azrulha's Reading List
3 historias
Lemak por fairulnizam
Lemak
fairulnizam
  • LECTURAS 7,065
  • Votos 127
  • Partes 4
Seorang lelaki mendapat pencerahan berhenti kerja 9 ke 5 untuk berniaga. Dan seperti hero-hero lain, dia terpaksa mengharungi Act 2 yang penuh haru-biru dan kecelakaan sehinggalah dia mendapat kejayaan palsu dan terpaksa menebus maruah dirinya untuk mendapat kemanisan kejayaan yang sebenar di hujung cerita.
CULIK1.0 por ginayaplaiyoong
CULIK1.0
ginayaplaiyoong
  • LECTURAS 18,359
  • Votos 783
  • Partes 22
Detektif MinHo seorang pegawai yang penuh dedikasi dalam usaha menjejaki orang, terutamanya kes-kes individu yang tiba-tiba lesap daripada kehidupan seharian. Setiap petunjuk, tidak kira sekecil mana, disiasatnya supaya ahli keluarga mangsa mendapat penutup cerita. Ya, penutup cerita amat penting untuk kita semua. Jikalau kita tidak tahu apa yang berlaku kepada insan tersayang, lelapkah mata apabila malam menjelang tiba? Adakah Detektif MinHo mampu membiarkan saja apabila anak puteranya, Zak, melesap begitu saja? Ketahui ceritanya dalam novela ini. Bab baru akan dimuatnaik setiap hari Isnin dan Khamis.
Skodeng por Zaim_Ramli
Skodeng
Zaim_Ramli
  • LECTURAS 108,116
  • Votos 1,367
  • Partes 30
Sebagai seorang anak kampung, Kifli tidak terkecuali daripada melakukan kemungkaran dan kenakalan. Kadangkala kenakalannya hanya mendatangkan musibat dan kerugian yang besar kepada dirinya sendiri. Sifat barannya juga kadangkala tidak terkawal. Mudah emosi dan hilang kewarasan. Mujur juga Kifli dikurniakan seorang sahabat baik yang sangat mengasihi dirinya, Azmi. Azmi banyak memberikan dorongan, nasihat dan motivasi setiap kali Kifli dilanda kemurungan. Kadangkala mereka melepaskan tekanan bersama-sama dengan menghisap ganja di bawah pohon manggis di belakang rumah Kifli. Sebuah pangkin yang dibina di bawah pohon tersebut sememangnya amat strategik untuk mereka terbang dan khayal bersama-sama. Ditambah dengan cuaca yang redup dan berangin, ia syurga buat Kifli dan Azmi. Segalanya berubah setelah Kifli melakukan aktiviti skodeng.