AdrianzLiverpool5's Reading List
14 stories
Hlovate© by yuyulz
yuyulz
  • WpView
    Reads 4,493
  • WpVote
    Votes 14
  • WpPart
    Parts 3
...
BERCAKAP DENGAN JUN by HasrulRizwan
HasrulRizwan
  • WpView
    Reads 7,569
  • WpVote
    Votes 216
  • WpPart
    Parts 7
Kematian ibunya meninggalkan kesan yang mendalam pada kehidupan seorang anak kecil. Sejak itu dia memencilkan diri dan hidup bersendirian di sebuah taman perumahan kosong dan terpinggir di ceruk hutan. Orang kampung mengatakan dia lelaki gila di rumah kosong. Masa berlalu dan dia membesar dengan menyara diri sebagai seorang penyeluk saku. Setiap hari dia keluar seperti orang yang bekerja, memakai pakaian yang kemas seperti ke pejabat namun melakukan kerja menyeluk saku di dalam transit di Kuala Lumpur. Dia lelaki yang cekap dengan mata yang menyihir dan magis di tangannya. Tidak pernah tertangkap dan tidak sesekali takut kepada apa-apa pun. Sehingga satu malam, seorang gadis muda melahirkan anak di taman perumahannya. Dia membantu melahirkan anak tersebut dan bermulanya detik itu, pada waktu dia memegang seorang anak kecil, seluruh kehidupannya berubah serta merta. Menjadi lelaki yang kecut dan ketakutan separuh mati.
Burger Ayam Double Special by AdibZaini
AdibZaini
  • WpView
    Reads 14,835
  • WpVote
    Votes 386
  • WpPart
    Parts 2
Sudah jatuh, ditimpa tangga Kalau orang mahu aku rumuskan kisah ini, itulah yang akan aku katakan. Namun kisah aku tidak berakhir setakat ditimpa tangga. Untuk perumpamaan ini lebih tepat, selepas aku ditimpa tangga, siling pula runtuh, aku dipanah petir, kemudian 2 biji bom atom jatuh tepat di atas kepalaku. Jika kau percaya pada karma, kau mungkin akan katakan ini semua adalah balasan karma. Mungkin sebab aku selalu curi parking orang lain. Mungkin sebab aku selalu pau rokok kawan. Namun ini bukan setakat karma. Untuk mendapat nasib semalang ini, empat ekor kucing hitam kena lintas depan kau, kau lupa forward 13 email berantai, kau pecahkan semua cermin muka di dalam rumah, dan kau lukakan hati Lady Luck. Kisah ini bermula gara-gara sebungkus burger. Okay, dua bungkus burger.
PERGI MATI 2: WARIS by KhairulZamanKhobin
KhairulZamanKhobin
  • WpView
    Reads 4,263
  • WpVote
    Votes 54
  • WpPart
    Parts 36
Laman web Dietolive.com hilang tiba-tiba. Amin yang tertanya-tanya meneruskan kehidupannya seperti biasa. Namun, semuanya tak seperti dulu lagi. Rakan-rakannya sudah tidak bersamanya lagi. Sementara itu, dua rakan baik, Lokman dan Raiyan sedang dalam misi luar biasa. Mereka mahu menyelongkar rahsia Kampung Inukaki yang diceritakan dan diviralkan di internet. Apa yang mereka bakal temui bakal mengubah segalanya. Najib, Salina, Detektif Halim dan juga Detektif Maria masih dalam genggaman Madam M? Adakah mereka akan selamat. Ikuti sambungan novel Pergi Mati (2014) terbitan Lejen Press ini.
CULIK1.0 by ginayaplaiyoong
ginayaplaiyoong
  • WpView
    Reads 18,569
  • WpVote
    Votes 783
  • WpPart
    Parts 22
Detektif MinHo seorang pegawai yang penuh dedikasi dalam usaha menjejaki orang, terutamanya kes-kes individu yang tiba-tiba lesap daripada kehidupan seharian. Setiap petunjuk, tidak kira sekecil mana, disiasatnya supaya ahli keluarga mangsa mendapat penutup cerita. Ya, penutup cerita amat penting untuk kita semua. Jikalau kita tidak tahu apa yang berlaku kepada insan tersayang, lelapkah mata apabila malam menjelang tiba? Adakah Detektif MinHo mampu membiarkan saja apabila anak puteranya, Zak, melesap begitu saja? Ketahui ceritanya dalam novela ini. Bab baru akan dimuatnaik setiap hari Isnin dan Khamis.
APA NAK BUAT LEPAS SPM? by SyafiqAizat
SyafiqAizat
  • WpView
    Reads 51,783
  • WpVote
    Votes 2,538
  • WpPart
    Parts 12
Fa'iq ada sixth sense. Dia boleh baca fikiran orang. Tapi, apa yang lagi penting, dia baru habis SPM. Dan ini, adalah kisah yang klisé dan membosankan Fa'iq yang tak tahu apa yang dia nak buat lepas SPM.
ODESI PARAKOSMA (Preview) by LokmanHakimAW
LokmanHakimAW
  • WpView
    Reads 658
  • WpVote
    Votes 32
  • WpPart
    Parts 3
Apabila malaikat maut mahu lihat takdir dalam dua wacana berbeza, apa yang akan terjadi? Sebuah novel untuk hati yang gelap Atau sebuah sajak panjang Terpulang pada tafsiran anda.
ARSHID (Teaser) by LokmanHakimAW
LokmanHakimAW
  • WpView
    Reads 1,234
  • WpVote
    Votes 67
  • WpPart
    Parts 3
Usus yang bertaburan di atas lantai dikutip. Lalu dilingkarkan pada bukaan yang menempatkan si bayi tadi. Bayi yang melintang baringnya ditegakkan. Matanya yang pejam dicelikkan. Bibirnya yang kecil itu dipicit-picit agar membentuk senyuman. Wajahnya yang bersalut darah dikesat. Dante memang aneh. Imaginasinya, buat aku rasa seolah berada di tingkat bawah sebuah bangunan tinggi, di mana, Dante pula, merenung dari puncak menara. Dia melihat ke arahku dengan pandangan penuh hina. Di mata Dante, aku hanya khadam. Aku tahu. Aku terima fakta.
SHAHRIL by AriffAdlyyy
AriffAdlyyy
  • WpView
    Reads 46,234
  • WpVote
    Votes 1,733
  • WpPart
    Parts 16
Beg sandang itu aku dikeluarkan isinya satu persatu. Satu lagi beg strip hitam yang aku gunakan untuk menyimpan pelbagai jenis alatan - playar, pisau, gunting, et cetera - aku keluarkan dan letak di sebelah kanan lelaki itu. "Let the game begin."
CERPEN by HasrulRizwan
HasrulRizwan
  • WpView
    Reads 87,627
  • WpVote
    Votes 2,694
  • WpPart
    Parts 11
Himpunan cerpen hilang akal.