• Malay'sBooks •
2 stories
Arc Chemist by KarboniKTales
KarboniKTales
  • WpView
    Reads 87,733
  • WpVote
    Votes 8,198
  • WpPart
    Parts 32
Azim, seorang saintis muda Malaysia yang tidak percayakan unsur magik disahkan mati akibat bebanan kerja. Namun, takdir menentukan segalanya. Dia secara tiba-tiba tersedar semula ke dunia asing berlatarbelakangkan abad ke-17 Eropah. Menambahkan lagi kecelaruan, Azim menyedari bahawa jasad yang diduduki sekarang bukanlah hak miliknya, sebaliknya jasad ini adalah milik seorang pemuda aristokrat Kaukasian yang bernama Kleim Dy Rosso, yang pada masa yang sama telah disambar petir. Arc Chemist, oleh KarboniKTales adalah sebuah karya sains fiksyen yang bertemakan pengetahuan sains (kimia) dan alchemy (alkimia). ++++++++++ -Akan diupdate dan dipinda jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa dan jalan cerita. -Saya mengalu-alukan komen-komen positif dan membina. Juga, kritikan terhadap karya saya juga diterima untuk memperbaiki kesilapan diri. Follow | Comment | Vote| Share Terima kasih!
SURAT-SURAT DARI NAGASAKI (Terbit) by Hara_Nur
Hara_Nur
  • WpView
    Reads 31,368
  • WpVote
    Votes 1,134
  • WpPart
    Parts 30
Terdahulu, cerita ini disiarkan dengan memakai tajuk 1941. Cinta itu, sebuah perjalanan cerita hati tanpa noktah. Dan kau, akan selalu ada dalam tiap halaman cerita hatiku. Sepahit permulaan sejarah 1941 Tanah Melayu. Sepahit itulah rentetan sejarah antara mereka. Pertemuan itu tidak seharusnya muncul andai sudah kau tulis sebuah perpisahan. Namun, bukankah hati ini lebih berhak memilih? Setiap bushi punya pedangnya. Sekiranya pedang itu dikembalikan bersendirian, bererti pahlawan bushinya sudah pergi atau tewas. Atau... katana itu sendiri yang telah membunuh bushinya. Penghujung cinta mereka bukan pengakhir bahagia yang dicari. Sesungguhnya, bahagia paling indah, apabila cinta itu kembali ke sisi. "Ya, benar kerana Nippon. Dan sekarang apa perlu kami meraih simpati pemerintah Nippon?" ~ Melur "Dan, saya tidak lupa ingatkan kamu dulu... tidak semua Tentera Imperialis kamu boleh percaya."~ Leftenan Akashi Surat-surat dari Nagasaki mengungkap semua. Kisah cinta terlarang yang dilarang. Kisah kasih yang tidak kesampaian. Namun yang terindah tentulah, kisah cinta manis seiring dengan masa. [Pemenang Anugerah Wattys 2019 kategori Fiksyen Sejarah] Mula : 14 Oktober 2018 Tamat : 26 Mei 2020 ~~ 🍀🍀🍀 ~~ Kepada yang berminat untuk mendapatkan novel ini boleh terus DM saya atau Kaksu: 019-262 4380