NovelisNuriffa
- Reads 5,636
- Votes 128
- Parts 12
"Sambut tangan saya, Kaila. I will help you."
Aku memandang tepat ke wajah lelaki itu. Kepala sedang serabut memikirkan keputusan Rafiq memutuskan pertunangan kami di saat majlis pernikahan hanya tinggal lagi seminggu. Semua persiapan telah sedia. Kad jemputan juga sudah diedar kepada semua tetamu. Aku meraup wajah. Hampir terlupa yang Dylan berada di situ.
"Jangan tambah serabut dalam kepala saya boleh tak?" Aku menjawab lemah.
Rafiq buat hal dan kini Dylan pula muncul hendak membantu. Bantu apa pun tak tahulah. Dia ingat ini perkara kecil? Aku kesian memikirkan mak yang sudah bertungkus-lumus hendak menjayakan majlis minggu depan. Apa pula kata orang kampung, jika mereka mengetahui yang majlis kahwinku dibatalkan? Ah, runsing!
"Kahwin dengan saya."
Sebaris ayat yang keluar dari mulut Dylan berjaya menarik perhatianku. Dahi berkerut-kerut cuba mencerna maksud lelaki ini. Tubuh yang tadi terduduk lesu kini lebih tegak dek terkejut dengan kata-kata Dylan.
"Saya tak ada masa nak layan lawak bodoh ni. Kepala dah cukup penat dengan majlis tak jadi. Bakal pengantin lari. Shit!"
Kasar aku menghembur kemarahan. Walaupun marah tetapi entah kenapa aku tidak sedikit pun menangis. Hanya rasa bengang dikhianati oleh Rafiq membara di hati. Salah aku kerana terlalu cepat memberi kepercayaan kepada lelaki itu. Kenal baru dua tiga bulan terus mahu kahwin? Ini semua penipu. Bodoh kerana aku memberi peluang kepada diri sendiri untuk ditipu.
"Saya serius, Kaila. Biar saya yang ganti Rafiq di majlis pernikahan minggu depan. Tak akan awak nak biarkan majlis ni batal?"
"Awak tu suami orang! Saya tak tergamak nak rampas awak daripada Hans dan Farah. Awak faham tak?"