naura_modric
- Reads 694
- Votes 152
- Parts 41
Kai Hakeemi dan Safa Ufairah sudah berkawan hampir separuh hidup mereka.
Daripada padang sekolah, kedai buku, mamak tengah malam, hinggalah ke hari-hari biasa yang tak pernah terasa biasa bila dilalui bersama.
Semua orang menyangka mereka akan bercinta.
Mereka pula sibuk menafikan.
Sampailah satu hari, mereka sedar bahawa rumah yang selama ini mereka cari sebenarnya sentiasa berada di sisi masing-masing.
Namun, kehidupan tak pernah bergerak mengikut rancangan.
Di sebalik gelak tawa, gurauan dan kasih sayang yang semakin mendalam, ada ujian yang datang tanpa amaran. Ujian yang membuatkan mereka belajar bahawa cinta bukan sekadar tentang memiliki, tetapi tentang memilih seseorang setiap hari, walaupun ketika hati sedang rapuh.
Ini bukan kisah cinta yang sempurna.
Ini kisah dua sahabat yang jatuh cinta.
Dan satu keajaiban yang datang dari langit ketika mereka hampir berhenti berharap.