OnnieSaid's Reading List
6 stories
Cinta Gadis Februari [Published] by illashanahila
illashanahila
  • WpView
    Reads 6,763
  • WpVote
    Votes 470
  • WpPart
    Parts 14
Aku, Aaina. Pekerja di salah satu rangkaian kedai buku di Malaysia. Punya teman lelaki yang dah aku cinta punyalah lama tapi status masih 'It's complicated'. Sejak jadi artis yang dikenali, lain pula perangai Eddie. Kalau dulu aku sajalah teman dia berbual dua puluh empat jam, sekarang ni nak tengok IG Story aku pun dia tak sempat. Sayang punya pasal, aku sabarkan juga hati. Dalam status aku dan Eddie yang masih tak tahu hujung pangkal, muncul pula the IT Guy yang misteri. Kata Laila, Jian the IT Guy tu selalunya pandang orang pun macam nak makan. Itu pun kalau pandang, selalunya dia buat orang yang pandang dia tu macam rumput tepi jalan je. Tapi... dialah yang jadi penyelamat waktu aku kemalangan malam Eddie putuskan hubungan. Dialah juga yang jadi orang yang hantar aku balik kampung lebih 400km jauhnya dari KL sebab aku tak ada saudara mara lain di KL yang nak jaga. Kata Amanda pula, kes Jian Ho rapat dengan aku adalah kes pelik sebab selama ni lelaki itu jarang-jarang berbaik dengan staf lain. Dan yang paling aku paling tak sangka, kata Amanda lagi, the IT Guy yang hantar aku balik kampung itu rupanya anak bongsu bos besar rangkaian kedai buku yang aku bekerja! Logik ke?
Novel Untukmu Cinta [Terbit 18 Feb 2020] by EvelynRoseDrIman
EvelynRoseDrIman
  • WpView
    Reads 63,122
  • WpVote
    Votes 1,930
  • WpPart
    Parts 21
Terbanglah rama-rama ku Mencapai awan biru Andai badai menimpa Ingatlah yang aku sentiasa ada Pada Orkid, cinta itu perasaan yang suci. Menginginkan yang terbaik pada si dia yang dicintai walaupun hatinya sendiri terluka. Dalam segitiga cinta antara Orkid, Adam dan Eve yang tak berpenghujung, Orkid bertemu Datuk Ir Arman dalam demonstrasi yang dikendalikannya untuk menentang empangan hidro yang bakal dibina oleh syarikat milik Arman. Pada Arman, perkataan cinta selalu disalah gunakan. Cinta ? Apa hebatnya cinta kalau sekelip mata ia boleh hilang ? Sama seperti arwah ayah dan ibunya dulu. Apa hebatnya melaungkan kata - kata cinta kalau zahirnya tidak dapat dibuktikan ? Tidak kekal dan tidak cuba untuk mengekalkannya. Patah bila badai menimpa. Rapuh. Dia pesimis dengan cinta. Pesimis dengan perempuan dek kerana kisah silamnya yang pahit dan mahu dilupakan. Saat itu juga Ramadhan teman lamanya pula muncul. Jejaka yang ingin dijodohkan dengannya oleh keluarganya di kampung. Pada Ramadhan, Orkid adalah wanita pilihan ibunya. Dalam hati dia simpan satu rahsia yang keluarganya sendiri pun tidak pernah tahu. Tawanya hanya topeng untuk menyimpan gundah di hati. Semuanya untuk seorang ibu yang dia cukup hormati. Saat hati Orkid benar- benar dilukai Saat jiwanya diuji Siapa yang kekal menyintai ? Will be available on Shopee: https://shopee.com.my/drevelynrose for pre order somewhat on the 18th february or the earliest when I received ISBN number.
Jodoh terindah buat Mikael (sudah terbit)  by mum_linz
mum_linz
  • WpView
    Reads 327,771
  • WpVote
    Votes 3,420
  • WpPart
    Parts 6
Mikael kecewa selepas cintanya tak berbalas. Dia hanya bertepuk sebelah tangan. Keputusan dibuat dan dia sanggup menerima perjodohan keluarga. Apa saja yang terbaik bagi uminya, itulah terbaik untuk dirinya juga. Siti Maryam, seorang gadis pemalu yang menitik beratkan agama, menjaga batas pergaulan. Seorang perempuan yang cukup sempurna untuk dijadikan isteri. "Umi nak kamu kahwin dengan Siti Maryam." Hajah Kalsom. "Kalau itu cakap umi, Mika ikut." Mikael. Berjayakah perkahwinan tanpa cinta mereka? Dapatkah Mikael menerima isterinya yang terlalu susah untuk didekati. Aurat sentiasa tertutup rapi. Perasan malu pula terlalu menebal. "Kita dah kahwinkan, kenapa nak berkelubung lagi? Tak rimas?" Mikael. "Saya tak biasa. Malu...lah." Siti Maryam Benarkan Siti Maryam adalah jodoh terindah buat Mikael?
