nurnazuu's Reading List
14 stories
My Cikgu, My Hubby!  by eiyla_
eiyla_
  • WpView
    Reads 3,230,865
  • WpVote
    Votes 115,266
  • WpPart
    Parts 92
BUKU INI TIDAK SEPENUHNYA LENGKAP DAN BEBERAPA BAB AKAN DI UNPUBLISH UTK KEPENTINGAN PENERBITAN NUR AQILA~ satu permintaan yang tidak masuk akal. Nonsense! I'am 19 years old, tapi dah nak kena dinikahkan. Eish, ummi dan babah tak boleh buat aku macam ini. Ini bukan zaman dulu-dulu. Kahwin atas dasar pilihan orang tua? Semua tu dah kuno.Tapi segalanya seakan telah ditetapkan. Aqila terpaksa! Dipaksa kahwin. Dengan cikgu pulak tu! ish.. "Err.. sebenarnya, macam yang awak cakap. I'm still young. And yes, I should live life a bit rather than rushing into a marriage. Tapi, ini adalah kehendak keluarga jadi hendak tak hendak saya kena terima hakikatnya.'' - Aqila. "Saya terima awak, Nur Aqila Haji Sulaiman seadanya awak. Dan kalau pasal ibu, janda, ke apa ke, itu belakang kira. Saya cuma akan jalankan tugas untuk menjaga awak. kalau awak tidak bersedia, saya tak akan paksa biarpun halal untuk saya. Awak boleh sambung belajar kalau awak nak, it's open to you cuma, kena jaga batas pergaulan, jaga diri dan maruah saya sebagai suami.'' -Asyraf Sungguh tenang sekali hati mendengarnya. Tak akan paksa biarpun halal untuk dia? Yes! Maknanya, kalau kahwin nanti, dia tak akan paksa aku. Yes! sekali lagi sebab dia benarkan aku untuk sambung belajar. Yes! Yes! Yes! Selami hidup berumahtangga cikgu & anak muridnya ini dalam "My Cikgu, My Hubby!'' dapatkah Aqila memupuk rasa cinta pada cikgu a.k.a suaminya ini? ***** ©All Rights Reserved 2013 HAK CIPTA TERPELIHARA *AMARAN : Sebarang bentuk pencetakan tidak dibenarkan sama sekali samaada dalam apa jua bentuk atau alat kecuali setelah mendapat keizinan penulis sendiri. @
Tundukkan Playboy Itu by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 317,323
  • WpVote
    Votes 7,064
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Tundukkan Playboy Itu Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-97-0 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz. “I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang! “Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
Isteri Untuk Disewa by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 122,264
  • WpVote
    Votes 1,305
  • WpPart
    Parts 5
Tajuk: Isteri Untuk Disewa Penulis: Syamnuriezmil Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-60-4 Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni Anda mempunyai masalah dalam perhubungan? Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda? Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia? Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? Saya ada penyelesaiannya... Orang untuk disewa! Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876. Anytime, Anywhere... I’ll be there. Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat. “Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan. “Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO. “Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik. “Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup. Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?
VVIP Dihatiku by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 77,583
  • WpVote
    Votes 1,780
  • WpPart
    Parts 15
Perigi mencari timba? Ya, itulah yang dilakukan oleh Airin Nadia dalam menjalankan misi untuk mendapatkan lelaki idamannya. Dia tidak kesah untuk memikul gelaran itu kerana jodoh perlu dicari, tidak boleh duduk diam. Jika dia tidak mulakan, sampai bila-bila pun lelaki idamannya itu tidak akan tahu isi hatinya. “Fiq, boleh aku tunggu sampai kau balik?” – Airin Nadia “Tunggu aku? Untuk apa?” – Fiqri Aiman “Saja. Nak membazirkan masa.” – Airin Nadia "Tunggulah. Insya-Allah it will worth for us.” – Fiqri Aiman Namun, harapan dan penantian Airin Nadia musnah tatkala lelaki yang dicintainya itu kembali kepada kekasih lamanya, Syasya. Ketika itu pula, munculnya Tengku Haikal yang sangat menyayangi Airin Nadia. Dek rasa sedih dan kecewa dengan lelaki idamannya itu, Airin berusaha memberikan peluang kepada Tengku Haikal. “Airin Nadia, I love you. Kal tahu Kal bukanlah lelaki yang terbaik untuk Rin tapi Kal harap Rin boleh beri Kal peluang. Izinkan Kal