syawadola's Reading List
43 stories
The Last Remnant by wadaella
wadaella
  • WpView
    Reads 786
  • WpVote
    Votes 100
  • WpPart
    Parts 8
❝ 𝙀𝙫𝙚𝙣 𝙬𝙝𝙚𝙣 𝙚𝙫𝙚𝙧𝙮𝙩𝙝𝙞𝙣𝙜 𝙚𝙡𝙨𝙚 𝙛𝙖𝙡𝙡𝙨 𝙖𝙥𝙖𝙧𝙩, 𝙡𝙤𝙫𝙚 𝙘𝙡𝙞𝙣𝙜𝙨 𝙩𝙤 𝙬𝙝𝙖𝙩 𝙞𝙨 𝙡𝙚𝙛𝙩. ❞ All rights reserved © wadaella 2026 Start: 1 March 2026 End: -
Sedetik Lebih by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 526,320
  • WpVote
    Votes 48,584
  • WpPart
    Parts 95
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Sayap Takdir [Complete] by naqira_98
naqira_98
  • WpView
    Reads 4,065
  • WpVote
    Votes 138
  • WpPart
    Parts 29
Alia, seorang jurutera aeroangkasa muda, ditugaskan untuk bekerja dalam projek pesawat tempur generasi baharu bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Di pangkalan udara, dia bertemu Kapten Zafran, seorang juruterbang pejuang yang berpengalaman dan skeptis terhadap kemampuan Alia yang dianggapnya terlalu bergantung pada teori. Bermula dengan hubungan profesional yang penuh cabaran, mereka belajar menghargai kelebihan masing-masing-Alia dengan inovasi teknikalnya dan Zafran dengan pengalaman lapangannya yang mendalam. Sepanjang projek yang sarat dengan ujian dan risiko, perasaan mereka perlahan-lahan berkembang, diuji dengan dilema kerjaya, perpisahan, dan cabaran hidup seorang juruterbang. Di balik setiap penerbangan dan keputusan yang berisiko, mereka menemui bukan hanya kepercayaan tetapi juga cinta yang mendalam.
TENTERA UNIT ELIT by nongsya_
nongsya_
  • WpView
    Reads 728
  • WpVote
    Votes 128
  • WpPart
    Parts 40
Unit Serigala Bayang (SB-9) di bawah pimpinan Mejar Jeneral Akif Haikal ialah pasukan elit paling digeruni. Bersama Qaila, Adiana, Zakwan, dan Fayyadh, mereka bergabung dengan Unit A-HAR yang diketuai Brigedier Jeneral Tuan Azrel Al-Muqri serta anggotanya Suri, Aiman (Jiho), Min, dan Lock. Antara misi berbahaya, luka, dan pengorbanan - mereka membuktikan bahawa kesetiaan, keberanian, dan semangat pasukan adalah kekuatan sebenar tentera elit
Hari ini, Esok dan Selamanya [COMPLETE] by NourZefe
NourZefe
  • WpView
    Reads 15,572
  • WpVote
    Votes 1,026
  • WpPart
    Parts 43
Aira Akasyah jalani hidup yang cukup bahagia. Namun semuanya berubah selepas dia disahkan kanser. Tiada banyak masa lagi untuknya. Dengan itu, dia ambil keputusan untuk penuhi impiannya dengan membeli sebuah apartment yang terletak di sebalik gunung. Aira sangka dia boleh menghabiskan sisa hidupnya di situ dengan tenang. Malangnya tidak bila jiran di hadapan rumahnya tiba-tiba mengetuk pintu dan menghalaunya keluar. Lelaki itu sangat biadap membuatkan Aira sangat membencinya. Rizq Akasyah jalani hidup yang sangat sunyi dan damai sehinggalah muncul jiran baru tinggal di hadapan rumahnya. Di mana itu sangat mengganggu ketenteraman. Kerana Rizq bencikan bunyi. Dia dikurniakan deria pendengaran yang teramat kuat. Rizq mampu mendengar apa-apa sahaja. Itu adalah kuasa bagi orang lain, tapi tidak bagi Rizq, itu adalah sumpahan. Suara orang bercakap pun boleh buatkan gegendang telinganya mahu pecah. Oleh itu dia selalu memakai headphone di telinganya. Berjumpa dengan Aira buatkan dia alami sesuatu yang tak pernah dijangka. Dia tak dapat dengar suara Aira melainkan dia buka headphone itu. Hanya suara dia sahaja yang kedengaran normal. Buat pertama kali dia boleh berhadapan dengan seseorang tanpa menyakitkan telinganya. Dan itu meninggalkan sesuatu dalam hati Rizq.
