Alif_Firdaus_Azis's Reading List
11 stories
HERO by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 12,632
  • WpVote
    Votes 340
  • WpPart
    Parts 7
HERO - Novel ini menceritakan Amir Faheem, seorang pemuda yang hidupnya jauh dari syariat Islam. Satu hari, ibu bapanya mati dalam tragedi. Rupa-rupanya, tragedi itu dirancang sebuah organisasi rahsia. Didedahkan dengan kenyataan tersebut, Amir Faheem menyarung Hyper Exosuit Reinforcement Operator(HERO) untuk menuntut bela. Tetapi selepas dua tahun berusaha, Amir Faheem masih gagal. Menambah serabut hidup dia, Amir Faheem terpaksa berkahwin dengan seorang wanita solehah bernama Afeefah Husna sebab bapanya sudah wasiatkan demikian. Jika tidak dipatuhi, semua harta yang diwarisi Amir Faheem akan diberi kepada anak yatim. Makin bengang lah dia sebab ada Jabatan Agama pula di rumah, sedangkan dia hidup tak solat, perokok tegar, Al-Quran lagi tak pernah sentuh. Nak kena jaga identiti sebagai HERO lagi. Menambah konflik, muncul satu watak jahat yang sangat misteri, sangat menggerunkan, menganggu gugat operasi Amir Faheem sebagai HERO. Kerajaan Malaysia pula korup, lagi tambah buat dia frust. Ya, ini cerita HERO yang lain macam sikit. Konflik dia bertingkat-tingkat!
(Bukan Nihonkoku Shoukan) Prototipe 8 Negara Dipindahkan Ke Dunia Lain by Bocester
Bocester
  • WpView
    Reads 47,965
  • WpVote
    Votes 1,842
  • WpPart
    Parts 58
Selamat datang di prototipe 8 Negara Dipindahkan Ke Dunia Lain. Diharapkan dapat dijadikan anime, mohon dukungannya saran, kritik Suatu ketika tiba-tiba 8 negara, yaitu Indonesia, Vietnam, Filipina, Brunei, Timor Leste, Singapura, Papua Nugini, Malaysia mengalami anomali dan bencana besar. Saat anomali dan bencana selesai, penyelidikan dilakukan dan beberapa lama kemudian, orang-orang bumi menemukan diri mereka dan semua wilayah negara mereka telah dipindahkan ke dunia lain dan terputus dari bumi. Bagaimanakah nasib 8 negara?
Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 5)(COMPLETE) by MsQiey
MsQiey
  • WpView
    Reads 20,736
  • WpVote
    Votes 348
  • WpPart
    Parts 17
Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupun remaja. Idea untuk menulis novel mistik SBDJ ini adalah untuk menaikkan jualan majalah Variasari. Ketika itu beliau berusia 40-an dan mahu serius dalam penulisan. Beliau merasakan perlu merakamkan pengalamannya mengikuti datuknya, seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak. Pengalaman melihat dan mendengar suara makhluk halus khususnya daripada individu yang dirasuk jin memberi idea untuk beliau menulis. Rumahnya bersebelahan dengan rumah datuknya dan menjadi cucu kesayangan. Setiap kali datuknya pergi mengubat mereka yang kerasukan jin, cucu itu akan dibawa bersama.
WAL'ADIYAT by SyahiraHozami
SyahiraHozami
  • WpView
    Reads 514
  • WpVote
    Votes 31
  • WpPart
    Parts 1
Bumi Margacahya, sebuah negeri naungan kerajaan Islam yang gigih mempersiapkan pejuang-pejuang Islam. Antaranya Srikandi - melatih pejuang wanita agar kental di medan jihad dan medan tarbiyah. Namun Sarah sudah letih dengan semua ini. Apapun usaha yang dilakukan, kejahatan tetap ada. Kejahatan tetap tidak hilang. Bahkan lebih ramai manusia tenggelam dalam kejahatan. Untuk apa mereka berpenat lelah? Untuk apa mereka berjuang jika kejahatan itu tidak dapat dipadamkan? Apakah nilai pengorbanan jika kemenangan seakan-akan tipis dan tidak mampu digenggam umat Islam?
