Buku Fixi
2 stories
DANDAN - sebuah novel Asyraf Bakti by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 87,920
  • WpVote
    Votes 1,083
  • WpPart
    Parts 13
Sanji lari ke Krabi bukan untuk melihat seni batang berdiri. Tapi mencari Nur yang tak pasti. Mencari Nur yang hilang di tengah-tengah Latiff Jamhadi. Mesin taip diketuk hingga berlekuk kertas kajang empat panjang. Gigi-gigi harmonika basah lekit terkena lekat bibir koko Milo yang dicicah Tiger. Biskut rapuh cuba dicicah perlahan. Dalam masa 5 saat, diangkat supaya tidak tenggelam dalam lautan kenangan. Kisah-kisah lari yang dirakam natang GoPro tak pernah berhenti mengejar dari tepi. Suara hembus seperti angin dan bersiul-siul manja di telinga. Air lemon berkocak dada. Rodeo romeo terus mengasak dalam khayalan Sanji yang pasti ada cerita dalam kelopak bunga matahari yang tidak mati. Cium biar stim, kucup penuh goda, seperti semalu yang memencil dirinya. Dan dan tidak pernah jumpa, kata Rohan sambil perbetul spender.
(Preview) PARANOIA - sebuah novel Hani Suraya by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 5,369
  • WpVote
    Votes 93
  • WpPart
    Parts 1
Sambungan novel bestseller PARANORMAL. Kes #1: Untuk mengetahui siapakah perempuan misteri yang kerap hadir di dalam mimpi berulangnya, Mahmud terpaksa menerima pertolongan dari Suzana. Kes #2: Kes kehilangan makhluk paranormal kian meruncing kerana setiap insiden pasti diakhiri dengan kematian tragik. Yang pasti, itu bukan kerja manusia biasa. Norin dan Jimmy harus pantas! Dengan bantuan Detektif Rina ― manusia biasa yang naif tentang perihal paranormal — dan Leon ― makhluk Troll yang gila-gila — siasatan demi siasatan dijalankan dan menyatukan halatuju kedua-dua kes itu. Semuanya mengheret IDBW Investigations ke dalam permainan paranoia yang dicaturkan Raja Kegelapan yang datang untuk menjajah dan meluaskan empayarnya! * Versi cetak boleh dibeli di fixi.com.my. Mulai lewat Ogos 2015 akan masuk kedai-kedai biasa.