untuk memiliki hati Rin?” – Tengku Haikal Dua kali Tengku Haikal melamar Airin dan sebanyak kali itu jugalah hati Airin berbelah bahagi untuk menerima. Sehinggalah Airin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke Melbourne, kota yang dihuni oleh cinta pertamanya. Dia tidak mampu membohongi diri sendiri dengan menciptakan alasan kedatangannya ke kota itu hanya untuk belajar, kerana hatinya itu masih bergetar walaupun hanya saat nama Fiqri Aiman disebut. Tajuk: VVIP Di Hatiku Penulis: Fatin Hassan Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-79-2 Harga: RM27(Semenanjung) // RM30(Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni
cause u re the one by nurnazuu
nurnazuu
  • WpView
    Reads 270
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 5
dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم
Suamiku Guru Tuisyen? by AriezIzzati
AriezIzzati
  • WpView
    Reads 538,969
  • WpVote
    Votes 14,220
  • WpPart
    Parts 24
" Yup, demi cintaku kepada abang Muhammad Amir Lufias akan ku sanggup memasuki kelas tuisyennya. Hahahaha " Penuh dramatik Isya menjawab soalan Lily. " What?! Kena kahwin?! " Terkejut beruk AL dibuatnya. Adakah cinta Tun Qhalesya Binti Muhammad Irfan ini akan terbalas? Adakah dia akan mendapat cinta AL atau yang dikenali sebagai Abang Lufias? Dapatkah mereka bersatu? Dapatkah mereka meluahkan perasaan masing-masing? Jawapannya? Teruskan Membaca!
Suami Kontrak by lilycms
lilycms
  • WpView
    Reads 259,704
  • WpVote
    Votes 5,547
  • WpPart
    Parts 26
Eva Qistina, yang sinonim dengan gelaran 'cik sihir' oleh para pekerjanya, telah membuat keputusan untuk mencari suami, gara-gara tidak tahan dengan semua temu janji yang diaturkan oleh ibunya. Sewaktu misi mencari suami, jauh disudut hatinya ingin mempunyai anak, tapi dia tidak mahukan kaum adam hadir dalam hidupnya, baginya lelaki amat merimaskan dan tanpa lelaki dia boleh hidup sendiri. Eva memulakan misi mencari 'baka' yang sesuai untuk zuriatnya yang bakal dikandungkan. hasil daripada pencariannya, eva mengenali 'Adam Zafran' seorang pilot syarikat penerbangan yang agak terkenal oleh semua lapisan masyarakat, badan yang sasa, wajahnya yang putih, diserikan lagi dengan lesung pipit yang boleh mencairkan hati semua gadis yang melihatnya. "so, this is the agreement... sign it when you done"..eva menyuakan agreement suami kontraknya.. "so, dekat sini you tulis, lepas you mengandung 9 bulan, kita divorce? " adam menyoal kembali
Sebenarnya...dah lama saya suka awak ! by darrenh4n
darrenh4n
  • WpView
    Reads 1,049
  • WpVote
    Votes 20
  • WpPart
    Parts 4
Kisah Aimie Humaira, gadis yang mempunyai wajah yang lembut tapi tidak pada sikapnya yang kasar menyukai lelaki yang bernama Furqhan. Furqhan juga menyukai Aimie. Tetapi semasa Furqhan ingin meluahkan perasaan cintanya kepada Aimie, satu perkara telah terjadi sehingga Furqhan menjadi takut kepada Aimie dan Aimie menjadi benci kepada Furqhan. Tetapi rasa cinta Furqhan terhadap Aimie tidak hilang cuma Furqhan masih terkejut dengan apa yang dilihatnya pada hari itu. Selepas kejadian itu, Aimie sering bergaduh dengan Airie, lelaki yang dijumpai Aimie di taman berdekatan dengan rumah sewanya semasa Aimie berjogging. Pada pertemuan pertama mereka, mereka telah bergaduh dan Aimie telah menterbalikkan Airie di taman itu. Ingin tahu kisah lebih lanjut ? Bacalah hasil penulisan pertama saya yang bertajuk " SEBENARNYA...DAH LAMA SAYA SUKA AWAK ! " Selamat membaca ^^
Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 270,241
  • WpVote
    Votes 4,686
  • WpPart
    Parts 15
Judul : Tuan Anas Mikael Penulis : Syamnuriezmil Penerbit : Penulisan2u Semenanjung : RM25 Sabah/Sarawak : RM28 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin. Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi. Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu. Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Suamiku Paling Sweet by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 205,872
  • WpVote
    Votes 4,701
  • WpPart
    Parts 11
“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya. “Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ “Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA “Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