QAIS HANZALAH'S : HIS PRECIOUS BELAHAN JIWA  [COMPLETE] by sopheahadie
sopheahadie
  • WpView
    Reads 95,067
  • WpVote
    Votes 3,110
  • WpPart
    Parts 52
Qais Hanzalah, seorang anggota dari pasukan elit Grup Gerak Khas (GGK) berpangkat kapten, tekad dalam hidupnya bahawa dia tak akan berkeluarga kerana baginya, negara adalah keutamaannya. Namun, segalanya berubah takdir mempertemukannya dengan seorang gadis yang bernama Alma Miqayla. Alma Miqayla, seorang guru sekolah yang mempunyai satu sejarah hitam bersama dengan 'kacang hijau'. Baginya, semua makhluk berkacang, tak kisah lah hijau mahupun biru, semuanya sama. Tak berguna. Berjanji dengan diri sendiri yang dia akan menjauhkan dirinya dari golongan itu. Pertemuan antara Alma dan Qais telah menimbulkan bunga-bunga cinta dalam hati mereka berdua. Namun, setelah mengetahui tentang sejarah hidup Alma, Qais mula ragu. Mampukah Alma menerimanya? Mampukah dia mengubati luka Alma. Demi mendapatkan seorang Alma Miqayla, Qais Hanzalah sanggup melakukan apa sahaja termasuklah merahsiakan siapa dirinya dari gadis itu. "Awak kerja apa ye sebenarnya Qais?" - Alma Miqayla "Saya kerja coach je, train orang." - Qais Hanzalah Akhirnya mereka bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Sedang menikmati alam rumah tangga yang mula bahagia, kebenaran mula terbongkar apabila Alma ditugaskan untuk menjadi guru pemantau di sebuah kem manakala Qais pula sebagai kem komandan kem tersebut. Di situlah hubungan antara kedua mereka teruji. "Kenapa awak tak beritahu saya siapa awak sebenarnya?" - Alma Miqayla "Sebab abang tak nak hilang sayang. Abang takut sayang tak akan terima abang bila sayang tahu siapa abang sebenarnya. abang tak sanggup hilang belahan jiwa abang." - Qais Hanzalah Apakah kesudahan kisah Alma dan Qais? Pilihan manakah yang Qais akan utamakan, negara atau isterinya? Adakah Alma menyesal bersuamikan seorang tentera? Mampukah mereka bahagia semula?
ISTERI SEORANG TENTERA  by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 454,430
  • WpVote
    Votes 18,742
  • WpPart
    Parts 48
[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis tersebut mencuba untuk masuk jarum. "It takes a strong women for a military man." - HARIZ JIBRAIL Itulah ayat yang sering dia jugakan untuk menolak gadis-gadis yang cuba mendekatinya. Baginya, tiada wanita yang akan dapat bertahan sebagai teman hidupnya. Tugas dia berhikmat pada negara sepanjang hidup. Dia tidak mahu menyiksa mana-mana wanita dengan risiko sebagai pejuang negara. "Aku nak kahwin dengan tentera. Tak langit, darat. Tak darat, laut." - SOFEA ADRIEANA Entah mengapa ayat ingin menikahi tentera sering meniti dibibirnya. Apabila dia ditemukan dengan Hariz Jibrail, seorang barista, dia terpikat dengan jejaka tersebut tanpa mengetahui kerjaya sebenar jejaka itu sebagai tentera laut. "Kau nak ke sampai tua jadi bujang? Tak ada seri nanti! Tak bersinar dimata dunia sebab bujang." - SOFEA ADRIEANA "Moon are alone too, but still shines." - HARIZ JIBRAIL Kalau dah namanya Hariz Jibrail, pasti ada aje alasannya. Tapi sifat Hariz yang itu juga membuatkan Sofea makin tertarik dengannya. Setelah dia melihat kegigihan gadis yang tidak pernah mengalah dalam mengambil hatinya, Allah mendetikkan rasa cinta pada gadis tersebut. "Jibrail. Nama malaikat yang diutuskan untuk sentiasa mendampingi Rasulullah. Dan aku Hariz Jibrail, Allah utuskan aku sentiasa mendampingi kau, Sofea Adrieana." Mahligai yang baru sahaja dibina kian dilanda ombak yang menimpa. Satu demi satu ujian diturunkan oleh Allah. Kuatkah Sofea Adrieana untuk memegang gelaran Isteri Seorang Tentera? Atau menyerah kerana lelah? 𓂃ֶָ֢𓍯𓂃 PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
