DyvaAnnaMyn's Reading List
2 stories
Kerana Dia Manusia Biasa- Wan Nur Najihah by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 299,905
  • WpVote
    Votes 1,755
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Kerana Dia Manusia Biasa Penulis: Wan Nur Najihah Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-80-8 Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan. “Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan. “Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil “Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.
The Greatest Of Destiny by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 44,104
  • WpVote
    Votes 665
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: The Greatest Of Destiny! Penulis: Al-Wahyu Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-53-1 Harga: RM26 (Semenanjung) // RM29 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni ALISA ZAHIRA ialah gadis beauty with brain! Dia terpaksa membatalkan perkahwinannya dengan Asyraf Kamil pada saat-saat akhir gara-gara perkara aib yang menimpa lelaki itu. “Awak jangan tertipu, Alisa! Saya memang tidak kenal langsung dengan perempuan tu! Saya diperangkap!” - ASYRAF KAMIL “Soal siapa perangkap siapa, buat masa ini tidak penting, Asyraf! Ya! Saya boleh terima yang awak nak cakap perempuan itu perangkap awak! Tapi suka atau tidak, perempuan tu telah mengandungkan anak awak! Benih awak, Asyraf! Awak bapa kepada anak itu!” - ALISA ZAHIRA Alisa Zahira akhirnya terpaksa akur dengan suratan takdir. Dia bersetuju untuk mengahwini lelaki bernama Nasih Mikael bagi menutup malu keluarganya akibat perkahwinan yang tidak jadi itu. Nasih Mikael? Lelaki itulah yang pernah menolak cintanya di bumi Melbourne dulu. Kini lelaki itu muncul menagih cintanya kembali. Dan kemunculannya tepat pada masanya. “Awak ni memang tak pernah kenal sifat putus asa, ya?” - ALISA ZAHIRA “Perkataan putus asa tidak pernah ada dalam kamus hidup saya.” - NASIH MIKAEL “Oh! Really? Kat kedai mana awak beli ‘kamus’ tu?” - ALISA ZAHIRA Tatkala mereka mula merasai kebahagiaan itu, Alisa Zahira mula menghilangkan dirinya apabila mengetahui ada rahsia yang tersimpan rapi di sebalik perkahwinannya. Rahsia yang menyebabkan dia membatalkan perkahwinannya dengan bekas tunangnya dulu.