Takrut & Stesen Terakhir - Maria Kajiwa by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 295
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 11
TAJUK: TAKRUT & STESEN TERAKHIR PENULIS: MARIA KAJIWA ISBN NO: 978-967-2185-11-6 HARGA: RM 28.00(SM), RM31.00(SS) Seutas tangkal yang dipanggil Takrut Agung menjadi rebutan dua buah negara. Tangkal yang telah mengubah sejarah peperangan dan mengorbankan ribuan nyawa. Menyedari betapa besarnya kuasa tangkal tersebut, seorang sami menguncinya dengan mantera bersama nyawanya sendiri. Masa berlalu, seorang pemuda bernama Wafiq dihantui penampakan yang menyerupai arwah ayahnya di mana-mana. Takut dan gelisah memaksa dia dan pembantu ayahnya mencari punca dan penyelesaian. Usaha itu membawa mereka ke Melaka demi mencari sebuah kitab lama. Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun usaha mereka diancam dan dihalang banyak pihak. "Lelaki yang pakai kain kuning. Badan dia penuh kudis. Muka dia macam muka ayah. Mana dia pergi?" - Wafiq "Muka macam ayah? Di mana Wafiq nampak?" - Hamid Apakah kaitan antara Wafiq dan tangkal yang telah berusia ratusan tahun itu? Dapatkah Wafiq memisahkan diri daripada gangguan tersebut? KAPSYEN: Tangkal pemusnah ribuan nyawa TAJUK: STESEN TERAKHIR BLURB: Pada tahun 1942, terdapat sebuah stesen kereta api di sebuah kampung lama di Melaka. Namun satu kejadian telah menyebabkan stesen itu terkubur daripada sejarah dan dimansuhkan daripada peta. Tiga orang anak muda ke kampung itu untuk menjejak stesen kereta api yang terakhir itu, namun secara tidak sengaja telah membuka pagar yang mengunci puaka tempat itu. Sejak itu hujan darah kembali turun dan pelbagai kejadian aneh berlaku. Penduduk kampung juga hilang seorang demi seorang. "Air yang turun sudah bercampur darah, Awa. Sudah 50 tahun lalu hal ini tak berlaku." - Pak Ismail. Pak Ismail dan anaknya Imdad cuba menyelesaikan masalah itu dengan bantuan seorang gadis misteri bernama Muhayya. Namun dapatkah mereka menyelamatkan penduduk kampung sebelum terlambat? Apakah rahsia yang tersimpan di stesen kereta api tersebut? KAPSYEN: Mereka tidak pernah pergi
Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 13,217
  • WpVote
    Votes 290
  • WpPart
    Parts 7
Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru - Novel ini kisah seorang pemuda bernama Ariki. Dia ini anak angkat kepada Maharaja Lutello, yang sedang menguasai hampir 2/3 dunia. Satu hari, sebab nak cuba bantu orang yang dizalimi, Ariki sudah terbunuh Wirawan ayahandanya. Takut kena hukum, sebab ayahanda dia memang zalim gila, Ariki lari. Di tengah pelarian, dia ditakdirkan bertemu seorang srikandi bernama Aifer, yang kemudian memperkenalkan Ariki kepada bapanya yang bernama Kabeer. Kabeer arahkan Ariki bekerja dan buat beberapa rutin aneh, tetapi rupa-rupanya Kabeer telah melatih Ariki menjadi seorang satria. Ketika itulah baru Ariki tahu, Kabeer ialah salah seorang dari kumpulan Satria-Satria Sejati yang pernah menentang ayahandanya satu masa dahulu. Bermulalah perjalanan Ariki yang penuh mehnah dan tribulasi, menggalas tanggungjawab untuk menumbangkan kerajaan ayahandanya sendiri.
Alamak, Anak Sedaraku Mutan! by JamilRacyncHasan
JamilRacyncHasan
  • WpView
    Reads 2,358
  • WpVote
    Votes 38
  • WpPart
    Parts 4
Hidup Daud Iglesias, sentiasa mencabar. Abah dan ibunya meninggal terkena bom sesat ketika bercuti makan angin di Bosnia. Waktu itu dia baru berjinak bisnes jual burger. Sepuluh tahun kemudian, kakaknya pula terbunuh laki bini ketika sedang elok bermain daun terup di halaman rumah mereka. Tinggallah dia dengan anak tunggal kakaknya, Nordin. Bersama Nordin, mereka memburu siapakah dalang pembunuhan kejam mereka semua. Tanpa diduga terbongkar sebuah rahsia, rupanya Nordin seorang mutan!
𝐊𝐑𝐎𝐍𝐈𝐊𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐆𝐀𝐍𝐀 by Niemza
Niemza
  • WpView
    Reads 5,252
  • WpVote
    Votes 790
  • WpPart
    Parts 34
Membesar sebagai anak keluarga pahlawan, hidup yang diketahuinya berubah drastik saat Karunia, kuasa sakti diraja tercetus di dalam diri. Serta-merta dia menjadi putera pewaris takhta, sedang nyawanya diancam musuh yang ingin melenyapkan kerabat diraja Inderagana. "Beta tidak memilih untuk lahir sebagai putera raja, tapi beta berhak untuk kekal hidup! Mereka yang lebih dahulu mengacukan senjata ke leher kita! Maka, mereka harus membayar setiap titik darah kita yang tumpah!" - Putera Zulkarnain Shah Indera - Putera Zulkarnain kembali ke Inderagana dengan niat melunas dendam dan melepaskan haknya ke atas takhta. Setelah itu, dia ingin bebas menentukan hidupnya sendiri. Namun, satu demi satu rahsia terbongkar, mendedahkan negerinya lebih tenat dari yang sangka. Mahu tidak mahu, dia harus bertindak sebagai putera raja Inderagana, atau dia akan kehilangan segala-galanya. •❅───✧❅✦❅✧───❅• Update setiap hari Jumaat!
Cikgu Super by MohammadSafwan8
MohammadSafwan8
  • WpView
    Reads 45,350
  • WpVote
    Votes 1,578
  • WpPart
    Parts 20
Mengisahkan seorang tentera darat elit (ATM) yang ditugaskan menyamar sebagai seorang guru di Benta, Pahang Darul Makmur. Kapten Thaqif membuat persepsi awal bahawa menjadi guru samaran tidak akan menjejaskan dan menganggu risikan dia nanti. Namun sekolah yang tenang jangan disangka tiada ribut yang melanda. Ikuti kisah seorang tentera elit yang bergelumang dengan pelbagai ragam dan kisah anak murid dan warga sekolah. Amaran!!! Kisah ini tidak mempunyai adegan pencintaan yang serius. Kalau ada pun hanyalah secebis daripada keseluruhan cerita ini.