krownikels
- Reads 912
- Votes 77
- Parts 38
Asyraf merupakan seorang ejen khas dari Agensi Reaktif Malaysia (ARM) - sebuah organisasi bayangan - yang ditugaskan untuk menyiasat kejadian pembunuhan besar-besaran di sebuah kampung terpencil bersama Ejen Zarith.
Semasa berada di tempat kejadian untuk melakukan penyiasatan lebih lanjut, mereka dikunjungi oleh Yazid, seorang pemuda misteri yang disahkan oleh Zarith sebagai pembunuh yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan tersebut.
Dalam usaha Asyraf merungkai misteri pembunuhan itu, beribu lagi persoalan yang timbul setelah pelbagai kejadian pelik yang berlaku di hadapan mata dia sendiri. Tambahan dengan Zarith, rakan sekerja barunya, yang mengakui dirinya sebagai salah seorang legasi kaum yang hilang.