C | Love, Aish Rayhan  by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 3,384,000
  • WpVote
    Votes 191,232
  • WpPart
    Parts 68
1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan saya. Saya nak awak jaga saya. Please, saya takut." -NAYRA ADELIA "Ingat Nayra Adelia, aku kahwin dengan kau sebab aku kasihankan kau saja." -AISH RAYHAN Mereka berkahwin namun hanya atas dasar simpati dan perlindungan. Meski Aish masih mencintai masa lalunya dan melayan Nayra dengan teruk, Nayra tetap cuba untuk membuka hati Aish untuknya kerana dia ikhlas mencintai suaminya itu. Tetapi kesabaran setiap orang pasti ada batasnya. Apatah lagi dugaan tak henti menguji rumah tangga mereka. Di kala itu hanya perpisahan yang terlintas di fikiran. "Izinkan saya pergi, Encik Rayhan." - NAYRA ADELIA Pada akhirnya, pilihan apa yang terbaik untuk mereka? Bertahan bersama atau perpisahan selamanya? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
Permaisuri Tanpa Takhta [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 108,610
  • WpVote
    Votes 3,921
  • WpPart
    Parts 51
Raziq Hayyan merupakan sebab yang paling kuat untuk dia terus hidup. Disaat dia hampir terkorban ditangan musuh, nalurinya sedar apa yang terjadi sekalipun dia harus tetap hidup demi anaknya. Namun dia sedar anaknya perlukan seorang ibu untuk menyayanginya selayaknya seperti anak-anak yang lain. Ayana Zahra binti Zahrim merupakan kisahnya dimasa lalu, meskipun hatinya berat ingin melepaskannya namun tidak adil bagi dirinya untuk terus bersedih. Jika dirinya itu masih ada lagi ruang untuk bahagia, maka kisah barunya akan diterima dengan hati yang terbuka. Rumah itu seharusnya nyaman, namun ianya berantakkan buat Haness Ryana Binti Hamzah. Kehilangan ibu kandung di umur 21 tahun mengubah segalanya. Meskipun adik-beradiknya sentiasa ada disisi namun tidak sama apabila sang ibu sudah tiada didunia ini. Kelibat ayah pula sentiasa dirindui namun sang ayah terlalu sibuk dengan urusannya. Munculnya neraka dunia untuknya apabila si ayah mengambil keputusan untuk berkahwin semula 5 tahun selepas pemergian isterinya itu. Tidak cukup dengan kehadiran ibu tiri, dia pula dikahwinkan dengan seorang lelaki yang merupakan anak kepada kenalan ayahnya itu. "Saya janda, Encik Raziq. Kita tak sepadan." "Siapa kata kita tak sepadan? Aku duda anak satu, Cik Ryana." Start : 1 Jan 2025 End : 21 February 2025
Yang Tertulis Dilangit [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 78,225
  • WpVote
    Votes 2,732
  • WpPart
    Parts 48
Hanya ceritera seorang lelaki yang kehilangan isteri tercinta tatkala dirinya sedang berjuang demi negara untuk terus hidup dan pulang kepangkuan isterinya namun tidak kesampaian. Disebabkan tragedi berdarah itu, hidup ini bagi lelaki itu sangat suram dan menyedihkan. " Aku tak kisah kalau mati dekat sini sekalipun, boleh la aku jumpa isteri aku dkt 'sana' nanti. Baik korang tinggalkan je aku dekat sini. Selamat kan diri kau." - Mejar Raziq Haidar " Kau jangan bercakap macam orang tak ada agama ya. Jangan sampai aku yang bunuh kau dekat sini. Aku dah janji dengan anak kau nak bawak kau balik dengan selamat bukan dalam keranda." - Mejar Arif Fakri " Korang yakin kita boleh hidup ke? aku rasa nak putus nyawa dah ni." - Mejar Ian Iskandar