Perpustakaan Maya
13 historias
Kisah Paling Seram por madnwar
madnwar
  • WpView
    LECTURAS 2,153
  • WpVote
    Votos 82
  • WpPart
    Partes 3
Cerita kontot seram. Mungkin diupdate sekali-sekala. Jika anda ada mengalami lemah semangat, mohon jangan baca.
Umar por BraderLeplep
BraderLeplep
  • WpView
    LECTURAS 35,126
  • WpVote
    Votos 1,020
  • WpPart
    Partes 5
Umar seorang pemuda yang panas baran. Pada satu malam, dia mimpikan perkara yang akan mengubah hidupnya seratus peratus. "Kalau cinta, jangan marah"
CERPEN por HasrulRizwan
HasrulRizwan
  • WpView
    LECTURAS 87,658
  • WpVote
    Votos 2,694
  • WpPart
    Partes 11
Himpunan cerpen hilang akal.
Jabatan Runsing Negara por NorHishamMohamed
NorHishamMohamed
  • WpView
    LECTURAS 3,027
  • WpVote
    Votos 42
  • WpPart
    Partes 5
Jabatan Runsing Negara (JRN) merupakan sebuah jabatan yang dikendalikan oleh sekumpulan manusia istimewa. Tujuan JRN ditubuhkan adalah untuk menambahkan kerunsingan semua makhluk di muka bumi dan menyebarkan kerunsingan di seluruh alam semesta. Di ketuai oleh seekor drakula, 3 jenis manusia yang berlainan jenis, seorang makwe bunian yang suka memakai kasut berwarna biru, seorang punk yang bernama Jamil yang sukakan kebersihan dan seekor serigala jadian yang suka bermain solitaire di komputer, JRN telah memainkan peranannya dengan penuh semangat kerunsingan.
DANDAN - sebuah novel Asyraf Bakti por BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    LECTURAS 87,988
  • WpVote
    Votos 1,083
  • WpPart
    Partes 13
Sanji lari ke Krabi bukan untuk melihat seni batang berdiri. Tapi mencari Nur yang tak pasti. Mencari Nur yang hilang di tengah-tengah Latiff Jamhadi. Mesin taip diketuk hingga berlekuk kertas kajang empat panjang. Gigi-gigi harmonika basah lekit terkena lekat bibir koko Milo yang dicicah Tiger. Biskut rapuh cuba dicicah perlahan. Dalam masa 5 saat, diangkat supaya tidak tenggelam dalam lautan kenangan. Kisah-kisah lari yang dirakam natang GoPro tak pernah berhenti mengejar dari tepi. Suara hembus seperti angin dan bersiul-siul manja di telinga. Air lemon berkocak dada. Rodeo romeo terus mengasak dalam khayalan Sanji yang pasti ada cerita dalam kelopak bunga matahari yang tidak mati. Cium biar stim, kucup penuh goda, seperti semalu yang memencil dirinya. Dan dan tidak pernah jumpa, kata Rohan sambil perbetul spender.
Suamiku Seorang Filosuf slash Fotografer por sufianabas
sufianabas
  • WpView
    LECTURAS 13,329
  • WpVote
    Votos 172
  • WpPart
    Partes 3
Tengku Ariff Danial ada segalanya. Ayah yang kaya seperti Firaun, wajah yang wajib diselfie, dan kebijaksanaan seekor tupai yang terperangkap di kebun peladang yang kaki minum dan baran. Tapi Tengku Ariff Danial gagal memiliki hati Puteri Aisyah, seorang instag-tudung-seller-manic-pixie-girl yang comel nak mampus, tapi mempunyai iman titanium. Namun setelah brek tayar kereta ayah Puteri Aisyah dipotong, dan beliau mengalami kemalangan yang parah, kata-kata terakhir beliau sebelum melangkah keluar pentas kehidupan adalah, "Puteri, kau kahwinilah Tengku Ariff Danial, dan ini adalah permintaan terakhir ayahmu." Apakah Puteri Aisyah akan derhaka pada kata-kata yang dipengaruhi morfin ayahnya itu? Atau apakah beliau akan shopping, makeover, dan berselfie dengan caption "OMG babe, I kena kahwin paksa!"
Kota Bandit por Amaramir
Amaramir
  • WpView
    LECTURAS 13,040
  • WpVote
    Votos 228
  • WpPart
    Partes 5
Empat sekawan satu hari dirahmati tuhan dengan rezeki terpijak. Mereka kemudian mengharungi perjalanan roler koster merentasi syurga dan neraka, sebelum akhirnya menyedari dunia ini penuh dengan bandit.
Eksotika por AriffAdlyyy
AriffAdlyyy
  • WpView
    LECTURAS 10,117
  • WpVote
    Votos 463
  • WpPart
    Partes 1
“But we’re not doing it for money. Kitorang terpaksa.” kata aku. “What exactly do you mean by terpaksa?!” “Terpaksa... Sebab family kitorang ni – how to put it delicately? – very unique.”
Skodeng por Zaim_Ramli
Zaim_Ramli
  • WpView
    LECTURAS 109,964
  • WpVote
    Votos 1,368
  • WpPart
    Partes 30
Sebagai seorang anak kampung, Kifli tidak terkecuali daripada melakukan kemungkaran dan kenakalan. Kadangkala kenakalannya hanya mendatangkan musibat dan kerugian yang besar kepada dirinya sendiri. Sifat barannya juga kadangkala tidak terkawal. Mudah emosi dan hilang kewarasan. Mujur juga Kifli dikurniakan seorang sahabat baik yang sangat mengasihi dirinya, Azmi. Azmi banyak memberikan dorongan, nasihat dan motivasi setiap kali Kifli dilanda kemurungan. Kadangkala mereka melepaskan tekanan bersama-sama dengan menghisap ganja di bawah pohon manggis di belakang rumah Kifli. Sebuah pangkin yang dibina di bawah pohon tersebut sememangnya amat strategik untuk mereka terbang dan khayal bersama-sama. Ditambah dengan cuaca yang redup dan berangin, ia syurga buat Kifli dan Azmi. Segalanya berubah setelah Kifli melakukan aktiviti skodeng.