-
9 stories
Give Me Your Forever | COMPLETED by nanabananamy
nanabananamy
  • WpView
    Reads 924,107
  • WpVote
    Votes 30,929
  • WpPart
    Parts 54
- Editing in progress- Adam Afham x Nadiya Aleesa Nadiya Aleesa menjadi ibu tunggal sebaik sahaja putera kecilnya, Amsyar, menjengah dunia. Luka perkahwinan yang musnah dek orang ketiga memaksanya membina hidup semula, demi anak yang menjadi punca kekuatannya. Adam Afham, yang berpegang dengan prinsip hidup just go with the flow, tidak pernah menyangka takdir akan mempertemukan dia dengan Nadiya. Satu pertemuan menjadi dua, dan pertemuan ketiga membuatkan dia yakin, ini bukan lagi kebetulan. "Saya tahu awak boleh besarkan Amsyar sendiri. Saya tahu awak kuat. Tapi kuat macam mana pun awak. Saya tahu, awak tetap perlukan bahu untuk bersandar, kan?" - Adam Adfham Namun, ketenangan mula tergugat apabila Muaz Naufal, bekas suami yang pernah menghancurkan hatinya, muncul menuntut peluang kedua pada saat Nadiya sedang membuka pintu hati untuk Adam. "Bagi saya peluang untuk betulkan kesilapan saya sebelum ni? Saya janji, selagi saya ada dengan awak. Saya akan buat awak bahagia lebih daripada sebelum ni." - Muaz Naufal. Antara masa lalu yang pernah melukai, dan masa depan yang menjanjikan harapan, Nadiya harus memilih. Tetapi ini bukan sekadar tentang dirinya sendiri.Ada Amsyar, yang perlu diberikan keutamaan.
Jodoh Bukan Pilihan | E-BOOK by nanabananamy
nanabananamy
  • WpView
    Reads 150,753
  • WpVote
    Votes 2,929
  • WpPart
    Parts 20
E-book Megat Adham Iskandar x Nur Naila Medina Typical arranged marriage. "Assalamualaikum, wifey." - Megat Adham Iskandar "Encik?" - Nur Naila Medina "Ya, saya ... Dee. Surprise!" - Megat Adham Iskandar Tetapi bagaimana jika 'tipikal' itu menemukan dua hati yang saling jatuh cinta? "Abang tak tahu sama ada awak betul-betul ikhlas atau awak terpaksa untuk terima abang sebagai suami. Tapi abang nak awak tahu, abang ikhlas jadi suami awak. Segala tanggungjawab abang terhadap awak, abang akan cuba laksanakan sebaik mungkin." - Megat Adham Iskandar Dan bagaimana jika jodoh yang bukan menjadi pilihan... ternyata adalah takdir yang paling membahagiakan? "Naila tu perempuan, Iskandar. Dia belajar tinggi-tinggi pun nanti duduk rumah juga. Kamu tu lebih dari mampu nak tanggung dia. Mama tak setuju kalau kamu nak biarkan Naila tu sambung belajar lagi. Kalau nak tunggu dia kejar impian dia sampai ke sudah mama tak merasa nak menimang cucu." - Datin Saadah "I made a mistake, Is. A huge mistake. I masih sayangkan you, Is. Sama macam dulu. I tahu, I salah. But we can fix it." - Edrina Redwan Ternyata ... bahagia itu tidak datang tanpa ujian. Apabila masa silam Iskandar kembali mengetuk pintu, dan impian Medina dipertikaikan, mereka diuji dengan pilihan. Antara terus bertahan atau melepaskan, mereka harus membuat pilihan. Cover by : @deloveririka Ilustration by : @ntshaa.art