My Sexy Dahlia (sudah terbit)  by mum_linz
mum_linz
  • WpView
    Reads 20,294
  • WpVote
    Votes 295
  • WpPart
    Parts 7
Dahlia Dalili Seorang gadis kampung yang mengejar kemewahan untuk kesenangan hidup. Sanggup berdampingan dengan lelaki tua janji kehendaknya dituruti. Dariz Fayyadh Anak kepada Tan Sri tua yang menjadi tempat Dahlia bergantung hidup. Dendamnya membara, disebabkan Dahlia rumahtangga yang dibina mummy dan daddynya hampir roboh. Dahlia lah puncanya. Dahlia lah penyebabnya. Lantas jalan paling mudah dipilih untuk mengikat Dahlia dari menganggu hubungan daddy dan mummynya. Pada masa yang sama, Dahlia akan dia ajar erti penyesalan. Berjayakah dendam yang Dariz rencanakan atau terhenti separuh jalan? Siapa kita untuk menghalang rasa cinta jika cinta itu hadir tanpa diundang dan pergi tanpa disedari.
Cinta Yang Dilupa (Sudah Terbit)  by Mell_Mariann
Mell_Mariann
  • WpView
    Reads 66,961
  • WpVote
    Votes 1,509
  • WpPart
    Parts 10
TAJUK : CINTA YANG DILUPA PENULIS : MELL MARIANN AURORA TERBITAN : TERATAK KASIH HARGA : RM26 [SM] / RM26 [SS] POSTAGE : RM8 [SM] / RM12 [SS] Apa yang akan kau lakukan bila 3 tahun daripada ingatan kau hilang begitu saja? Apa yang akan kau rasa bila kebahagiaan kau bertukar duka tanpa kau mengetahui apa sebabnya? Apa yang akan kau buat apabila mengetahui cinta kau dikhianati namun kau masih tetap utuh mencintai? Bagi seorang Reen, Zarul itu cinta hatinya. Dari kecil sudah bersama hingga masing-masing jatuh cinta lalu ikatan perkahwinan mengikat mereka. Kebahagiaan menjadi milik mereka untuk seketika hinggalah ujian demi ujian mula melanda. Dan kemuncaknya, Reen terlibat dalam kemalangan yang membuatkan sebahagian daripada ingatannya hilang. "Saya cuba nak ingat semula memori saya yang hilang." - Reen "Reen. Please jangan paksa diri you. I risau you sakit."- Zarul "Tapi saya nak tahu..." - Reen Sejak kemalangan yang menimpa dirinya, Reen dapat merasakan hubungannya dengan Zarul tidak lagi seperti dahulu. Banyak persoalan yang timbul dan jawapannya ada dalam cebisan memorinya yang hilang. "Please Zarul. Ceritakan dengan saya. Saya keliru bila awak dingin dengan saya. Awak layan saya seperti orang asing. Saya seperti tidak kenali awak lagi..." - Reen "Reen... Please don't cry. Bukan sekarang. Nanti bila you dah betul-betul sihat kita bincang ya." - Zarul Kedinginan Zarul membimbangkan Reen. Keengganan Zarul berkongsi kisah yang hilang itu mengelirukan Reen. Sudah hilangkah cinta suaminya itu? Apakah sebenarnya yang terjadi hingga kemesraan antara mereka bagai sudah tidak wujud lagi? Dan mengapa... suaminya seperti mengharapkan dia tidak akan ingat kembali?
Maaf Tak Indah by user58830380
user58830380
  • WpView
    Reads 113,762
  • WpVote
    Votes 1,351
  • WpPart
    Parts 10
"Kalau boleh saya nak bunuh awak macam awak nak bunuh Adam dulu." - Raimie Raimie kecewa bila sang isteri berniat untuk bunuh anak sendiri. Syazan menyesal atas dosa lama tapi dia dah tak mampu nak ubah semuanya. "Maaf andai perjalanan kisah kita tak indah." - Syazan #saynotoabortion