dengan kehadiran seseorang dari masa lalu Tengku Arifin? Adakah Balqis akan mempunyai peluang untuk merasakan 'cinta abadi' yang dia tidak pernah rasakan selama ini?
 HAIDER LUTHFAN || TERBIT by thelifeof_rene
thelifeof_rene
  • WpView
    Reads 7,297,117
  • WpVote
    Votes 56,744
  • WpPart
    Parts 12
[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." Larayne Xaviera x Haider Luthfan All rights reserved by thelifeof_rene Start:Januari 2022 End : Mac 2022 ⚠️Emosi Berat! ⚠️Read at your own risk!
Hot Trio Series: Hayl untuk Haura [Ebook And Novel Fizikal] by Hashily90
Hashily90
  • WpView
    Reads 447,000
  • WpVote
    Votes 3,920
  • WpPart
    Parts 12
Raja Hayl Hakimi x Nur Haura hanani Nur Haura Hanani gadis cantik dan mempunyai pesona yang mampu membuatkan ramai lelaki terpikat padanya. Namun kasih serta kesetiaan Haura hanya tumpah pada Zach iaitu tunangnya. Keceriaan yang selalu terpamer pada wajahnya umpama topeng untuk menyembunyikan luka trauma didera secara fizikal dan emosi oleh keluarga tirinya semenjak dia kecil. Raja Hayl Hakimi lelaki yang cukup pakej kaya raya, tampan, serta bijak. Pertemuan semula dengan Haura menjentik hatinya lelakinya untuk mengimbau kenangan di masa lalu. Disebalik sikapnya yang dingin, entah kenapa dia rasa seronok bila dapat menyakat dan mengenakan Haura. Disebabkan satu kejadian hitam Hayl dan Haura disatukan dalam satu ikatan perkahwinan. Hayl cuba melindungi Haura daripada diganggu oleh lelaki misteri yang menganggu isterinya. Haura pula memasang tembok tinggi antara Hayl dan dirinya kerana takut dilukai lagi. Tambahan lagi, sikap Hayl yang suka menyakat menyebabkan dia tidak yakin lelaki itu benar-benar mecintainya atau sekadar bergurau, difikir segala moment sweet yang cuba dilakar oleh Hayl adalah kerana rasa tanggungjawab yang terpaksa digalas sebagai seorang suami serta bukan atas dasar cinta. Disaat kepercayaan mula dipupuk di hati Haura, perkahwinan mereka diuji hebat. Mampukah Hayl dan Haura mencapai bahagia dalam melayari ikatan cinta mereka. Namun tidak bagi Hayl yang sudah jatuh sayang pada Haura, dia berusaha untuk membuat si isteri untuk jatuh cinta padanya. Berjayakah Hayl untuk merobohkan tembok tinggi yang Haura cipta? Serta dapatkah Hayl melindungi dan memulihkan trauma yang Haura hadapi. *Tidak dibenarkan copy dan plagiat. Cerita ini adalah penulisan pertama saya jadi sila jangan sesuka hati ambil. Penat saya perah otak cari idea. Maafkan jika tidak menepati selera anda dan typo yang bersepah. Tidak ada paksaan untuk membaca.
AMBER- CODE NAME: DARK [TERBIT PBAKL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 214,522
  • WpVote
    Votes 4,868
  • WpPart
    Parts 9
AMBER- CODE NAME: DARK "Kalau ada sesiapa yang cuba jadi tikus... pastikan bangkai mereka tidak pernah ditemui." Sebagai DARK, Aariz Iktizar hanyalah bayang dalam dunia perisikan. Senyap. Tepat. Mematikan. "Kau dalam bahaya!" - Aariz Iktizar "Di mana-mana pun petaka setia mengintai." - Amra Khayra Mampukah Aariz melindungi segalanya, atau dia akan kehilangan kedua-duanya? "Sikit masa lagi, kau akan jadi gila. Kau akan rasa kehilangan... sama macam aku rasa sekarang."
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,316,794
  • WpVote
    Votes 328,527
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,802,208
  • WpVote
    Votes 282,730
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,315
  • WpVote
    Votes 13,058
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."