nojie09's Reading List
3 stories
Misi Memikat Cik Hitler by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 122,384
  • WpVote
    Votes 2,499
  • WpPart
    Parts 15
BACAAN BAB AWAL SAHAJA Tajuk: Misi Memikat Cik Hilter Penulis: Nojie Muka Surat : 784 Penerbit: Penulisan2u Terbitan : November ISBN: 978-967-0992-43-3 Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah/Sarawak)
Sayang, Anak Mak! by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 49,101
  • WpVote
    Votes 1,047
  • WpPart
    Parts 10
Tajuk: Sayang, Anak Mak! Penulis: Nojie Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-91-4 Harga: RM28 (Semenanjung) // RM31 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Oktober 2015 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Penerbitan Karyaseni “Patutnya abah bersyukur sebab Amani tak habiskan masa dengan teman lelaki. Bercouple tu kan haram.” – AMANI. Amani menggelabah dengan permintaan karut Encik Bakarudin. Permintaan itu tak pernah dibuat dek abah orang lain. Nak kenalkan macam mana, kalau Amani tak ada teman lelaki? Yalah, Amani ni perempuan jenis kasar, berani dan hobinya pula merempit. Sudahnya, dilantik anak mak itu sebagai hero untuk drama sebabak pakwe makwe yang akan diarahkan dan dilakonkan sendiri. “Saya kan ada? Saya boleh kahwin dengan Amani!” – HAFIEY. Dek lafaz janji spontan Hafiey, drama sebabak pakwe-makwe dengan Amani sudah menjadi realiti yang tiada tamat tempoh. Mereka berdua diikat dalam ikatan yang direstui oleh keluarga sampai hujung nyawa, walaupun perkahwinan tiada rasa cinta. Malam pertama, Hafiey dah kena denda. Itu la! Siapa suruh memandai yang bukan-bukan dengan Amani, anak si askar pencen tu. Anak mak bukan sebarang anak mak. Anak mak ni berani mengakui perasaan sendiri. Tak seperti lelaki lain kat luar sana. Hafiey mengaku suka dan sayang kepada Amani. Tapi, apabila masuk soalan seterusnya, anak mak ni dah jadi bingung sekejap. “Kau cintakan aku?” – AMANI. “Cinta. Apa maksudnya, ya? Mak tak pernah ajar pulak pasal cinta.” – HAFIEY. Apabila Hafiey melancarkan kempen memikat, Amani dah menggelabah. Senyuman Hafiey dirasakan lagi manis daripada gula. Risau! Kalau dibiarkan, Amani pasti akan terkena penyakit diabetes cinta Si Hafiey. Tapi, Hafiey tak pernah mengalah. Dia menantu askar pencen. Jadi, harus la berjuang sebelum mengaku kalah!
Alergi Mamat Romantik by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 127,247
  • WpVote
    Votes 2,686
  • WpPart
    Parts 15
Kerjaya sebagai penulis novel separuh masa secara rahsia, hal ini membuatkan dunia Nurul Kaisara bergelumang dengan ayat-ayat bergula. Pembaca kata, hero kena sweet, barulah cerita jadi best! Tapi bagi Kaisara cukuplah jika bakal imamnya memenuhi dua kriteria. 1. Bukan kawan baik. (Pernah bercinta separuh jalan dengan kawan baik.) 2. Bukan lelaki romantik. (Lelaki mulut manis biasanya kaki perempuan.) Lalu muncul pula peguam baru di ofis Kaisara. Habis dibangkang kriteria lelaki idaman Kaisara yang langsung tak masuk akal. Satu insiden telah terjadi. Rupa-rupanya Arjuna ni adalah peminat novel-novel Kaisara. Notis ugutan dilayang. Kaisara kena ajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara. Jika Kaisara menolak, identiti sebagai penulis akan dibocorkan. Takut rahsianya terbongkar, tawaran untuk mengajar subjek 'romantik' diterima tanpa rela.