diniizzati99's Reading List
4 stories
DERITA ISTERI KEDUA  by Lavlileayz
Lavlileayz
  • WpView
    Reads 22,530
  • WpVote
    Votes 515
  • WpPart
    Parts 28
Perjalanan kisah tentang seorang gadis yang bernama Zahra Uqasha yang dipanggil dengan nama singkatan iaitu Zahra. Dia adalah anak dari keluarga yang sederhana. Dia hanya bekerja di sebuah kedai makan. Pada suatu hari dia berjumpa dengan seorang wanita cantik lagi menawan. Wanita itu singgah di restoran tempat Zahra bekerja. Sewaktu Zahra ingin mengambil pesanan, dia terpaksa duduk bersama seorang wanita yang menyuruhnya duduk disampingnya. "Nama Zahra ke? Cantik nama." "Err ye hehe. Kenapa akak suruh saya duduk dekat sini? Ada benda yang penting ke?" tanya Zahra polos. "Hm, akak tengok kamu ni sopan je, menarik perhatian pula tu, sebenarnya...." Zahra dipaksa kahwin dengan suami orang. Dia hanya berasa kesian kepada wanita tersebut kerana ingin suaminya mempunyai anak. Diiringi itu, Zahra juga dibaluti dengan rasa bersalah kepada wanita tempoh hari yang menyuruhnya kahwin. Namun begitu, hati Zahra terluka. Dia melihat suaminya tidak sedikit pun melayan dirinya. Bahkan, dia dilayan dengan kasar dan dibenci oleh suaminya sendiri.
Suamiku Paling Sweet by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 206,007
  • WpVote
    Votes 4,702
  • WpPart
    Parts 11
“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya. “Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ “Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA “Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ
cinta 3 suku ( Herna Diana ) by aisy___syie
aisy___syie
  • WpView
    Reads 355,077
  • WpVote
    Votes 4,429
  • WpPart
    Parts 65
'Sketsa perang' di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran. Iman - gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara dalam hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang. Arie - pertemuaannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda. Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lulus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.
Cinta Kontrak by nurulainsyuhadaaa
nurulainsyuhadaaa
  • WpView
    Reads 216,975
  • WpVote
    Votes 3,512
  • WpPart
    Parts 38
"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya. Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya. Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar. Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha. Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi? "Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas SOFA? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.