ahmadbinisa
Ahmad, seorang graduan Arkitek nekad meletakkan jawatan untuk mengejar impian berbasikal dari Malaysia ke Kota London.
Namun, ibubapanya meminta beliau untuk berkahwin sebagai pra-syarat sebelum keluar mengembara.
Ahmad dijodohkan dengan pilihan ibunya, iaitu seorang Ustazah Al-Quran yang tidak pernah ke luar negara, apatah lagi berbasikal ke luar negara.
1 tahun diperlukan oleh Ahmad untuk mempersiapkan mental dan fizikal isterinya supaya tabah mengharungi pengembaraannya yang penuh dengan dugaan dan cabaran.
Berbekalkan RM1,900 sahaja, mereka mula berbasikal dan keluar dari Negara Malaysia.
Pelbagai ragam suka duka mereka lalui di sepanjang Negara Malaysia, Thailand dan Myanmar. Macam-macam perkara ajaib dan tak masuk akal yang berlaku.
Sepanjang kembara di Malaysia, mereka dapat duit sebanyak RM23,000 tanpa perlu bekerja.
Di Thailand pula, mereka mula belajar untuk bercakap seperti ayam dan itik untuk teruskan hidup.
Di Myanmar, mereka terpaksa tidur di semak akibat undang-undang yang tidak menyebelahi mereka.
Dan macam-macam lagi kisah menarik di dalam buku ini.
Semoga dengan membaca buku ini, para pembaca boleh mendapat inspirasi & motivasi untuk mengejar impian hidup di dunia ini.
"Nothing is Impossible, Allah swt Always With You!" - Ahmad Isa